Preggy owh Preggy
Alhamdulillah, baru kini CN berkesempatan untuk berkongsi dengan rakan pembaca berita gembira iaitu Irfan bakal menjadi abang ! 17 Ogos nanti genaplah Irfan 3 tahun dan bersyukur sangat CN diberi kesempatan untuk mengandung lagi. Bukan mudah untuk mengandung ye. Pelbagai usaha perlu dilakukan.
Memang CN pelik kenapa ada golongan yang senang-senang buang baby, mudah betul mereka mengandung dan bersalin. CN ni bila mengandung jer, memang mengalami alahan yang dasyat. Tabahkan hati dan kuatkan semangat je demi anak tercinta.
Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun anak bujang CN sorang ni. Rindu sangat masa Irfan bambam dulu. InsyaAllah, walaupun CN alah pada skrin lappy, CN akan cuba gagahkan diri juga nanti untuk membalas komen2 blogger. Sayang sangat rakan-rakan blogger yang tidak jemu singgah ke blog CN. Sayang korang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~