Template blog baru
Alhamdulillah, dalam masa sehari CN berjaya edit 2 blog milik adik-adik CN menggunakan template Minima Colored 3 Mag design by Arlina. Sama seperti blog www.cekgunorazimah.com, beza nya blog Qilah Furqan milik Mizah ni menggunakan warna oren. Untuk background, Mizah memilih sendiri wallpaper batu bata warna peach sumber Google. Nak tengok lagi hasil kerja CN ni boleh terus terjah blog Qilah Furqan dan jangan lupa follow yer. Nanti Mizah akan follow balik yer.
Blog Zaty ni dah dibina Julai tahun lepas, cuma template tak berapa cantik sebab guna template readymade dari blogspot. Dah alang-alang CN tukar template untuk si Mizah, CN buat sekali untuk Cik Zaty. Disebabkan Cik Zaty masih muda remaja, dia memilik warna light blue dan masih menggunakan template yang sama iaitu Minima Colored 3 Mag design by Arlina. Background yang ceria tu adalah sumber dari Google. Memang seronok pergi ke blog Cik Zaty ni sebab terasa aura remajanya. Tak percaya ? Jom terjah blog Cik Zaty.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
GM Klang
Agak lama CN tak ke GM Klang. Syurga beli belah bagi kaki shoping macam CN ni. Faktor sibuk dengan keje dan aktiviti sentiasa full di hujung minggu menyebabkan CN tak berkesempatan ke sana. Kebetulan weekend kali ni CN free dan adik CN si Mizah tu pun duk mencari handbag baru. Jadi kami dengan sepakat membawa anak-anak ke GM Klang ! Yeah !
Walaupun GM Klang ni sentiasa ramai orang, tetapi dengan adanya aircond menjadikan anak2 kurang meragam berbanding jika dibawa mereka ke Pasar Kemboja Banting ! Jika penat bershoping, boleh berehat sambil menjamu selera di pelbagai restoran dan food court di sini. Pilih jer nak mana.
Tetapi, dah namanya budak kecik. Budak-budak ni mana boleh berada di sesuatu tempat dalam tempoh masa yang lama. Almaklumlah, bila CN dan Mizah memilih handbag, mana boleh terus beli jer. Mesti nak survey dan cari paling memikat hati.
Hah ! Tempoh masa setengah jam memilih handbag telah menyebabkan Irfan baring di atas lantai kedai sambil menangis-nangis! Bukan itu sahaja, ditariknya baju dia sampai terbuka ! Dah sexy anak bujang CN sorang ni. Qilah pula berlari-lari sampai ke eskalator tanpa disedari ibu dan ayahnya !! Pergh ! Naik darah ke kepala bila anak-anak bersama si ayah sedangkan ibu-ibu duk bershoping. Confirm lepas ni Irfan & Qilah tak boleh ikut pegi GM Klang dah ! Alahai anak....
Irfan tertido kepenatan selepas puas 'mengukur' luar GM Klang
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Spaghetti Tomyam
Spaghetti tomyam homemade yang mudah tapi sedap hasil bantuan Sos Spageti Tomyam Kimball. Serius, tak sampai 10 minit masak dah siap ! Irfan yang memang berdarah Jawa-Itali kemain suka spageti tomyam ni. Licin dia habiskan !
Untuk pengetahuan anda, sangat-sangat mudah untuk sediakan spaghetti tomyam ni. CN cuma tumis bawang merah, bawang putih, udang dan masukkan Sos Spageti Tomyam Kimball serta sedikit oregano sebagai penyedap rasa. Kali ni CN guna pasta jenis angel hair jenama Kimball iaitu yang kecik tu. Memang sedap. Cubalah !
Selain perasa tomyam, Kimball juga mengeluarkan 2 lagi perasa iaitu kari dan rendang. Cuma bagi CN, paling menambat selera adalah perasa tomyam sebab CN ni jenis 'hantu' tomyam ! Hehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Teknik SEO berkesan
Jika anda benar-benar serius dalam berblogging, perkara utama yang anda perlu tahu adalah SEO. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan entry yang mesra SEO. CN sendiri masih belajar akan teknik SEO berkesan ni dari otai SEO seperti saudara Hasrul Hassan.