Template blog baru
Alhamdulillah, dalam masa sehari CN berjaya edit 2 blog milik adik-adik CN menggunakan template Minima Colored 3 Mag design by Arlina. Sama seperti blog www.cekgunorazimah.com, beza nya blog Qilah Furqan milik Mizah ni menggunakan warna oren. Untuk background, Mizah memilih sendiri wallpaper batu bata warna peach sumber Google. Nak tengok lagi hasil kerja CN ni boleh terus terjah blog Qilah Furqan dan jangan lupa follow yer. Nanti Mizah akan follow balik yer.
Blog Zaty ni dah dibina Julai tahun lepas, cuma template tak berapa cantik sebab guna template readymade dari blogspot. Dah alang-alang CN tukar template untuk si Mizah, CN buat sekali untuk Cik Zaty. Disebabkan Cik Zaty masih muda remaja, dia memilik warna light blue dan masih menggunakan template yang sama iaitu Minima Colored 3 Mag design by Arlina. Background yang ceria tu adalah sumber dari Google. Memang seronok pergi ke blog Cik Zaty ni sebab terasa aura remajanya. Tak percaya ? Jom terjah blog Cik Zaty.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~