Preggy owh Preggy
Alhamdulillah, baru kini CN berkesempatan untuk berkongsi dengan rakan pembaca berita gembira iaitu Irfan bakal menjadi abang ! 17 Ogos nanti genaplah Irfan 3 tahun dan bersyukur sangat CN diberi kesempatan untuk mengandung lagi. Bukan mudah untuk mengandung ye. Pelbagai usaha perlu dilakukan.
Memang CN pelik kenapa ada golongan yang senang-senang buang baby, mudah betul mereka mengandung dan bersalin. CN ni bila mengandung jer, memang mengalami alahan yang dasyat. Tabahkan hati dan kuatkan semangat je demi anak tercinta.
Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun anak bujang CN sorang ni. Rindu sangat masa Irfan bambam dulu. InsyaAllah, walaupun CN alah pada skrin lappy, CN akan cuba gagahkan diri juga nanti untuk membalas komen2 blogger. Sayang sangat rakan-rakan blogger yang tidak jemu singgah ke blog CN. Sayang korang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ayah CN yang Hensem
Inilah ayah CN tersayang yang hensem, kacak dan bergaya. Siapa lagi nak puji ayah sendiri jika bukan anaknya kan? Hehe
Sebenarnya CN mewarisi sikap keyakinan diri yang tinggi setiap masa dari ayahanda tercinta. Bukan CN sahaja, kami 5 beradik memang mempunyai sikap konfiden diri yang lebih, lagi-lagi part konfiden comel ! Siapakah puncanya? Inilah dia, Haji Talib yang membawa gen keyakinan diri perasan comel kepada kami 5 beradik.
Alkisah gambar ini diambil semasa raya yang lepas. Sebenarnya ayah CN perut buncit, tapi bila cakap nak masukkan gambar dalam blog, terus tarik nafas dalam-dalam konon nak tunjuk selim melim ! Muka pulak habis macho tau ! Alahai ayahku..hensem kan? Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai, geramnyer tengok si kecik yang comel dengan pelbagai gaya ni ! Rasa nak gigit-gigit je ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BIL.2/2015 BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 01/08/2015.
Semakan Penempatan Guru 2015
Link : https://egraduan.moe.gov.my/
Semoga berjaya kepada semua bakal guru.
Selamat datang ke profesion perguruan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~