Salam mesra..
Semenjak 2 menjak ni emosi CN agak tidak stabil sebab 'diserang jepun' ! Asyik nk marah, cepat melenting, jenuh gak kontrol perasaan ni, at the end, duk diam2 layan lagu. CN skarang duk addict lagu dari Cakra Khan ni, BEST sangat ! Jom layanzz...
Warong SOTO Pasir Penambang
Salam mesra..
Seperti yang telah dijanjikan dalam entry SINI. CN akan bercerita mengenai tempat makan best di Tanjung Karang. On the way balik dari Trolak, CN n family singgah Gedangsa melawat sedara. Lepastu MESTI singgah ke Warong Soto Pasir Penambang. Kali pertama CN makan kat sini masa balik trip dari Pangkor. Terus jatuh cinta dengan SOTO dia yang memang sedap ! Kalau u all dari Utara, Warong Soto ni dekat kiri u all tau. Mula2 akan nampak signboard Tanjung Karang, hah ! Tak jauh la tu..hehe
Tempat makan ni betul2 tepi jalan besar dekat ngn simpang jalan. Ada banyak parking memudahkan customer untuk park. Ada surau & toilet lagi untuk customer tau ! Kalau ke sini MESTI order soto tau ! CN order SOTO special di mana ada begedil (bebola kentang) yang sedap & ayam goreng yang beso ! Memang kenyang ! Adik ipar CN yang 'bulat' tu pon tak leh habiskan tau ! Irfan mmg suka soto kat sini sampai berketul2 nasi himpit dibelasahnya ! Heheheh
cerita cikgu
9/2013 : Surat Pekeliling Tentang Pemakaian Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja
November 08, 2013
Salam mesra..
Berita baik kepada pegawai2 awam WANITA !
Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013,... pegawai2 awam wanita boleh memakai pants semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali upacara tersebut telah menetapkan pakaian tertentu.
TAPI..TAPI.. untuk cikgu2, CN tak berapa pasti boleh ke tak ikut pekeliling ni, macam pelik lak mengajar pakai slack kn? Kalau pegi meeting/kursus ok la kot. Apa2 semua bergantung kepada guru besar/pengetua.
Contoh seperti dalam lampiran surat tersebut :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Bagi pembaca setia blog CN, pasti sudah faham maksud kondangan kan? Hokay, kondangan dalam bahasa jawa kalau ditranslate ke bahasa melayu bermaksud kenduri kahwin. Musim cuti sekolah ni terlalu banyak lah undangan ke majlis kahwin @ kondangan sampai CN tak menang perut nk memenuhi jemputan...hehehe
Hokay, nak cerita cikit CN ada saudara yang tinggal di Trolak, Perak. Paksu iaitu adik ayah CN. Trolak ni kawasan FELDA. So jalan ke sana memang berbelit2 dan berbukit2. CN yang dah banyak kali ke sana pon tak ingat jalan ! Anak paksu nombor 2 si Shiela kawen, so kitorang 1 family ke sana la dari pagi. Dari Banting, we all masuk SKVE dekat Teluk Panglima Garang tu sampai Saujana Putra dan terus ke PLUS menghala ke Utara. Kalau nk ke Trolak dari Selatan,senang exit dekat Slim River. Kalau u all dari Utara, better exit dekat Sungkai.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam sebab duk stop2 beli makanan la, pegi toilet la, tunggu adik la sebab tak ingat jln, termasuk 20 minit jer dalam kawasan FELDA duk cari rumah paksu ! Cian Mr. Hubby penat drive, selamat keta auto, kalau manual confirm membebel syayangs CN sorang tu, hehehe
Majlis kawen Sheila ni simple. Tapi yang best dapat jumpa sedara yang lama tak jumpa. Almaklumla, CN ni duk merantau, mmg susah la nk jumpa sedara belah ayah yang majoriti duk kat Perak, Penang & Kedah. Sheila haritu mmg gojes dgn dress biru light+pink. Sebab Irfan boleh tidur dengan nyenyaknya masa Sheila bersanding, so CN tak ada la bergambo dengan pengantin. CN cuma nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Sheila & Ijoy, semoga kekal hingga ke jannah !
Hokay la, kalau cerita panjang2 mesti bosan kan? So korang layanz jela gambo2 yang tak berapa comel ni. Lain entry CN akan cerita tentang kedai makan best di Tanjung Karang, tempat kitorang singgah masa on the way balik dari Trolak.
Irfan tunjuk 'skill' dalam keta..sabo jela
Meh mama pujuk sikit ! Syayang dia !
Ayah kat depan tu kusyuk jer..hehe
Macam COMEL jer..macam HENSEM jer..hehe
Irfan bersama Mak Uda & Opah..ini budak keje dia duk ke depan la, belakang la, selamat keta kecik, kalau beso taktahu ler mcm mana, boleh main kejar2 rasanya !!
Mama2 berposing sebelum berpanas ketiak kejar anak2 ! Ahaks~
Posing atas pelamin, Irfan dah comot makan tembikai ! Habis tak hensem daa....
Nur Aqila Firzana & Muhammad Irfan
Budak comot seronok main lompat2 atas pelamin !
Duk cari geng laki2 pegi mana, rupanya duk melepak amik angin
"Jalan ke kubur"..signboard depan umah mak mertua paksu..huhuhu
Adoyai..EA tak sporting, berposing ler duduk bercinggung..nampak CN demok disitu..ahaks~
Aqila buat muka ! Omel sangat la tu !
Otai2 dari Parit Buntar, dari kiri Pakcik On, Paklang Kob, AYAH hensem & Pakndak Latif
Kitorang bersama AYAH hensem ! hahahah
AYAH2 hensem tak ada gigi ! Masing2 senyum taknak tunjuk gigi ! Hehehehe
Geng kompang kampung ada mokcik2 tau ! salute la..
Pengantin baru SHEILA & IJOY .. semoga kekal hingga ke jannah !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~