Main buih di Morib
Dah macam aktiviti wajib di hujung minggu melepak di Morib. Tak kisah la apa aktiviti, picnic ker, tengok2 laut ke or main buih, yang penting adalah bawak Irfan berseronok dan bersosial di Morib. Irfan pulak dah kenal dan tahu dekat mana port favorite dia tau. Kalau sampai jer, mata dia akan terus terarah ke kawasan buih banyak2. Lepas tu buat muka comey minta sponsor sewakan alat main buble tu.
Permata hati CN.. risau dan tak tenang hati bila Irfan batuk. Irfan ni ada lelah macam CN masa kecik dulu. Tapi lelah CN tak la sampai kena admit hospital macam Irfan ni.
Berwaspada lah bila anak anda batuk yer. Batuk amat bahaya untuk si kecik jika tidak diubati.
p/s : Mood tetiba emo bila teringat Irfan sakit.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~