Niat Puasa Ramadhan
Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk beramal di bulan yang penuh barakhah ini. Disini CN berkongsi dengan anda niat puasa bulan Ramadhan bergambar untuk sehari dan sebulan yang mudah untuk disimpan di dalam henpon. Almaklumlah, bila nak puasa baru sibuk duk google niat puasa kan?
CN ingat lagi masa dekat UNIMAS dulu, bila nak puasa sibuk call ayah di kampung tanya niat puasa Ramadhan sebulan sebab tak hafal. Sekarang dah mudah, cuma Google dah jumpa jawapan.
Disini CN memohon kemaafan jika penulisan CN di dalam blog www.cekgunorazimah.com serta komen-komen di blog rakan blogger ada menyentuh perasaan yang bikin sakit hati, panas hati, tidak puas hati dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, CN tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Tapak Sulaiman
Dalam entry obor-obor besar gedabaq, CN ada bercerita tentang obor-obor yang telah mati terdampar di Pantai Bagan Lalang. di dalam sesungut obor-obor tu ada benda seperti gambar di atas. Ada lah dalam 4 ekor. Adik CN dengan konfiden cakap benda ini adalah tapak sulaiman.
Yeke? Rupa dah memang macam tapak sulaiman, tapi serius, sangat kecik seperti saiz tangan baby dengan rupanya yang halus. CN first time tengok benda ni. Kesian CN kan, semua first time?
Nak cerita sikit, CN ni memang tak berapa kenal hidupan laut. Walaupun CN memang penggemar cerita Spongebob Squarepant, tapi CN memang tak berapa tahu rupa mereka sebenar. Kalau sebut ikan, jangan tanya CN la nama ikan yang pelik-pelik tu. Memang tak tahu ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam entry Pantai Bagan Lalang, CN ada bercerita tentang penemuan obor-obor besar gedabaq. Hah ! Inilah rupa dia obor-obor besar tu yang telah mati terdampar di pantai. Memang besar dan CN tak berani pegang sebab rasa geli.
Asalnya CN ingat sampah yang dibuang. Tetapi anak saudara CN si Afiq Furqan dengan perasaan ingin tahu menghampiri dan menyentuh benda ni. Adik CN yang nampak terus menjerit sebab tak sangka 'sampah' yang dipegang Afiq adalah obor-obor besar gedabaq yang telah mati.
Serius, ini kali pertama CN tengok obor-obor besar gedabaq ni. Sebelum ini CN pernah berenang bersama anak obor-obor di Taman Laut Pulau Manukan, Sabah ketika honeymoon dulu. Tapi kecik jer obor-obor tu, kali ini memang besar. Macam saiz kuali sederhana tu.
Irfan ? Mestilah takut dan takmau dekat dengan obor-obor ni. Irfan ni macam CN sikit, penggeli ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pantai Bagan Lalang
Bagan Lalang merupakan kawasan yang terletak di Daerah Sepang. Disini terdapat pantai untuk beriadah sama seperti Pantai Morib. Bezanya disini agak kurang meriah berbanding Pantai Morib. Tetapi istimewanya Pantai Bagan Lalang ini pula adalah Avani Sepang Gold Coast Resort yang super mewah dan ekslusif. Satu malam saja di sini boleh mencecah RM500 ! Pergh ! Dapat beli henpon baru kan?
Aksi anak-anak di depan lanskap Avani Sepang Gold Coast Resort |
Apabila jumpa port cantik jer, terus hampar tikar dan bukak bekal nasi lemak ayam goreng berempah yang CN sediakan. Bukan senang tau CN nak masak pagi-pagi ni. Tapi demi keluarga tersayang, apa pun sanggup ku lakukan ~!
Asalnya ke sini untuk berehat sambil biar anak-anak main pasir. Tapi lupa pulak Irfan Hensem memang suka pantai. Nampak jer air laut, terus eksited ajak teman dia main air. Dah teman Irfan main air, memang basah la seluar. Mujur di Pantai Bagan Lalang ni ada banyak kedai menjual pakaian. Maka belilah CN seluar comel gambar Minnie Mouse RM15 menggantikan seluar yang basah.
Irfan eksited dapat main air siap sempat korek hidung lagi ! |
Sebenarnya Pantai Bagan Lalang ni tak sesuai untuk mandi manda kerana terdapat banyak obor-obor. Next entry CN akan cerita tentang obor-obor besar gedabaq yang kami jumpa. Tapi untuk main-main air tu kira bolehlah. Tak ada pulak rasa gatal-gatal badan lepas main air disini. Kebetulan masa kami ke sana, memang ramai orang yang mandi-manda di sini. Tempat ni memang meriah ketika di hujung minggu dan cuti umum.
Jika anda tidak tahu mahu ke mana dihujung minggu, boleh lah datang ke Pantai Bagan Lalang. Selain pantai, disini juga terdapat banyak restoran seafood dengan menu utama mestilah ikan bakar yang fresh ! Next entry CN akan cerita tentang restoran seafood best di Bagan Lalang.
Ok, welfie sebelum kita balik ! Wee |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~