Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Gua Tempurung
Destinasi terakhir untuk Class Trip 3KRK1 adalah ke Gua Tempurung di Gopeng, Perak. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Sebab itu, apabila anda menjelajah ke dalam Gua Tempurung, ada dipamerkan alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.
Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan destinasi pilihan sebelum ke Gua Tempurung pada hari kedua Class Trip 3KRK1 ke Ipoh. Merupakan kawasan batu kapur yang menawarkan pemandangan tasik yang indah. Masuk ke sini adalah percuma. Bayaran untuk menaiki bot ke pulau seberang adalah RM3 untuk dewasa. Yeke namanya pulau seberang? Suka hati CN je bagi nama..hehe
Berakhir sudah SPM 2014. Last paper harini adalah ICT Kertas 1. Pergh ! Dua tahun berturut-turut jaga SPM. Tapi geng pengawas SPM tahun ni paling best dan sporting ! Last duty harini, kitorang buat potluck. Memang best dan meriah. Gambor atas ni antara Pengawas SPM 2014 yang bertugas di SMK Bandar Banting. Sila abaikan gambo CN yang nampak gemok benor ! Itu adalah masalah angle ! Huhu
Boss kitorang belanja kepci dan laksa homemade.
CN bawak nasi goreng cili padi pedas berasap dalam bekas tupperware hijau tu..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~