Irfan diserang Chicken Pox : Mujurlah CN tengah bercuti seminggu sempena Deepavali. Boleh la fokus pada si kecik ni. Memang terkejut tengok ada bintik2 merah berair dekat leher Irfan. Bukan dekat leher jer, dekat kepala dan belakang badan. Serius memang CN terlupa pasal penyakit ni. Bawak pegi klinik, doktor cakap Chicken Pox.
Mula-mula Irfan demam pada malamnya dan esoknya tumbuh bintik-bintik merah yang dipanggil Chicken Pox. Bercutilah CN dirumah menjaga si kecik. Mujur Irfan tak meragam. Dia act macam biasa, masa disapu krim dekat bintik2 merah tu, dia diam jer.
Irfan..Irfan..cepat sembuh yer sayang.
Budak manja tak bagi mama pegi kursus. Even sekolah cuti, tapi CN kena pegi kursus Setiausaha PIBG....
Irfan yang diserang virus Chicken Pox
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Warna kereta & anda : Kereta anda warna apa? CN warna hitam & silver..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
[ Hari 5 ]
Tips Diet : Makan Sarapan Secepat Mungkin !
Apa yang CN buat setiap hari adalah shake ESP + Susu HL Strawberi. Minum sikit sebelum gerak, dan bawak masuk dalam kereta. Sementara tunggu trafic light merah, boleh minum sikit lagi dan seterusnya sampai ke sekolah. Dah habis 1 botol ESP ! Mudah kan?
===========================================================================================
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:
SMS/whatsapp : 017-4992305
===========================================================================================
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Segmen SIAPA TERER bersama CN
Seorang lelaki dijumpai dibunuh pada 20/7/2014 pada jam 2 petang. Isteri beliau menelefon polis pada jam 3.15 pm. Polis tiba pada jam 4 pm dan menyoal siasat kesemua ahli keluarga pada jam 6 pm.
Kenyataan saksi :
Isteri (Melur) : Saya sedang tidur
Anak (Kamal) : Saya menonton wayang bersama teman wanita
Jiran (Siva) : Kami ke kenduri kahwin
Pemandu (Samad) : Saya ke bank keluar duit
Tukang masak (Lina : Saya sedang solat Zohor
Tukang kebun (Pak Din) : Saya ke kedai mamak sedang menjamu selera
Jiran 2 (Sarah) : Saya pergi shoping di Mid Valley
Polis serta merta menangkap pembunuh. Salah seorang telah menipu. Siapakah pembunuh itu? SIAPA TERER sila komen yer...hehe
Sumber : Rakan Guru di Kelab Kami Guru Malaysia
~ Segmen SIAPA TERER dari Cikgu Norazimah ~
Band 6 Geografi : Dah hujung tahun ni, mesti ramai pelajar2 mencari idea untuk projek Band 6 Geografi. CN ada idea untuk u all. Amacam ?? Boleh buat tak ??
Hehehe..agak-agaknyer apa lah reaksi CN bila Irfan berleter macam ni yer...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 Teknik Pengajaran Paling Menarik
Salam mesra..
Pejam celik hampir 5 tahun CN bergelar seorang CIKGU. Dalam tempoh 5 tahun ni, banyak yang CN belajar. Perbezaan budaya kerja antara 2 sekolah yang CN mengajar iaitu SMK St. Mary dulu dan kini SMK Telok Panglima Garang telah memberi banyak pengalaman kepada CN untuk takle pelajar. CN cuma ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 5 Teknik Pengajaran Paling Menarik yang boleh sahaja berlaku di mana-mana. Bukan berfokus kepada sekolah kerana pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana-mana. CN bukan lah seorang guru cemerlang apatah lagi guru yang hebat dengan APC tiap-tiap tahun. CN cuma seorang guru biasa yang suka berkongsi pengalaman dengan pembaca blog cekgunorazimah.com.
6 Idea Design Bilik Yang Awesome : Kredit kepada Butterbin
1. Merah yang gorges. Merah juga pilihan CN ! Hehe
Design bilik yang awesome : Tema merah memang sangat2 awesome bagi CN. Bagaimana pula dengan anda?? CN ada banyak lagi idea design bilik yang awesome ni. Nantikan entry CN esok yer..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Peperiksaan Bertulis PT3 kini bermula !
Semoga berjaya kepada semua calon PT3 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang.
Minggu ni berhempas pulas calon2 PT3 ni..CN doakan anda semua berjaya..amin.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
How i feel about math?
I don't even know what i don't know..
Hehehe...inilah yang selalu CN dengar dari student. Dorang sendiri pun tak tahu apa yang dorang tak tahu..math ooo math...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Math is fun ! Simple maths, comment with your answer.
p/s : Tahun ni langsung tak ajar math, rindu pulak math....hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 KEBAIKAN ESP SHAKLEE
= = = = = = = = = = = = = = = =
1. Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim.
2. Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
Kenanga Kerepek House beralamat di Lot 2760, Telok Panglima Garang, Selangor merupakan kedai kerepek milik Tn. Rosli Sukiman yang merupakan sepupu kepada bapa mertua CN. Bukan nak puji kedai sedara, tapi kerepeknya ada pelbagai pilihan. Bukan sahaja kerepek, terdapat juga kuih-muih yang disusun rapi. Dan yang paling best, tempat CN lalu hari2 balik sekolah !
Dimana Kenanga Kerepek House ?? OK, jika anda melepasi traffic light Kawasan Perindustrian Bebas Telok Panglima Garang, masuk ke lorong pertama sebelah kiri anda selepas traffic light. Terus jer dan anda akan nampak banner Kenanga Kerepek House dan masuk kanan. Kedai ni ke dalam sikit, tapi tak susah pun cari. Ada banyak banner Kenanga Kerepek House House.
JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
Fruit infused water
Lemak yang terkumpul masa raya haji boleh dibuang dengan cara ni. Jom try ..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Khas buat pemancing tegar !
Encik Suami memang wajib tengok jadual ni kalau tiba2 nak ke laut mencari rezeki..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar Vector
" Saya adalah Cikgu Norazimah "
p/s : Gambar vector ni hasil tangan blogger Izza Sakura
Motip ?? Takde idea nak buat entry ! Hahahahaha
3 Perbezaan di Antara Ibadah Qurban & Ibadah Aqiqah
1. Ibadah Qurban sangat dituntut kepada orang yang menunaikan haji dan juga orang yang tidak menunaikan haji. Manakala ibadah Aqiqah pula adalah sangat dituntut kepada orang yang wajib memberi nafkah daripada hartanya kepada seseorang kanak-kanak.
2. Ibadah Qurban hanya sah dilakukan pada Hari Raya Haji iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Manakala ibadah Aqiqah pula sah dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun
3. Ibadah Qurban dikaitkan dengan ibadah haji manakala ibadah Aqiqah pula dikaitkan dengan kelahiran anak.
Sumber : leewantam
*Betulkan CN jika ada yang silap. Sebenarnya entry ni dibuat kerana seorang pelajar CN telah kemukakan soalan taraf ustazah kepada CN. Mujurlah CN dapat jawab soalan tersebut sebab memperoleh A1 Pendidikan Islam masa SPM dulu2. Hehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar kredit SINI
Salam Aidil Adha dari CN & Keluarga kepada seluruh umat Islam yang membaca blog cekgunorazimah.com ini.
Maaf dipinta jika ada coretan yang mengguris hati & selamat mengerjakan ibadah qurban.
~ Salam Aidil Adha dari Cikgu Norazimah ~
Manjakan diri dengan SILK MASK di hujung minggu. Perghh ! Memang best mask Jepun ni. Bau anggur yang sungguh tenang selain menjadikan kulit muka selembut sutera gituww. Ini kali pertama CN try SILK MASK ni. Kebetulan masa pergi ke GM Klang, ada promotion, satu kotak yang cantik tu RM15 mengandungi 10 keping mask. Terus pegi kaunter bayar !
Kotak SILK MASK ni memang cantik dengan cover glitter purple melambangkan warna anggur. Bila dah habis mask ni, boleh jadikan kotak ni sebagai tempat simpan barang2 yer. Kepada anda yang mementingkan penjagaan wajah, cubalah SILK MASK. Selain mempunyai bau anggur yang menenangkan, SILK MASK ini juga boleh memutihkan kulit setelah berjemur ditengah panas ketika mengutip baju di ampaian dan melembutkan kulit mengalahkan kelembutan kulit Irfan ! Sekarang CN mampu bersaing dengan kelembutan muka Irfan setelah menggunakan SILK MASK ! Hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Menakjubkan ! Haiwan berkepala kambing dijumpai di Terengganu.
Hahahaha ! Nasib la awak kambing, esok buat kambing masak kicap, sedap ni !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Top Pengomen Bulan September 2014 : Mari ramai-ramai kita terjah blog pengomen tegar cekgunorazimah.com yang sporting ni. Terima kasih kepada pengomen-pengomen yang senantiasa menceriakan blog CN. Tanpa anda siapalah CN. Sayang anda pengomen-pengomen di blog cekgunorazimah.com
Senyumlah..
Tanda kita sedang saling menyayangi sesama mukmin..
kejernihan jiwa terukir di senyuman yang membawa kebahagiaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Telur terkejut atau egg surprise menjadi kesukaan Irfan sekarang ni. Bila CN bukak laptop, Irfan dah tak heran suruh bukak cerita Upin&Ipin or Frozen.
Budak bambam tu akan menjerit-jerit suruh bukak telur terkejut ni ! Serius, bagi CN memang bosan duk tengok budak tu bukak telur-telur ni. Tapi untuk si bambam Irfan..wah ! Memang amat mengujakan ! Mata dia bulat dan sangat-sangat eksited tunggu apa ada dalam telur terkejut ni.
Alahai Irfan....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sokong minuman bertenaga milik Melayu dari syarikat Mutiara Food&Drink (M) Sdn. Bhd.
Minuman Drive M7 boleh didapati di 7 Eleven dan Petronas
Sekarang ni dah ada minuman bertenaga sendiri, so bila letih ke, baru lepas sukan ke, nak start sukan ke, nak tahan mengantuk ke, untuk memandu jauh ker..sudah sudah la beli minuman bertenaga milik bukan Islam yer..peace !
JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
Laman Seni 7 @ Lorong Belakang di Seksyen 7.
Memang best dan hasil seni yang sangat2 kreatif ! Laman Seni 7 ni terletak di belakang Jakel jer. Kalau ada masa terluang, bawalah keluarga ke sana.
CN nak share dengan u all gambo kitorang dekat sana...layanzzzz
Hasil seni dari dulang+sudu plastik dan membentuk seolah-olah pokok jika kita berdiri di tengah2..cantik kan?
InstantStreetView : Pengubat rindu dendam
Kemain tajuk kan?? CN baru tahu kewujudan site ni. Terus type alamat kampung.
Pergh !! Cantik nya kampung halaman ku.
Kenapa la CN baru tahu ada site ni? Dasyatnyer Google makin canggih kan? Sebelum ni tengok google maps je, dengan InstantStreetView ni lagi la best ! Jom kita usyar apa orang kampung kita buat dengan InstantStreetView ! Hehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41-(MENENGAH)
Penempatan baru bagi guru yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 boleh disemak di portal KPM bermula 29 September 2014 di SINI.
Semoga berjaya kepada bakal-bakal Pendidik Malaysia.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29092014
Alhamdulillah.. Ranking Alexa untuk 29092014 meningkat dengan mendadak berbanding Ranking Alexa 29082014. Berkat usaha CN rajin meng'ping' entry dekat Edisi Blog dan KakiPing membuahkan hasil dimana pageview meningkat dan ranking juga meningkat. Tidak lupa juga kepada pembaca setia blog blog cekgunorazimah.
I LOVE U ALL !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah budak yang menjadi tukang jawab henpon CN. Alahai anak..paling geram bila dapat urgent call dari sekolah, memang kesian ler kerani duk menjawab dengan Irfan. Kebaikan bila Irfan pandai jawab henpon adalah CN tak payah nak bersoal jawab dengan agen insuran ! Serius kadang2 annoying gak agen insuran ni, bila CN cakap takmo, dia keep calling. Nah ! Bila Irfan jawab fon, pandai2 awak 'jual' insuran tu dekat si kecik tu yer...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Human by Christina Perri. Pergh ! Liriknya sangat2 menyentuh perasaan. Best betul CN melalak lagu ni masa driving. Mesti orang sebelah duk pelik jer tengok apa la aweks sebelah ni duk buat. Awek?? Hehe..
Serius lagu ni sangat best ! Dah lama CN nk masukkan dalam blog pasal lagu ni, asyik lupa jer. Lepas ni kalau nak menyanyi boleh tengok blog sendiri jer..cuma search dekat kanan blog CN ni, nampak tak?
Human by Christina Perri
Allah gave you the person you needed.
And He gave you the brains to make that marriage work.
Appreciate the one Allah chose for you
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ketika kita tidak menyukai seseorang, berpadalah dan jangan berlebihan.
Kerana boleh jadi sahaja seseorang yang kita sukai itu suatu masa kita akan membencinya pula, dan begitulah sebaliknya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sesi JIWANG kembali lagi. Entah kenapa, harini duk repeat jer lagu A Thousand Years dari Christine Perri. Lagu ni..perghh ! Sangat2 mendayu-dayu..terbayang muka vampire hensem bila dengar lagu ni ! Alahai..
A Thousand Years : Christina Perri
The Dance of Math : Memang senang ingat macam ni. Kenapalah masa CN sekolah dulu takde gambo ni?? Kalau tak mesti dah jadi pakar math sekarang ! Hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya tidur generasi baru : Duduk mengereng kat bantal sambil mulut muncung ke depan ! Irfan...irfan...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
p/s : Jangan pening2 yer, column baki tak boleh ditambah.... I LOVE MATH ! peace..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
" Everything can GOOGLE "
Itulah ayat yang CN cakap dekat ex-pengetua di SMK St. Mary. Sampai sekarang, Miss Goh akan ulang ayat tu dalam meeting. Ayat tu bermula bila Miss Goh mintak CN letakkan quote tentang sukan dalam buku program sukan. Dan berita baiknya, tetamu jemputan memuji quote yang CN letak tu. So dalam mesyuarat post-mortem, Miss Goh pujilah ketereran CN dengan quote yang awesome dan bertanya mana CN dapat quote power tu..so inilah jawapan CN " Everything can google ".
Hehehe..
Google adalah medium pelajaran masa kini. Semua permasalahan boleh diselesaikan dengan mencari solution di Google. Di sekolah baru, kalau tengok muka CN orang akan ingat pasal VLE FROG. CN ni bukan pakar sangat pasal VLE FROG, tapi CN suka google tentang sesuatu permasalahan.
Tiada masalah yang tiada penyelesaian ! Peace...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahniah Pengarah Urusan Karyaseni @ owner penulisan2u.my di atas perkahwinan dengan gadis pilihan Fefe. Baru sekarang CN sempat buat entry sebab sibuk sangat masa cuti...hehe
Masa zaman anak dara dulu, CN selalu ym dengan Dato Muzri ni. Tapi masa tu orang tu belum jadi dato lagi,... CN antara pembaca setia penulisan2u.my. Memang leka duk baca cerpen dan novel dekat situ. CN memang respect dengan Dato Muzri ni sebab berjaya menaikkan penulis2 muda dan menjadi trend sekarang ni, kebanyakan drama di ambil dari novel keluaran Karyaseni. Tahniah !
Buat Dato Muzri & Fefe,... Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Escape Reality & Play Games
Monday blues ? Takde mood nak buat kerja ? Jom main games !
Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~