Mengenalkan perkataan baru kepada anak
Arwah mak mertua pernah cakap kepada CN dulu yang ibubapa dilarang untuk menggunakan bahasa pelat (baby talk) kepada anak. Apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan bahasa kita untuk mengenalkan perkataan baru kepada anak. Memang dia akan bercakap dengan pelat, tapi InsyaAllah, lama-lama pelat tu akan hilang.
Alhamdulillah, Irfan sekarang makin petah berkata-kata mudah untuk ikut apa yang diajar. Cuma menjadi masalah buat CN kini adalah mendidik Irfan untuk tidak pakai pampers di rumah. Umur Irfan sekarang dah 2 tahun 5 bulan, memang merupakan masa yang sesuai untuk toilet training. Apa yang penting adalah kesabaran ibu/ayah untuk mendidik anak. Fuh ! Target CN sebelum Irfan 3 tahun, dia dah boleh pergi toilet sendiri dan tak perlu pakai pampers/cloth diaper di rumah. Kos hidup makin tinggi, kenalah berjimat dari beli pampers yang makin mahal ni ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fikir Yang BAIK-BAIK
Cakap Yang BAIK-BAIK
Minta Yang BAIK-BAIK
Sangka Yang BAIK-BAIK
InsyaAllah..
Yang Datang Nanti
Semua Yang BAIK-BAIK
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Berikan usaha yang terbaik hari ini
Untuk mendapat pulangan yang terbaik pada hari esok
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~