Test Loading Blog
Ingin tahu di manakah tempat untuk test loading blog anda?
Anda boleh cuba uji kelajuan loading blog atau website di Website Speed Test. Disini anda boleh menguji tempoh masa loading untuk blog atau website anda. Malah anda akan diberitahu setiap saiz item di page anda. Menarik bukan?
Caranya amat mudah untuk test loading blog ini. Anda hanya perlu klik link ini http://tools.pingdom.com/fpt. Kemudian anda hanya perlu masukkan link blog anda diruangan yang CN tandakan dengan anak panah merah seperti gambar di bawah. Selepas itu hanya klik Test Now.
Anda hanya perlu tunggu beberapa saat dan kemudian akan keluar keputusan test loading blog anda seperti gambar di bawah. Fuhh ! Blog CN ni agak lambat loading sebab ada banyak iklan. Nak buang iklan sayang sebab tu la antara penyumbang kewangan kepada blogger part time macam CN ni. Harap pembaca cekgunorazimah.com tidak bosanlah menunggu loading blog CN ye. Oklah, 5 saat lebih jer loading, mampu menunggu kan? Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~