Lama tak cerita tentang bujang CN sorang ni. Hah ! CN ada rahsia tau, Irfan ni atau lebih glamer dengan #IrfanHensem takut katak ! Serius, kalau cakap ada katak dekat kaki dia, kelam kabut dia lari!
Sebenarnya Irfan ni mula kenal katak masa di rumah opahnya. Alkisah 1 hari, ada katak beso gedabak dekat pintu bilik mandi rumah opah. Si kecik ni tengok jela dari jauh, tak tahu benda apa kan. Tiba-tiba ! Si katak beso gedabak ni melompat dengan tinggi dihadapan Irfan ! Apa lagi, menangis la budak tu terkejut dengan reaksi si katak beso gedabak tu yang tiba-tiba.
Mungkin kerana terkejut yang amat bila tengok katak beso gedabak melompat di hadapannya, sejak hari itu, Irfan memang takutkan katak. Kalau tengok katak dari jauh, dia akan diam dan jalan ke belakang mengelak dari katak tersebut.
Itulah asalnya bagaimana Irfan boleh kenal katak dan takut dengan katak. Sampai sekarang, kalau dia takmo dengar cakap CN, best gak kenakan dia cakap ada katak, terus peluk CN tau minta didukung ! Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~