Hari ketujuh #Cabaran20Hari dengan tajuk " Kuih kegemaran di bulan puasa".
Kuih kegemaran CN sepanjang masa tak kira bulan puasa ke tidak semestinya karipap ! Sampaikan Irfan pun mewarisi minat CN ni, dia pun suka sangat karipap tak kira inti pedas pun dia belasah. Tapi bila sebut bulan puasa, mesti akan ada kuih yang jarang-jarang nampak di hari biasa tetapi banyak di bulan puasa.
Kuih kegemaran di bulan puasa
Antara banyak-banyak kuih tu, CN paling suka kuih akok iaitu kuih yang berasal dari pantai timur. Ini semua pengaruh dari housemate masa tinggal di KL dulu. CN tinggal dengan geng Kelantan. Jadi segala jenis makanan Kelantan CN belasah. Sudah tentu paling suka adalah kuih akok. Dengan rasa lemak-lemak manis, pergh !
Jika anda, apakah kuih kegemaran anda di bulan puasa ini?
Jika anda, apakah kuih kegemaran anda di bulan puasa ini?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~