Hari kesepuluh #Cabaran20Hari dengan tajuk " Tetamu raya paling ditungu-tunggu".
Tetamu raya paling ditunggu-tunggu ni berbeza mengikut peringkat umur. Jika masa kecil-kecil dulu, CN paling eksited tunggu bapa-bapa dan mak-mak saudara datang ke rumah sebab akan dapat duit raya. Best kan duduk rumah jer dapat duit raya? Lagi ramai datang rumah lagi best sebab lagi banyak dapat duit raya !
Tetamu raya paling ditunggu-tunggu
Bila menginjak dewasa, tetamu raya paling ditunggu-tunggu adalah teman istimewa merangkap boyfriend. Tetapi boyfriend ni pulak berbeza mengikut tahun. Paling lama CN couple dengan Mr. F iaitu dari Matrikulasi sampai tahun ke 2 di Unimas. Masa tu bila raya memang eksited tunggu Mr. F datang rumah. Bila dah start keje, CN berkenalan dengan Encik Suami pula. Bila Encik Suami cakap nak beraya ke rumah, memang kelam kabut masak special untuk tersayang. Biasalah, mesti kena tunjuk skil memasak kita kan? Hehe
Kini setelah bergelar seorang isteri dan mama kepada Irfan, semua tetamu adalah istimewa. Memang tiada harapan berbaju raya manik-manik penuh di lengan apabila berada di rumah kerana sibuk didapur menyediakan hidangan untuk tetamu. Biasanya kurung favourite CN adalah kurung cotton sebab senang nak lipat lengan baju. Koleksi kurung dari Sweetmuslimah pun selesa untuk mama bergaya di hari raya pada masa yang sama sibuk di dapur.
Kini setelah bergelar seorang isteri dan mama kepada Irfan, semua tetamu adalah istimewa. Memang tiada harapan berbaju raya manik-manik penuh di lengan apabila berada di rumah kerana sibuk didapur menyediakan hidangan untuk tetamu. Biasanya kurung favourite CN adalah kurung cotton sebab senang nak lipat lengan baju. Koleksi kurung dari Sweetmuslimah pun selesa untuk mama bergaya di hari raya pada masa yang sama sibuk di dapur.
Anda pula bagaimana, siapakah tetamu raya yang paling ditunggu-tunggu?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2015
Blog www.cekgunorazimah.com sekali lagi menjadi tumpuan calon-calon PT3 2015 untuk mencari maklumat berkaitan PT3 Geografi. Jika tahun lepas, bulan Julai menjadi bulan tertinggi blog CN menerima bilangan pengunjung, tahun ini pula bertukar kepada bulan Jun di mana bilangan UV blog CN untuk sehari sahaja telah menyamai bilangan uv suku bulan!
Bilangan online user tertinggi yang pernah CN print screen pula mencecah 715 orang seperti gambar di bawah. Fuh ! Memang meriah ! Belum lagi private message yang CN dapat di email dan facebook dari pelajar lagi mengenai PT3 Geografi ni. Terasa macam cikgu pakar geografi pulak bila ditanya macam-macam walhal CN suma seorang guru Geografi bukan opsyen taw ! Hehe
Alhamdulillah, inilah kemanisan menjadi seorang blogger apabila benda yang dikongsi bermanfaat untuk pembaca. Rasa terharu sangat bila ada pelajar dari sekolah lain mengucapkan terima kasih di atas perkongsian CN tentang PT3 di dalam blog.
Harapan CN, semoga calon-calon PT3 Geografi 2015 beroleh kejayaan yang cemerlang, InsyaAllah.
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari kesembilan #Cabaran20Hari dengan tajuk " Kenangan terawih di surau zaman kanak-kanak".
Bila sebut kenangan terawih masa zaman kanak-kanak dulu, memang kelakar bila dikenang. Paling glamer mestilah mengenakan sepupu dengan memakai telekung. Paling kelakar, dengan tak sengaja, CN dan adik memakai telekung siap-siap dari rumah. Sebab nak cepat ke surau, kami naik basikal. Tak sangka sepupu CN yang hampir sampai ke surau ketakutan memandang kami kerana ingatkan kami sebagai hantu terbang !
Kenangan terawih di surau masa zaman kanak-kanak
Zaman kanak-kanak dulu memang biasa kalau terawih tak sampai 20 rakaat. Sementara tunggu orang habis terawih (kena tunggu sebab ada moreh selepas terawih), CN dan sepupu akan main-main nyorok-nyorok. Bila main tu, mestilah bising menjerit-jerit kan? Hah ! Siaplah bila balik rumah, memang akan dapat 'habuan' dari ayah ! Bikin malu owh anak dara duk main menjerit-jerit dekat surau ! Hehe
Anda pula bagaimana, apakah kenangan terawih di surau masa zaman kanak-kanak dulu?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
"Tidaklah seorang hamba menutupi aib hamba lainnya di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak"
(HR. Muslim no. 2590)
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~