SEWA RUANG IKLAN
Sewa Ruang Iklan
1. Kedudukan iklan / saiz
Di bahagian Header : 728 x 90 - RM70
Di bahagian Sidebar/Bawah Entry : 125 x 125 - RM40 | 336 x 280 - RM50
Contoh 125x125
Contoh 336x250
2. Iklan TEXT dalam post entry (bergantung kepada jumlah perkataan) : Contoh RM30
3. Advertorial / Review product - RM100-RM200
Cara melanggan :
1. Sebarang pertanyaan terus ke email admin (norazimah15@gmail.com) atau wasap/telegram ke 017-4992305
2. Buat bayaran mengikut harga perbincangan ke akaun admin.
3. Hantarkan banner iklan ke norazimah15@gmail.com
4. Buat pengesahan
Terima kasih
Bahaya batuk !
Bermalam di Wad 4 Hospital Banting agak selesa kerana beraircond. Kuranglah ragam si kecik bila di tempat sejuk2 macam ni. Irfan warded 4 hari 3 malam. Selama 3 malam CN tidur di hospital ! Tak selesa tau sebab kena tidur bertudung. Almaklumlah, wad tu terbuka. Bukan private boleh sorang-sorang 1 bilik. Tapi takpe, demi anak, redha jela. Pengalaman paling berharga tu !
Hari pertama agak sukar bagi Irfan sebab kena pakai oksigen yang diletak di hidungnya. Masa baby dulu Irfan ok jer, bila dah besar mestilah tangan tu gatal nak bukak. Jenuhlah CN duk pujuk budak kecik tu. Tu belum lagi part makan ubat. Meronta-ronta takmo makan ubat. Cara paling mudah bagi CN adalah minta tolong nurse bagi Irfan makan ubat dan sangat ajaib ! Irfan boleh berserah makan ubat tak sedap tu bila nurse yang bagi !
Disebabkan Irfan dah besar, CN memang prepare mainan kegemarannya supaya ada aktiviti yang boleh dibuat oleh si kecik di samping bergantung kepada segala video & game dalam henpon CN untuk membuatkan si kecik ni duduk diam. Selain tu, CN bawak juga Irfan main2 di taman depan wad dan 'shoping' di kedai hospital. Kalau tak buat semua tu, memang meragam la budak aktif ni. Setelah 4 hari 3 malam di Hospital Banting, akhirnya Irfan boleh discharge walaupun batuk dan selsema nya masih belum pulih.
Peringatan kepada ibubapa semua, batuk amat bahaya kepada si kecik kerana paru-parunya masih kecik dan mereka mudah terdedah dengan sebarang jangkitan. Jika anak anda batuk, teruslah bawak jumpa doktor. Jangan biarkan saja kerana pelbagai penyakit mungkin datang akibat batuk tersebut.
Rutin Irfan di Hospital Banting adalah main ultraman dan mengemas toiletries dia.
Nebulizer setiap 4 jam
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~