Apakah erti kemerdekaan bagi anda ?
[ Renung-renungkan & Selamat Beramal ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Blogger Malaysia merupakan individu yang penting dan sering menjadi 'rujukan' untuk apa-apa permasalahan. Ini kerana, di zaman "Google semua benda"..blogger adalah individu yang sering dijadikan rujukan. Sebagai seorang Blogger Malaysia, CN bertanggungjawab untuk melahirkan rasa cinta pembaca blog cekgunorazimah.com akan Malaysia. Walaupun negara masih bersedih atas MH17, janganlah dilupa akan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-57. CN agak terkilan dengan sambutan kemerdekaan tahun ni yang agak suram. Sukar untuk melihat kereta di atas jalan raya mengibarkan Jalur Gemilang seperti tahun-tahun lepas.
Jika di sekolah CN, cuma beberapa kereta cikgu sahaja yang diletakkan Jalur Gemilang . Kenapa?? CN juga bersimpati dan bersedih akan MH17, tapi Jalur Gemilang masih berkibar megah di setiap kereta di rumah. Encik Suami lagi dasyat dengan mengibarkan Jalur Gemilang saiz besar di belakang Hilux. Memang gagah perkasa !
Ayuh rakyat Malaysia....masih ada masa untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang di kereta dan rumah anda. Tunjukkan rasa cinta anda pada Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
~ Salam Kemerdekaan dari Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29082014 : Selepas seminggu cuti raya, CN memang sibuk sangat dengan PT3 dan FROG VLE sampaikan tak sempat berblogwalking macam biasa. CN cuma singgah kejab2 jer blog kawan2 dan inilah akibatnya.... Ranking Alexa untuk 29082014 menurun dengan teruk berbanding Ranking Alexa 29072014.
Alahai..kembali ke angka 2K. Jenuh benor nak maintan Ranking Alexa ni kan? Walaubagaimanapun, blog cekgunorazimah.com masih menerima bilangan pengunjung yang konsisten. Terima kasih kepada mereka yang tetap setia menyokong blog cekgunorazimah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam jumaat..
Disini lahirnya sebuah cinta... Merupakan permulaan lirik lagu Warisan dari arwahyarham Sudirman Hj Arsyad. Lagu patriotik kegemaran CN yang sangat mendayu dan menyentuh perasaan.
Marilah kita sama2 menghayati lagu Warisan ini. Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.