Assalamualaikum..
FROG VLE (Virtual Learning) adalah satu sistem pembelajaran online di bawah KPM untuk meningkatkan penggunaan ICT dikalangan guru, pelajar dan ibubapa. Ia adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan. FROG VLE memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik PdP.
Untuk pengetahuan semua, FROG VLE mempunyai aplikasi untuk menyemak penggunaannya dikalangan guru, staf sokongan, pelajar dan ibubapa. Tempoh kekerapan penggunaan juga dapat disemak oleh admin sekolah. Pihak PPD dan JPN akan sentiasa memantau sekolah supaya sentiasa menggunakan sistem ini. SMK St. Mary merupakan antara sekolah menengah di KL yang kerap menggunakan sistem ini. Persoalannya, bagaimanakah pihak sekolah mampu 'memaksa' guru, staf dan pelajar akses sistem ini? CN ada jawapannya ! Hehehe..
Salam mesra...
Perasaan 'lemau' telah melanda CN ekoran cuaca yang mendung dan kadang2 hujan. Mood menulis entry agak lembap. Jadi CN cuma berkongsi dengan anda gambo2 sahaja yer. Janji ada entry gak kan ?
Ahaks ~