Hari kelapanbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk "Nostalgia kad raya".
Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.
Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.
Nostalgia kad raya
Jika di sekolah lama CN iaitu SMK St. Mary KL, pengetua CN iaitu Cik Goh Hai Bee akan bagi kad raya kepada semua staff melayu dengan tulisan tangan beliau yang cantik. Memang 4 tahun di sana, setiap kali nak raya CN akan tertunggu-tunggu kad raya dari beliau. Setiap ucapan adalah berbeza mengikut cikgu. Memang menyentuh perasaan. Sampai sekarang CN masih menyimpan kad raya tu tau. Memang susah nak jumpa boss macam tu, walaupun tegas, tapi masih mengambil berat akan hal staff nyer. InsyaAllah, jika CN ditakdirkan menjadi seorang pengetua, CN akan jadikan Cik Goh sebagai rujukan. Antara top pengetua di KL tau Cik Goh CN tu !
Anda pula bagaimana, apakah nostalgia kad raya anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~