Ragam Ibu Mengandung
Bila preggy, CN pasti akan mengalami mabuk-mabuk dan tak tahan bau tumisan. Serius apa-apa tumisan yang melibatkan minyak panas pasti akan meloyakan CN ! Entah kenapa, busuk sangat bagi CN..lagi-lagi bau ikan goreng, pasti berselubung dengan tuala menutup hidung! Tapi alhamdulilah, part makan okay pulak. Tekak boleh je terima makanan bergoreng, cuma hidung tak tahan bau ketika proses memasak je.
Eh! Kalau tak boleh bau siapa pula yang memasak ye?
Siapa lagi, mestilah Encik Suami tersayang. Bersyukur sangat dapat suami yang boleh memasak, siap boleh demand nak makan apa lagi taww !! CN harap sangat cepatlah berakhir mabuk-mabuk ni, nak fokus kembali kepada blog sebab bulan Ogos agak menjunam UV blog gara-gara mabuk tengok laptop.
Doakan CN cepat okay ye sebab tangan dah gatal nak blogwalking blog rakan-rakan blogger yang rajin mengomen di blog CN walaupun CN tak berkesempatan untuk membalas kunjungan. InsyaAllah bila dah okay nanti CN akan boom komen ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~