Salam mesra..
Ada lagi yer entry tentang wedding ni? Ala..banyak sangat majlis ni, kenalah buat entry. Ni belum lagi side lelaki tau..tunggu la korang yer entry2 CN seterusnya. Tak silap, ada 2 part lagi ! Hehehe
Ada lagi yer entry tentang wedding ni? Ala..banyak sangat majlis ni, kenalah buat entry. Ni belum lagi side lelaki tau..tunggu la korang yer entry2 CN seterusnya. Tak silap, ada 2 part lagi ! Hehehe
Hokay, majlis pada siang harinya bertemakan biru. CN, Encik Suami & Irfan sepakat memilih blueblack sebagai warna tema kami. Majlis yang sangat meriah ditambah dengan cuaca yang baik dan panas sepanjang hari. Balik jer rumah terus terbongkang tidur sebab letih dek kerana cuaca yang sangat panas ni. Ahaks ~
Irfan tak sabo untuk konvoi ramai2 ke rumah pengantin pompuan..actually, kampung sebelah jer ! Hehehe
Posing dulu sebelum geng kompang Cikgu Azman (sepupu bapa mertua merangkap rakan sejawat di sekolah CN) memulakan acara
Jika anda pembaca blog CN, pasti anda pernah terbaca entry CN berkenaan Akronim Dalam Sistem Pendidikan Malaysia yang CN buat sempena pengawasan SPM 2013. Mungkin kerana ke'rajinan' CN memerah otak memikir akronim yang dasyat2 tu, CN telah ditawarkan menjadi salah seorang admin untuk KGMapps untuk mobile anjuran fb Kelab Guru Malaysia.
Anda boleh cuba apps ni dengan scan kod di bawah menggunakan perisian neo reader dan berikan maklumbalas di page Kelab Guru Malaysia tentang apps ni. Terima kasih.
Anda boleh cuba apps ni dengan scan kod di bawah menggunakan perisian neo reader dan berikan maklumbalas di page Kelab Guru Malaysia tentang apps ni. Terima kasih.
Salam mesra..
Lagi2 entry tentang wedding adik ipar CN yang masih hangat ceritanya. Masih lagi cerita tentang side perempuan. Malam berinai bertemakan purple+kuning. Gorges ! Gambar diambil oleh Encik Suami. Konon2 photographer ler mlm tu sampai taknk join we all pakai baju raya. Boleh lak dia pakai kemeja kotak2..alasan sama dengan Irfan ! Irfan kisahnyer semua baju melayu dah tak muat, terpaksa lah pakai baju kotak2. Isy2..susah bebenor nk paksa Encik Suami pakai baju sama dgn CN, banyak benor alasannya..ahaks ~
Salam mesra..
Jumaat lepas, adik ipar CN yang ke-2 iaitu Angah @ Jiji telah selamat bergelar suami orang dengan 2 kali lafaz. Alhamdulillah, walaupun 2 kali kira hokay ler kan? Nak cerita sebenarnya Encik Suami sekali lafaz jer ! Hehehehe
Its ok, apa2 pun CN nk berkongsi dengan pembaca blog cekgunorazimah.com yang tersayang, omel, kacak dan bergaya gambo2 semasa hari kejadian. Maap sgt2 yer, CN agak bz minggu ni dengan pelbagai tugasan yang tak dapat dielakkan..jadi tak dapat bw kerap2 sgt.
Jumaat lepas, adik ipar CN yang ke-2 iaitu Angah @ Jiji telah selamat bergelar suami orang dengan 2 kali lafaz. Alhamdulillah, walaupun 2 kali kira hokay ler kan? Nak cerita sebenarnya Encik Suami sekali lafaz jer ! Hehehehe
Its ok, apa2 pun CN nk berkongsi dengan pembaca blog cekgunorazimah.com yang tersayang, omel, kacak dan bergaya gambo2 semasa hari kejadian. Maap sgt2 yer, CN agak bz minggu ni dengan pelbagai tugasan yang tak dapat dielakkan..jadi tak dapat bw kerap2 sgt.
Sayang mereka kuat2 !
Salam mesra..
Sempena anniversary CN & Encik Suami yang kebetulan jatuh pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina, Encik Suami dengan sukacita membawa kami anak beranak makan angin di Bagan Lalang, Sepang. Walaupun jarak dari rumah ke Bagan Lalang tak lah sejauh KL ke Bagan Lalang, CN tak pernah ke sini. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini.
Pantainya cantik dan tenang jer. Berbanding Pantai Morib yang meriah dengan orang ramai, Pantai Bagan Lalang ni sesuai untuk bersantai sebab tak berapa ramai orang ke sini. Kebanyakannya adalah pelancong asing yang menginap di Sepang Gold Coast yang agak dasyat harga bermalamnya. Yela, paling murah pun RM500 semalam ! Rugi2....hehe
Ada pelbagai aktiviti menarik ada disini. Tapi CN dan Encik Suami cuma bergambo2 dan lepastu balik dan makan di Banting sahaja. Tak teringin lak nk makan di Pantai Bagan Lalang ni sebab dalam kepala duk terbayang chicken chop sedap di Juvita ! Ahaks ~
Encik Suami bajet bujang di Pantai Bagan Lalang
CN dan Irfan yang kemain excited berlari-lari di pantai
Budak kecik excited
Mama & Irfan ! Omel tak kitorang ? Hehehe
" Wah ! Canteknya ! " Kata Irfan sambil mengangkat kedua belah tangannya tanda awesome
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Salam mesra..
Ayah CN yang tersayang iaitu Encik Abd Talib bin Sulaiman menyambut hari ulangtahun yang ke??.
Dah tua ayah CN ni. Alhamdulillah, masih sihat dan jika tak ada aral melintang, InsyaALLAH, hujung tahun ni bakal menjadi tetamu ALLAH di Mekah.
AYAH...
Selamat hari ulangtahun yang ke??. Akak, Abg Arep & Irfan sayang ayah ketat ! Angah, Eddy, Aqila, Kak Lang, Kak Iz & Adek pun sama. Kitorang sayang ayah ketat2 ! Ayah mesti ingat tau..anak2, menantu & cucu2 ayah yang omel2 sentiasa ingat AYAH walau di mana kitorang berada.
Walaupun harini birthday ayah dan kitorang tak dapat balik kampung..cuma kiriman SALAM SAYANG yang mampu kami titipkan semoga ayah sentiasa sihat, ceria & cergas untuk beribadah kepada-Nya.
Akhir kata, semoga ayah panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki. LOVE u AYAH !
~ Salam sayang dari Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Peta Alir merupakan salah satu daripada 8 Peta Pemikiran dalam iThink. Sempena mengajar topik Rajah Aliran Geografi Tingkatan 3, CN telah mengarahkan pelajar menghasilkan langkah2 memasak resepi pilihan masing2 dengan menggunakan Peta Alir. Mari kita lihat kekreatifan pelajar2 CN menghasilkan karya masing2 di atas kertas PINK pilihan hati CN.
Bayam menjadi banyam ! Ok ler, janji ada..hehe
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Bimbinglah saya..
Tegurlah saya..
Sesungguhnya saya adalah insan yang lemah..
~ Pesanan khidmat masyarakat dari Cekgu Norazimah ~
Salam mesra..
Soalan PBS B5D3E1 merupakan soalan yang sama untuk tingkatan 1, 2 dan 3. Soalan ini berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti penjagaan alam sekitar sama ada di peringkat sekolah atau komuniti setempat. Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelajar. Perlu diingat, setiap aktiviti perlu pengesahan sama ada cop rasmi atau tandatangan pegawai yang terlibat. Borang ini juga boleh dijadikan eviden untuk PAJSK bahagian penglibatan luar pelajar.
Kod Eviden :
B5D3E1 (Melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti penjagaan alam sekitar di peringkat sekolah / komuniti setempat)
Bil.
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
Pengesahan & Cop Rasmi
|
1.
|
Gotong-royong perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Kampung Jenjarom
|
25/2/2014
|
-Tandatangan-
|
2.
|
Projek penanaman pokok hiasan di Masjid Baru Kampung Jenjarom
|
26/1/2014
|
-Tandatangan-
|
3.
|
Projek hiasan kelas 3KRK1
|
4/2/2014
|
-Tandatangan guru kelas-
|
4.
|
Aktiviti mengumpul sampah selepas Merentas Desa di SMKTPG
|
24/1/2014
|
-Tandatangan guru penasihat rumah sukan-
|
5.
|
Gotong-royong mengemaskan rumah seorang mangsa kebakaran di Kampung Seri Cheding
|
8/2/2014
|
-Tandatangan-
|
6.
| Projek mengutip sampah sepanjang Pantai Kelanang anjuran Kelab Geografi | 25/3/2014 | -Tandatangan guru penasihat Kelab Geografi- |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
" Saling mencintai hanya kerana ALLAH
Saling menyayangi hanya kerana ALLAH
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah
kerana
hanya ALLAH yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang & kebahagiaan tersebut ... "
.....................................................................................................................................................
Salam mesra..
Harini adalah birthday Encik Suami yang tersayang. Ya Allah ! Pejam celik..dah tua suami CN yang hensem, kacak & bergaya ni.
Alhamdulillah, tahun ni merupakan kali ke-4 CN menyambut birthday suami yang tersayang. Apa yang special untuk Encik Suami dari CN sempena birthday kali ni ? Biarlah rahsia..
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
Salam mesra..
Harini adalah birthday Encik Suami yang tersayang. Ya Allah ! Pejam celik..dah tua suami CN yang hensem, kacak & bergaya ni.
Alhamdulillah, tahun ni merupakan kali ke-4 CN menyambut birthday suami yang tersayang. Apa yang special untuk Encik Suami dari CN sempena birthday kali ni ? Biarlah rahsia..
.....................................................................................................................................................
Sayang..
Semoga pertambahan usiamu akan menambah kematangan dalam dirimu dalam memimpin keluarga kecil kita.
Azie bahagia bersama abang.
Azie sayang abang !
Selamat Hari Ulangtahun yang ke- XX .
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Tersentuh hati tengok video ni. Walaupun dah keluar dari rahim ibu, bayi kembar ni masih fikir mereka masih dalam rahim. Bonding antara mereka sangat kuat !
Teringin lak rasa nak anak kembar. Hokay tak ? Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sumber Alexa di SINI
Salam mesra..
10 laman web popular di Malaysia merupakan tajuk entry CN hari ini. Ini semua adalah berkaitan dengan Alexa yang bikin CN susah hati. Yela, baru semalam CN buat entry tentang ranking Alexa cekgunorazimah.blogspot.com yang meletop jadi bawah 2k , tup2 lepas tukar domain ke cekgunorazimah.com , terus semua jadi NO DATA ! Huwaaaa...
Jadi CN google le cara nak jadikan data tu kembali ke pangkal jalan. Salah satu adalah buat entry tentang Alexa yang omel ni ! Omel ker? Ahaks ~
Jadi, 10 laman web popular di Malaysia merupakan antara carian tertinggi di Google tau. Meh kita tengok siapakah yang termasuk di dalam 10 laman web popular di Malaysia ini.
Jadi, 10 laman web popular di Malaysia merupakan antara carian tertinggi di Google tau. Meh kita tengok siapakah yang termasuk di dalam 10 laman web popular di Malaysia ini.
Fuhh..target CN untuk mencapai ranking bawah 2k kini tercapai !
Perlu usaha lebih lagi untuk ranking bawah 1k pula. Doakan kejayaan CN yer pembaca tersayang !
~ Sharing is Caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Cerita balik kampung lagi dari CN ! Tapi bukan balik kampung Parit Buntar yer, kali ni kampung Encik Suami iaitu Kampung Endah, Morib. Seindah nama, kampung ni memang cantik. Ada homestay lagi tau. Meh le layanz keletah Irfan bersama mak sedaranya berjalan2 di Kampung Endah.
YB Irfan sedang memeriksa kawasan sekitar rumah yuyot (moyang)
Salam mesra.
CN bersukacita berkongsi dengan anda pembaca setia gambo2 masa balik kampung seterusnya jejalan di Penang best. Esklusif tau sebab dalam blog jer ada banyak gambo. Tempat lain takde ! hehe
Dalam entry SINI CN bercerita mengenai pengalaman pertama Irfan naik feri. Kali ni CN share dengan anda aktiviti kami di Penang. Cuma sehari sahaja kami sekeluarga di Penang, yela, bukan jauh pun Parit Buntar dengan Penang, takkan nk tdo kat sana pulak kan. Habis bajet..ahaks~~
CheeseKut @ Cheese Cracker
Salam mesra..
Buat penggemar cheese, CN percaya ramai yang tak boleh berhenti makan CheeseKut ni atau nama komersial Cheese Cracker. Disebabkan perasaan jeles tengok kawan2 fb duk upload gambo menatang ni, CN dengan bantuan adik2 tercomey iaitu Cik Wany & Kak Iz pun dengan perasaan eksited menyediakan menatang ni yang sangat la simple dimple ! Serius, tak perlu bakar dan kukus bagai, sangat mudah dan ringkas. Meh tengok resepi dan jangan lupa try yer. All the best !!
Resepi CheeseKut @ Cheese Cracker
Bahan-bahannya cheesekut :
Biskut Jacobs Cream Cracker Original ( nak jenama lain pun takde masalah, kebetulan masa buat cheesekut ni, biskut Jacobs tengah sale..hehe)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
250 g Cream Cheese
Susu Full Cream/Freash Milk
Cara-caranya membuat cheesekut :
1. Pukul cream cheese dengan mixer sampai kembang. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik sebelum dimixerkan supaya dapat berkembang dengan cantik.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis sikit2. Kemanisan terpulang kepada citarasa anda sendiri, kalau rasa nak kurang manis, letak sikit jer.
3. Kemudian, masukkan susu full cream sikit. Kalau rasa adunan tadi pekat sangat, masukkan ler lebih sikit susu full cream tu. Ok, adunan cheese dah SIAP !
4. Ambil biskut cream cracker dan celupkan sikit dalam susu full cream, kemudian susun biskut tersebut dalam bekas. Selepas satu lapis selesai, masukkan adunan cheese tersebut ke atas biskut tersebut. Langkah diulang kembali selang2 biskut dengan adunan cheese sampailah habis.
5. Taburkan serbuk coklat/coklat chip/coklat urai di atas permukaan akhir.
6. Setelah habis, tutup bekas tadi dan simpan dalam fridge semalaman.
SELAMAT MENCUBA
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Restoran Juvita
Salam mesra..
Agak lama CN tak buat segmen JJCM kan? Hokay la, kali ni CN nak berkongsi dengan anda semua 1 tempat makan BEST di Banting iaitu Restoran Juvita yang terletak di Kanchong Darat. Jika anda dari pekan Banting, Restoran Juvita terletak di sebelah kanan anda. Tak jauh dari rumah Haji Sidek bapa kepada jagohan badminton kita tu.
Hokay, apa yang best di Restoran Juvita ni ? Semestinya hidangan MESTI cuba adalah Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce. Dihidangkan panas2 berasap sampai kena jauhkan Irfan dari benda ni takut mengercik ! Sauce pedas dan pekat. Portion besar dan mengeyangkan. Selain hidangan western, Restoran Juvita gak ada menyediakan pelbagai menu berasaskan seafood, ikan bakar dan goreng. CN pernah gak try siakap masak 3 rasa, sedap !
Selain di Kanchong Darat, Restoran Juvita gak ada cawangan lain yang terletak di Telok Panglima Garang, dalam bangunan pasaraya SEGI. Kalau balik sekolah tu, selalu gak ler singgah makan dekat sini. Tapi kalau siang2 takde western food. CN selalu order Sizzling Yee Mee dekat cawangan sini. Memang sedap !
Jadi kepada anda yang selalu berhujung minggu ke Morib, jangan lupa singgah ke Restoran Juvita yer !
Coconut shake untuk CN & tembikai laici untuk Encik Suami. Coconut shake ni dah sedap tapi dorang letak kacang, mmg merosakkan rasa...huhu
Chicken Chop With Black Pepper Sauce untuk Encik Suami
Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce untuk CN. Nampak tak asap tu ? Menggelegak lagi tuh..hehe. Irfan ? Dia share ngn kitorang, banyak ni ! Ahaks
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Ramai yang berpendapat bahawa gadget tidak sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Betul, CN sokong 100% ! Jika kanak-kanak terlalu bertumpu kepada gadget, perkembangan psikomotor mereka akan mengalami masalah kerana gadget cuma bertumpu kepada perkembangan kognitif dan sedikit psikomotor sahaja yang digunakan iaitu pergerakan JARI. Yang lain..nothing !
Tapi, gadget sangat penting untuk mengalih tumpuan kanak-kanak ketika perjalanan jauh. Tanpa gadget, ibubapa akan mengalami masalah anak menangis kerana kebosanan dalam kereta. Bayangkan perjalanan tak sampai 5 jam kalau drive 110km/j dari Banting ke Parit Buntar mungkin akan menjadi 8 jam jika berpaksa berhenti-henti untuk menguruskan anak yang menangis kerana kebosanan dalam kereta.
Dari pengalaman CN sendiri, first time balik kampung bersama Irfan ketika itu 3 bulan lebih, tak ada sebarang masalah sebab masih bayi dan kerap tidur. Tapi kemudian ketika Irfan dah setahun, memang berMASALAH. Budak tu sangat aktif ke depan dan kebelakang. Kemudian akan menangis sebab kebosanan. Cara nak memujuk adalah dengan GADGET. CN tunjukkan Irfan video Upin Ipin, Qasidah Ya Hanana & paling Irfan suka sampai berjoget-joget adalah video lagu Heliza - Jom Zikir. Tapi perlu diingat, jangan terlalu dedahkan anak anda dengan gadget sebab banyak kelemahan berbanding kelebihan. Tapi jika situasi yang tak dapat dielakkan, its ok ! Apa kata anda ??
Penutup entry kali ini adalah gambo ketika perjalanan balik kampung baru2 ni. Layanzzz
Pantang ayah dia keluar, mesti nk main stereng !
Haruslah bergambo di Hentian Bukit Gantang
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
~ Saat romantis berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu ~
Salam mesra..
Alhamdulillah..harini 4/2/2014, genap la usia perkahwinan CN & EA yang ke-TIGA. Bersyukur sangat tahun ke-TIGA perkahwinan kami, dimurahkan rezeki dengan pertukaran CN ke Selangor di entry SINI. Kemudian, dimurahkan rezeki lagi dengan pembelian kereta idaman kami. Kereta apa? RAHSIA... heheheh. InsyaAllah, rumah idaman kami akan menyusul kemudian.
CN bersyukur sangat mendapat seorang SUAMI yang penyayang even luaran nampak sempoi dan kasar, tapi sangat romantik dan memahami. Almaklumlah, siapa lagi nak puji SUAMI kalau bukan ISTERI kan?
Sambutan ulangtahun ke-TIGA ni jika tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti ke tempat RAHSIA. Jangan risau, CN akan cerita dalam entry tempat RAHSIA tu yer. Cuma sementara tunggu hari tersebut, kami cuma dating ke tempat candle light dinner masa couple dulu. Tapi kali ini dating bertiga sebab tak sanggup tinggalkan si comel bersama atuk. Rasa tak sedap hati jer kalau keluar tak bawak budak comel tu.
Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & EA kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
CN terjumpa artikel menarik tentang tabiat ibubapa yang memberi kesan buruk terhadap perangai anak dari chentazulya.blogspot.com. CN sengaja masukkan dalam entry ni untuk rujukan pada masa akan datang.
- Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
- Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
- Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
- Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
- Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :
Gambar sumber MR GOOGLE
Salam mesra..
Avokado merupakan buah yang bebas kolestrol, mempunyai kandungan sodium, vitamin & mineral termasuk folat, potasium & lemak yang sihat untuk jantung. Disebabkan kandungan pelbagai mineral dalam buah ini, disarankan supaya wanita hamil mengambil hidangan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh kehamilan. Dah makan lebih pun takper. Lagi2 sedap jika dibuat jus. Perghh !
Berikut merupakan kelebihan mineral dalam avokado untuk wanita hamil :
1. Kandungan FOLAT yang jauh lebih banyak daripada buah2 lain
: Penting untuk wanita hamil dari segi kesihatan sel & tisu janin terutamanya ketika janin sedang membesar
2. Kandungan POTASIUM yang tinggi
: Dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita hamil yang mengandung meningkat kepada 50%
3. Kandungan Vitamin B6
: Meningkatkan sistem imun dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam jumaat..
Pembaca tersayang..masihkah anda ingat akan lagu Sepohon Kayu dari Kumpulan Saujana? Lagu ni popular pada hujung tahun 90-an. Lagu ni menjadi siulan CN dan kawan2 masa sekolah rendah dulu2. Memang best lagu ni. Tapi yang paling tak boleh lupa adalah lagu Sepohon Kayu yang di'rock'kan dalam filem Dunia Baru The Movie. Comey jer Elyana & Pierre nyanyi lagu ni. Meh kita layanz ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas, CN dan family balik kampung melawat keluarga tersayang. Cuti 3 hari sempena Thaipusam digunakan sepenuhnya bersama family. Dah alang2 semua adik beradik ada, so kitorg pergi la jejalan ke Penang.
Nak dijadikan cerita, rupa2nya ramai yang tak pernah naik FERI. Ala cian... CN pun lama tak naik feri. Last naik feri masa form 2 ! Hehehe. Tapi ni 1st time la CN naik feri bersama kereta. Rupa-rupanya mmg lama yer nak tunggu turn ? Adalah dalam setengah jam kitorang tunggu turn untuk naik feri. Kalau lalu jambatan, rasanya dah lama sampai ! Tapi takper, PENGALAMAN !
Aksi Irfan diBULI ketika tidur.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar Hiasan
3C ( Cerita Cikgu CANTIK ) episod 2.
[ Episod 1 di sini.]
Situasi 3
[ Kelas agak hingar bingar dan pelajar keluar masuk kelas sesuka hati sebab pertukaran guru ]
Cikgu Cantik : Ok kelas. Bukak buku teks kamu. Cikgu taknak tengok buku lain selain buku cikgu !
[ Pelajar masih lagi sibuk bercakap2 dan buat kerja lain manakala Cikgu Cantik menulis sesuatu di atas whiteboard ]
Cikgu Cantik : Eh ! Yang belakang tu buat apa? Bercakap jer ! Semua pandang sini ! Kamu tahu tak bila pandang muka cikgu kamu dapat pahala?
Pelajar A : Ok, ok. Saya pandang muka cikgu ! Wei, pandang muka cikgu nanti dapat pahala.
[ Maka semua pelajar pun pandanglah ke arah Cikgu Cantik]
Cikgu Cantik : Aduhai..pandang whiteboard ni. Cikgu nk ajar.
Pelajar A : Taknak ! Nak pandang muka cikgu, nanti dapat pahala. (sambil tersengih-sengih)
Pelajar B : Ala..cikgu malu la tu ! Pipi cikgu dah blusher la ! hahahah
Cikgu Cantik : &^&%$
Situasi 4
Cikgu Senior : Cikgu, baru posting ker ? Umur awak berapa ?
Cikgu Cantik : Tak la..tukar sekolah. Dah 28 tahun pun kak..
Cikgu Senior : Ohw..ingat baru posting. Dah kahwin ker ?
Cikgu Cantik : Dah..anak 1 !
Cikgu Senior : Yeke ? Ingat single lagi, boleh la kenenkan dengan Cikgu Hensem ni ! (Sambil memandang ke arah Cikgu Hensem disebelahnya yang tersenyum-senyum malu.)
Cikgu Cantik : Hehehe
Bersambung ....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Pada 24/1/2014, Kejohanan Merentas Desa SMK Telok Panglima Garang telah berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah. Cuaca pada hari tersebut redup dan sejuk jer. CN pertama kali bertugas di check point memang excited sebab 4 tahun di sekolah lama, tak pernah kena jaga checkpoint, biasanya CN bahagian buku program, hadiah & dokumentasi. Memang satu pengalaman yang baru dimana selain mengambil nombor pelajar yang hadapan, CN juga perlu sentiasa mengingatkan pelajar supaya berada di tepi jalan raya dan menjaga keselamatan diri. Ini kerana, trek merentas desa agak sibuk dengan pelbagai lori2 yang keluar masuk.
Salam mesra..
Harini ada Sekolah Ganti sempena CNY. Fuhh..!
Selamat Bersekolah pada hari SABTU yer!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra...
Tahukah anda bahawa terdapat 7 jenis wanita yang sering diceraikan suami ? Berikut merupakan ciri-ciri wanita tersebut :
1. Tidak punya rasa malu
: Mereka tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang Allah SWT, jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor)
: Tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri dan malas melakukan apa2 sehingga dirinya, anak2 dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~