PT3 2014 memang bikin hidup warga pendidik, pelajar2 serta ibubapa berserabut. Tapi alhamdulillah, walaupun finalis pada bulan April 2014, warga pendidik serta pelajar2 memang cepat adapt dengan sistem terbaru ni. Bak kata CN kepada pelajar2, "Relax la, bukan korang jer calon PT3, beribu-ribu lagi calon PT3 seluruh Malaysia, just follow arahan LPM(Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan buat apa yang LPM nak, lagi 1, dengar arahan cikgu & buat apa yang cikgu suruh buat ! InsyaAllah, korang akan score A dalam PT3 !"
Program Masih Ada Yang Sayang : Chewah ! Suka hati jer CN bagi nama! Sebenarnya ni program bantuan kepada golongan tidak berkemampuan dan anak yatim sempena Ramadhan Al-Mubarak anjuran JKKKP Kampung Jenjarom, NGO serta orang perseorangan. Alhamdulillah, program bantuan ini merupakan program tahunan JKKKP Kampung Jenjarom. Sebelum ini, arwah mak mertua antara yang paling sibuk pada bulan puasa dengan pelbagai program anjuran WANITA UMNO. CN tak dapat ikut program2 tu sebab duduk kat KL, tapi alhamdulillah, tahun ni dapat tukar sekolah, berpeluang ler CN join program2 yang pelbagai dalam Kampung Jenjarom.