#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Hari ketiga #Cabaran20Hari dengan tajuk "Resepi hidangan sahur".
Menu paling popular ketika bersahur semestinya berasaskan telur. Di rumah mertua CN, sepapan telur tu bertahan untuk seminggu je. Jadi CN rasa nak berkongsi dengan pembaca www.cekgunorazimah.com resepi hidangan sahur yang sangat ringkas iaitu "Telur pedas berasap di pagi hari".
Resepi Hidangan Sahur
Resepi telur pedas berasap di pagi hari
Bahan-bahan
4 biji telur ayam mentah
3 biji bawang merah dipotong nipis
2 ulas bawang putih dipotong nipis
sedikit garam
segenggam cili padi dan dipotong kecil (bergantung kepada ketahanan kepedasan anda)
Air masak
Cara memasak
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan air masak sedikit sebagai kuah.
3. Masukkan garam dan telur. Jangan kacau berlebihan takut telur tu pecah.
4. Biar kuah mendidih dan hidangkan.
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~