AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN
Salam mesra...
Sempena cuti yang banyak ni walaupun kena jaga SPM, banyak projek dalam perancangan CN. Antaranya adalah PROJEK MEMASAK CN di mana CN nak masak masakan yang CN tak pernah masak ! Masakan pertama adalah AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN.
Hokay, sebenarnya biasa orang buat ketam goreng telur masin atau udang goreng telur masin. Tapi disebabkan masa tu kat rumah takde ketam or udang, yang ada ayam goreng instant AYAMAS dan telur masin yang melambak, CN pon google ler resepi. Rupa2nya simple sangat nk buat. Semudah A, B & C !