Pertama kali setelah hampir 3 tahun berblog, ini kali pertama CN bersua muka dengan rakan blogger. Memenuhi jemputan Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers di rumah PCL, disini CN pertama kali bertemu rakan EFG & KBBA iaitu PCL. Sebenarnya rumah CN dengan PCL ni dekat jer, tak sampai setengah jam. Tapi itulah, tiada kesempatan untuk berjumpa
CN dan Encik Suami datang awal dan terpaksa balik awal disebabkan Irfan yang demam, tidak berkesempatan bertemu dengan rakan EFG lain seperti Mommy Irra & Yanie yang lewat petang baru sampai. Its ok, lain kali kita bertemu ye.
Semoga ikatan ukhwah antara rakan blogger ini bukan sahaja di alam maya, tetapi juga di dunia yang sebenar. InsyaAllah.
p/s: CN tunggu juga kedatangan rakan blogger Maria Firdz yang selalu ke rumah abangnya di Jenjarom. Dah dekat tu...hehe
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
PBS | Tema Kegiatan Ekonomi
Band 6
Tajuk : Hasilkan laporan/kajian kes tentang langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang kreatif dan inovatif serta boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan anda.
Laporan/kajian kes Tema Kegiatan Ekonomi pelajar hendaklah mengandungi :
1. Pengenalan tentang kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
2. Empat cadangan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang kreatif dan inovatif.
Contoh :
- Projek Kelas Lestari : Hiasan kelas menggunakan bahan terpakai
- Kempen Kitar Semula di sekolah
- Taman Herba
- Projek Asrama Lestari : Penanaman pelbagai pokok bunga dan pokok herba di sekitar asrama, mewajibkan setiap dorm mengandungi hiasan bunga hidup dll
3. Gambar-gambar berkaitan langkah-langkah penjagaan alam sekitar.
4. Sumber rujukan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Adik CN yang Single
Memperkenalkan adik-adik CN yang masih cun serta single ! Hah ! Kemain hakak dorang duk promote kan? Inilah adik-adik CN nombor 3, 4 dan 5. CN ada 5 adik beradik dan semuanya adalah perempuan !
Dari kiri adik bongsu CN iaitu Zahiah yang kini menduduki PT3. Ini budak lambat lagi nak kawin ye. Sebelah Zahiah adalah adik CN nombor 3 yang lagi tinggi dari CN iaitu Wany. Cik Wany ni adalah pelajar tahun akhir di UITM Machang, boleh la kawin tahun depan ! Dan yang paling kanan adalah Izzati iaitu adik CN nombor 4 yang swet dan merupakan 'bibik' Irfan yang sedang menunggu tawaran ke universiti. Ini budak yang selalu teman CN menyoping di GM Klang !
p/s: Antara 3 orang ni siapa yang mirip CN ye? Hehe
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
Wallpaper Bunga Sakura
Masih dalam mood raya. Hujung minggu sibuk je beraya ke rumah saudara mara serta rakan-rakan serta memenuhi undangan open house. CN yang sudah sedia 'bambam' semakin menjadi-jadi kebambamannya !
Dalam banyak-banyak rumah yang CN pergi beraya, paling tergoda dengan rumah kawan Encik Suami iaitu tokey kepok lekor di Kampung Sungai Buaya, Banting. Masuk je ke rumah, sudah terpampang wallpaper bunga sakura yang memenuhi dinding ruang tamu. Serius, memang sangat cantik dan sejuk mata memandang. Bila duduk berborak, dah fefelling macam di Jepun tau !
Wallpaper Cantik Bunga Sakura
Menurut tuan rumah, harga wallpaper serta kos pemasangan wallpaper cantik bunga sakura ni mencecah RM1500 ! Pergh ! Tapi memang berbaloi sebab tenang je hati berada di ruang tamu ni. Kalau CN duk menanda skrip jawapan PT3 pelajar ketika bersantai di ruang tamu ni, confirm ramai pelajar boleh dapat A ! Hehe
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~