Let's Go Green : Projek Band 6 Geografi kelas 3 KRK 1 2014.
Alhamdulillah, hari ni merupakan perasmian Projek Let's Go Green kelas CN. Tempoh masa projek adalah seminggu. Walaupun CN sibuk dengan urusan mesyuarat AJK PIBG sbtu ni, kursus FROG dan meeting untuk SPM, hal anak2 tersayang 3KRK1 mesti diutamakan.
Projek Let's Go Green merupakan projek untuk Band 6 Tema 3 Geografi Tingkatan 3. Sebenarnya band 6 tema 3 ni boleh pelbagai instrumen. Disebabkan oleh kelas 3KRK1 merupakan kelas cerdik, lagi senang buat projek kelas. CN nak marking pun senang, dan budak2 ni pun boleh belajar cara handle projek melibatkan 1 sekolah. Dari kertas kertas, perasmian, dan banner atas ni semua dibuat sendiri oleh pelajar 3KRK1 ni. Best tak ? CN cuma guide dorang sebab tujuan utama projek ni adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk handle sesuatu projek.
Semoga Projek Let's Go Green ni mendapat sambutan menggalakkan dari warga sekolah. InsyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~