PT3 Geografi 2014 : Kesan Pencemaran Udara
Pelajar akan diberi markah penuh iaitu 20 jika pelajar menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian. Berikut merupakan kesan-kesan pencemaran udara di kawasan kajian serta contohnya. Reminder, calon PT3 Geografi 2014 hendaklah menghuraikan kesan kejadian dibawah dengan menggunakan ayat sendiri.
1. Jerebu : Contoh, indeks IPU di kawasan kajian agak tinggi dan tidak sihat.
2. Gangguan kesihatan : Contoh, pencemaran udara telah menyebabkan pelbagai penyakit seperti lelah, asma dan batuk.
3. Hujan asid : Contoh, hujan asid telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2014 : Faktor/Punca Pencemaran Udara
Untuk mendapatkan markah penuh iaitu 15 markah , calon dikehendaki untuk menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Disini CN berkongsi dengan anda faktor/punca kejadian pencemaran udara yang berlaku di kawasan kajian anda. Pelajar perlu menghuraikan sendiri faktor tersebut yer.. CN cuma berikan faktor dan contoh sahaja. Selebihnya anda, CALON PT3 GEOGRAFI huraikan sendiri faktor tersebut dengan kreatif dan kritis yer..
PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi
Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:
Salam Ramadhan..
Sesi JIWANG kembali lagi. Kali ni CN sudah terpikat dengan lagu Amylea dekat cerita Ramadhan Yang Hilang di TV3 tu. Mendayu-dayu dan relax je dengar. Liriknya pon BEST ! LAYANZ jela hokay..
Amylea : Seperti Dia (OST Ramadhan Yang Hilang)
Amylea : Seperti Dia (OST Ramadhan Yang Hilang)