Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English)
Merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 untuk memantapkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah menengah khususnya Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. OPS-English juga adalah untuk merealisasikan aspirasi "Memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris". Kemahiran bertutur dan mendengar ini dijalankan hampir selama 6 bulan dan merangkumi penilaian PBS bagi kemahiran lisan. Program ini fokus untuk kemahiran bertutur dan mendengar sahaja dan tidak merangkumi kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu, program ini dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru-guru Bahasa Inggeris.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~