CN dulu masa skola 'singer' @ 'Ratu Hujan' ! Anda bagaimana ? Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Klik banner untuk download PPPM Geografi Tingkatan 3
Salam mesra..
PBS kembali lagi. Kini dengan perubahan yang agak drastik, DSP (Dokumen Standard Prestasi) telah ditukar kepada PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid). Totally berubah ! Tiada lagi E untuk kod evidens, semua ditukar kepada band sahaja iaitu dari band terendah iaitu Band 1 hingga Band 6.
Kini PPPM Geografi Tingkatan 3 dibahagikan kepada 3 Tema :
1. Kemahiran Geografi
2. Sumber
3. Kegiatan Ekonomi
Walaubagaimanapun, instrumen pelbagai yang sepatutnya dijalankan pada bulan April tetap diteruskan mengikut rancangan dan ditukar ke tarikh 1 hingga 18 Julai 2014.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Timun muda yang enak dikunyah sambil tengok tv rupa-rupanya mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiat yang paling CN terkejut adalah timun muda boleh menghilangkan bau badan !
Bagaimana caranya ?
1. Kupas timun muda dan basuh bersih
2. Gosok timun muda pada bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali selepas mandi.
3. Amalkan setiap hari
Mudah kan? Jom cuba!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Lama rasanya CN tak bercerita tentang si bujang yang makin membesar menjadi hensem, kacak dan bergaya ni ! Kesibukan sebagai guru membataskan penceritaan tentang si bambam ni. Ok, sempena hujung minggu dan tiada sebarang aktiviti kenduri, ayah mertua CN tiba2 nak ikut Encik Suami pergi kebun nya. Kebetulan, sekarang tengah musim menuai timun. CN pun tak pernah lagi petik timun seumur hidup ni, jadi tergedik-gedik la nk ikut dengan syarat tengah hari ayah mertua mesti balik. Takmo la CN seharian di kebun tu, TV pun takde, mau kebosanan ! Hehehe
Sampai jer di kebun, aktiviti pertama adalah memetik beberapa batang timun, kemudian............bergambo ! Berposing la si bambam dekat kebun tu. Konon-konon 'tolong' ayah petik timun, last2 bergambo! Memang kelakar tengok gelagat si Irfan angkat timun tu, terhoyong-hayang! Almaklumlah, timun di situ agak gemok2 mcm si bambam tu ! Ahaks ~
"Tolong" angkat timun untuk dikumpulkan..bising betul mulut si bambam ni berleter !