~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan makin besar makin macam-macam perangai dia. Kalau amik gambo ada je gaya dia yang pelik-pelik. Rambut tu macam dah panjang, sayang pulok nak potong. Macam kpop kan? hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Taman Rekreasi Banting
Taman permainan ini terletak berhadapan dengan Hospital Banting memang meriah dengan pelbagai aktiviti di petang hari. Tarikan terbaru di Taman Rekreasi Banting ini adalah tempat khas untuk bermain rollerblade dan skateboard.
Permainan rollerblade dan skateboard menjadi trend kini. Tetapi jangan pula anda fikir bahawa CN yang bermain rollerblade ni. Agak-agak la dengan perut besar ke depan untuk bermain permainan ini. Silap hari bulan terus kena paksa warded di Hospital Banting pula, tak ke naya tu? Hehehe
CN dan adik membawa anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard disini selain bermain pelbagai permainan yang terdapat di taman rekreasi ini. Semestinya anak saudara CN si Aqila sangat teruja untuk memiliki rollerblade warna pink, Irfan pula macam tak kisah je. Oklah, jimat duit dari beli rollerblade tu..ahaks~
CN & Miza berwelfie tika anak-anak sibuk bermain
Eh, Irfan & Aqila pun nak join kitorang berwelfie.
Pakngah melayan anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard
Owh...dating ye?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keputusan PT3 2015
Semoga berjaya kepada semua calon PT3 2015 termasuk adik kandung CN, Nur Zahiah (SMK Panglima Bukit Gantang) & adik ipar, Muhammad Aminuddin (SMK Telok Datok). Hari ini merupakan hari mendebarkan buat mereka kerana keputusan PT3 2015 keluar hari ini.
CN juga akan berada di sekolah bersama pelajar CN kerana bertugas sebagai guru kelas. Macam mana la keputusan budak2 ni ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila tiba cuti sekolah, mak saudara Irfan yang duduk di kampung pasti akan 'melepak' di Banting untuk mengisi masa cuti bersama anak-anak saudara yang kian membesar. Kali ini ibu CN dengan murah hati belanja kitorang Pizza Hut yang merupakan kegemaran Irfan Hensem. Memang puas hati layan set Feast Box dengan 3 regular pizza dan FREE air 1 jag. Biasanya pasti akan tapau pizza yang tidak habis, tapi kali ini licin dek kelaparan ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Churros
Menjadi trend di fb rakan-rakan CN duk upload gambar churros buatan sendiri. Ingat susah sangat buatnya, rupanya sangat mudah. Ok, cuti-cuti ni memang best bila buat projek masak-masak dan semestinya tukang makan adalah anak bujang yang hensem, kacak dan bergaya yang tidak memilih makanan si Irfan Hensem.
Irfan ni pencinta coklat. Jadi kita makan churros ni cicah coklat, pergh, heaven !
Gambar google sebab CN tak sempat ambil gambar...hehe
Bahan-Bahan Membuat Churros
1 cawan air*
1 sdb minyak masak*
1 sdb gula*
1/ 2 sdt garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 sdb minyak masak*
1 sdb gula*
1/ 2 sdt garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
Cara-Cara Membuat Churros
1. Satukan bahan bertanda* dlm periuk dan masak hingga mendidih
2. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tutup api.
3. Masukkan telur, kacau sebati dan jika masih ketul2 mixer sekejap bg sebati jer.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Masukkan adunan dlm piping bag atau guna acuan semperit atau noozle bintang dan pipekan adunan dlm minyak. Masak hingga kekuning2an dan angkat serta toskan minyak
5. Salut churros dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis atau cicah dengan coklat cair.
2. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tutup api.
3. Masukkan telur, kacau sebati dan jika masih ketul2 mixer sekejap bg sebati jer.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Masukkan adunan dlm piping bag atau guna acuan semperit atau noozle bintang dan pipekan adunan dlm minyak. Masak hingga kekuning2an dan angkat serta toskan minyak
5. Salut churros dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis atau cicah dengan coklat cair.
Selamat Mencuba Resepi Churros Yang Mudah & Sedap Ini Ye
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Permohonan Online ke Sekolah Berasrama Penuh
Permohonan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh 2016 secara online akan dibuka mulai 10 Disember 2015 hingga 30 Disember 2015.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.moe.gov.my dari semasa ke semasa.
Semoga berjaya kepada mereka yang memohon dan jangan lupa, 14 Disember 2015 nanti keputusan PT3 akan keluar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Wajah polos dari #IrfanHensem yang berumur 18 hari
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
New Visitor dan Returning Visitor
Jika anda berblog untuk menjana pendapatan sampingan, pastinya anda perlu tahu akan istilah new visitor & returning visitor.
Siapakah New Visitor?
Pelawat baru yang datang ke blog sama ada melalui carian organik (menggunakan teknik SEO), bloglist dalam blog rakan-rakan blogger dan referral link dari media sosial seperti facebook, Google+, babap.net dan sebagainya. Antara faktor yang boleh menarik new visitor ini melalui referral link adalah TAJUK. Tajuk yang menarik mampu menarik new visitor ke blog kita.
Siapakah Returning Visitor?
Returning visitor boleh dikatakan sebagai 'peminat' kita yang sentiasa singgah ke blog untuk membaca entry terbaru. Mereka ini sama ada terdiri daripada rakan-rakan blogger yang menjadi followers blog, pelajar sekolah yang sentiasa mencari maklumat dari cikgunya macam blog CN dan rakan-rakan di media sosial seperti facebook, twitter, google+ dan instagram jika anda berkongsi link blog anda.
Siapakah lebih penting, new visitor atau returning visitor?
Bagi blogger glamer seperti Ben Ashaari dan Mat Gebu, kebanyakan pelawat yang datang ke blog mereka adalah returning visitor kerana mereka mempunyai 'nama' dalam arena blogging di Malaysia dan followers yang beribu-ribu. Tidak sukar untuk mendapatkan UV dari 'peminat' setia mereka setiap hari.
Berbeza pula bagi blogger seperti Hasrul Hassan dan Sohoque yang merupakan antara pakar SEO di Malaysia. Kebanyakan UV yang diperoleh adalah dari new visitor.
Untuk blogger yang baru hendak membina tapak dalam arena blogging di Malaysia seperti CN, kedua-dua jenis visitor amat penting. Seperti gambar di atas adalah statistik blog CN ketika musim PT3 dimana entry Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan mendapat view lebih 200k dan itu merupakan carian organik di google dari new visitor. CN mendapat returning visitor pada bulan tersebut pula adalah disebabkan oleh proses menyiapkan kajian kes yang memerlukan pelajar sentiasa mencari maklumat di Internet. Jadi pelajar yang sama akan singgah ke blog CN dalam tempoh musim PT3 tersebut.
Masih banyak lagi yang perlu CN belajar tentang teknik SEO untuk mendapat new visitor berbanding returning visitor kerana CN bukanlah kategori blogger cantik yang mempunyai ramai peminat. Tetapi untuk 'memaksa' pelajar membuka blog CN untuk mendapatkan returning visitor tu agak mudah la..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hb Rendah Ketika Kehamilan
Hb rendah ataupun kekurangan sel darah merah sering dialami oleh wanita hamil dan amat bahaya jika dibiarkan berterusan. Mengikut World Health Organization (WHO), Hb rendah iaitu di bawah paras 11 g/dL dikategorikan kepada 3 peringkat.
Peringkat Hb Rendah
Ringan : Hb 9 - 11 g/dL
Sederhana : Hb 7 - 9 g/dL
Teruk : Hb kurang daripada 7 g/dL
Faktor Hb Rendah
1. Ibu yang hamil lagi dalam tempoh yang singkat
2. Hamil anak kembar
3. Mengalami muntah terlalu kerap dan alahan mengandung yang teruk
4. Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
5. Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
6. Ibu yang hamil pada usia remaja
7. Ibu mempunyai sejarah anemia
8. Ibu yang mengambil alkohol ketika hamil
Faktor utama CN mengalami Hb rendah semasa check up bulan lepas iaitu 10.8 adalah kerana faktor nombor 4. CN kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Apakah makanan yang kaya dengan zat besi ini? Next entry CN akan berkongsi pula dengan anda cara mengatasi Hb rendah ini. Tunggu ye...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahaya Cincin Berlian
Cincin emas kuning atau putih yang mempunyai batu berlian timbul seketul amat bahaya buat ibu yang mempunyai anak kecil.
Cincin berlian yang menggoda bukan milik CN..
Kenapa cincin berlian bahaya?
Ini kerana jika anda lalai, anda mampu melukakan kulit si kecil dengan cincin anda ! Bayangkan jika anda memakai cincin dengan batu berlian sebesar biji kurma, kemudian anda mendukung si kecil, kebarangkalian batu berlian anda yang besar gedabaq itu menggores kulit si kecil amat tinggi !
Bukan ibu yang mempunyai anak kecil sahaja, guru-guru juga tidak digalakkan memakai cincin berlian jika anda merupakan kategori guru kesayangan yang akan dicium tangannya oleh pelajar setiap hari.
Hal ini terbukti kerana CN sendiri pernah menggores kulit wajah pelajar dengan cincin berlian cenonet je. Itu baru cenonet, kalau besar biji kurma alamat berdarahlah kulit wajah pelajar CN !
Oleh itu hindarilah memakai cincin berlian ketika anda menjaga si kecil atau ketika berada di sekolah.
p/s : Cincin berlian cenonet telah disimpan rapi kerana tidak muat dek ketembaman jari yang melampau akibat preggy kali kedua ini. Oleh itu marilah kita berjemaah tidak memakai cincin berlian ye....hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Kuih Akok
Kuih akok merupakan kuih tradisi dari negeri Kelantan yang menjadi kegemaran CN. Biasanya kuih akok akan banyak dijual semasa bulan puasa. Disebabkan terpengaruh dengan bestfriend dari Kelantan, kuih akok termasuk dalam list kuih kegemaran CN.
Di Banting ni memang susah nak cari orang jual kuih akok. Jadi CN cuba men'google' resepi kuih akok yang sedap ni. Terjumpa seorang rakan fb yang berkongsi resepinya. Bahan-bahan nya memang mudah, jom kita cuba buat kuih akok sendiri ye.
Gambar google
Bahan-Bahan Membuat Kuih Akok
Bahan-bahannya :
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan
● 100 ml air
● 150 gram gula manisan (gula melaka)
● 30 gram tepung gandum
● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus
Cara-Caranya Membuat Kuih Akok
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.
2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sunnah Jumaat
Sunnah hari Jumaat seperti baca Al-Kahfi, pakai wangian, berbaju putih, mandi sunat, potong kuku, perkemaskan diri dan hadir awal ke masjid. InsyaAllah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Senyuman manis dari #IrfanHensem yang berumur 12 hari
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Iklan Jawatan Kosong Kerajaan
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang berminat dan berbakat memohon jawatan seperti berikut :
Jawatan : Jurulatih Seni Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) Kontrak
(Hanya untuk penjawat awam sahaja)
Syarat Kelayakan Jurulatih Seni Gred 29-44
- Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29-44 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan telah disahkan dalam jawatan sekarang
- Berkemahiran, berpengalaman dan berkebolehan mengajar dalam kejurulatihan sekurang-kurangnya 3 tahun
- Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang yang dipohon
- Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
Muat Turun :
Iklan Kekosongan Jawatan Jurulatih Seni
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berpantang Selepas Bersalin Versi Tradisional & Moden
Seiring dengan peredaran zaman, cara berpantang selepas bersalin juga mengalami evolusi. Banyak pantang larang nenek moyang kita diketepikan dan dimodenkan. Tidak salah mengikut peredaran zaman, tetapi cara tradisional ada juga yang sangat bermanfaat dan mesti diamalkan sekarang.
Seperti pengalaman CN ketika berpantang masa Irfan dulu, CN gabungkan cara tradisional dan moden kerana terdapat beberapa kaedah tradisional yang tidak sesuai dengan CN. Mujur arwah mak mertua yang menjaga CN ketika itu sangat memahami dan supportive. Tempoh berpantang tidak 'menakutkan' seperti yang sering diuar-uarkan.
Jom kita lihat perbezaan berpantang selepas bersalin dulu & kini.
1. Tradisional : Bersama suami selepas 100 hari
Moden : Bersama suami selepas 30 hari
[ Ini penting ye, 100 hari je dear. Relax la. Ini untuk memastikan supaya sistem kewanitaan kita betul-betul telah sembuh dan sedia untuk bekerja ! ]
2. Tradisional : Berehat secukupnya
Moden : Sibuk dengan media sosial
[ Ini memang CN ikut cara moden sebab sudah terbiasa dengan media sosial. Almaklumlah, kononnya CN ni kan media social influncer. Itulah cara CN nak dapat duit lebih...hehe ]
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
Moden : Keluar rumah selepas 2 minggu
[ Cara tradisional 40 hari kerana bayi terlalu kecil untuk berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Biarlah si kecil di rumah je. Pengalaman CN sendiri walaupun Irfan di rumah sahaja, itu pun terkena batuk sampai menjadi pneumonia dan terpaksa 'bercuti' di hospital 14 hari dalam tempoh berpantang ]
4. Tradisional : Menyusukan bayi
Moden : Memberi susu formula
[ Sememangnya tidak dinafikan bahawa susu ibu itu adalah rezeki masing-masing. Bukan semua orang mampu menyusukan anaknya. Tapi sayang seribu kali sayang jika anda diberi rezeki susu yang banyak, tetapi 'malas' untuk diberikan kepada si kecil atas faktor sibuk dan takut perubahan fizikal badan. Hello ! CN mampu maintain selim selepas bersalin sampai Irfan umur 2 tahun sebab full breastfeed. Kalori terbakar dengan banyak bila anda menyusukan bayi anda. Tak perlu workout tau.. ]
5. Tradisional : Bengkung herba
Moden : Bengkung moden
[ CN pilih bengkung herba kerana lebih panjang dan kain tahan lasak. Lagi pun masa memakai bengkung herba ini, boleh bermanja dengan Encik Suami minta dia pakaikan. Yela, orang lelaki bila pakaikan memang best sebab ikatan lagi kuat..haip ! 100 hari jangan lupa ye...hehe ]
6. Tradisional : Minum air akar kayu/jamu
Moden : Minum kolagen
[ Ok, ini CN mengalah. Memang CN pilih minum kolagen yang lagi sedap dan mudah. Air jamu CN cuma minum air pegaga+kunyit hidup masa hujung berpantang je. Air akar kayu langsung tak sentuh sebab Irfan terberak-berak bila CN minum air ni. Yela, masa tu menyusukan si kecil, jadi jika tidak serasi, si kecil yang akan kena. ]
7. Tradisional : Bertungku
Moden : Ubat-ubatan
[ CN gabungkan bertungku dengan menggunakan batu sungai yang dicari oleh ayah mertua bersama supplemen dari Shaklee. Memang superb ! ]
8. Tradisional : Memakai tempel/herba
Moden : Memakai barut/minyak urut
[ Ini pun CN gabungkan je sebab tidak boleh selalu pakai herba di perut dan dahi. Berbintik-bintik perut CN dek kepanasan herba tu. Losyen mustajab memang sahabat terbaik menggantikan herba ini. ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ada orang tu merajuk dengan mamanya sampai takmo amik gambo. Tunjuk montot je..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika merasakan UJIAN sebesar kapal, maka yakinlah NIKMAT Allah sebesar lautan
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cepatnya masa berlalu, gambar kiri adalah gambar yang diambil tahun lepas dan kanan adalah gambar terkini. Cepat betul berubah muka Irfan Hensem ni. Alahai anak...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Senaman Menaikkan Rahim
Rahim merupakan organ dalaman wanita paling penting. Banyak keburukan rahim jatuh ini. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda semua senaman untuk menaikkan rahim.
Berikut merupakan tanda-tanda awal rahim jatuh :
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut (ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas
4 Cara Senaman Untuk Menaikkan Rahim
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bau paling sedap didunia adalah bau anak baru bangun tidur di pagi hari !
Walaupun ada masam-masam, tetap sedap dicium sepenuh hati ! Kenapa ye?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah anak bujang CN yang semakin 'dewasa'. Bila nak jadi abang ni, macam-macam ragam pula jadinya. Gambar di atas ini diambil sebelum melawat adik sepupu Irfan yang baru lahir beberapa minggu yang lepas. Kampung sebelah je, tapi boleh pulak si bujang ni sibuk hendak melaram dengan kasut merahnya tu.
Tshirt Osaka itu pulak dipilih oleh Irfan. Abang Long sorang ni sudah pandai pilih baju tau. Selain tshirt Upin-ipin, tshirt Osaka ini merupakan antara tshirt faveret Irfan. Pantang sudah dibasuh, bila nampak je minta dipakaikan. Alahai anak...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Duduk Gadis Tidak Ayu
Serius cakap, CN memang tak ayu. Dari zaman sekolah sampai sudah jadi cikgu, memang suka duduk bersila atas kerusi !
Anda bagaimana pula ?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cikgu Suka Selfie
Inilah dia Cikgu yang suka selfie tu. Kali ni berwelfie pulok dengan bf yang sentiasa awet muda. Asyik welfie dengan Irfan jer sampai jeles ayahnya. Hah ! Meh CN belanja 1 jer gambar welfie kitorang ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Balik sekola tadi CN singgah ke 7Eleven sebab nak beli coklat KitKat RM1 sempena promosi barangan RM1 setiap hari Selasa & Rabu. Tiba-tiba ternampak ais krim La Cremeria Heavenly Chocolate ni..pergh ! Terbeli sudah ! Tapi kan memang heaven makan aiskrim ni, tak sedar dah habis makan semasa driving. Baru ingat nak share dengan Irfan, habis pulok, maaf ye....hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Word Verification Pada Ruangan Komen
Blogwalking merupakan salah satu cara untuk meningkatkan Unique Visitor (UV) blog. Dengan blogwalking, kebarangkalian untuk mendapat komen balas adalah 50% dan setiap komen akan menyumbang UV kepada blog anda.
Kenapa perlu UV yang tinggi?
Jika anda menggunakan blog sebagai salah satu cara untuk menjana income, UV yang tinggi adalah faktor utama untuk mendapatkan income dari pengiklanan seperti Google Adsense, Nuffnang dan pelbagai lagi. CN pernah ceritakan tentang gaji pertama CN dari Google Adsense dan faktor utama CN mampu menjana income dengan Google Adsense adalah berdasarkan UV yang tinggi.
Salah satu cara untuk CN tingkatkan UV adalah dengan promosi blog. Selain menggunakan media sosial seperti facebook, Google + dan instagram, blogwalking juga merupakan salah satu cara untuk menyumbangkan UV kepada blog anda.
Word Verification
Apabila anda komen di blog rakan-rakan blogger anda, sudah pasti sebahagian dari mereka akan membalas kunjungan anda. Dengan cara ini anda telah mendapat UV dari rakan blogger anda tersebut. Jika zaman baru-baru berblogging, CN mampu blogwalking sehingga 100 lebih blog dalam masa sehari. Tapi kini faktor kesibukan dengan kerja dan juga word verification pada ruangan komen mengehadkan jumlah blog untuk diblogwalking.
Bayangkan untuk menghantar satu komen, anda perlu mengesahkan "I'm not robot" dan perlu pilih gambar yang entah apa-apa ! Jika jawapan yang salah, perlu memilih gambar yang lain pula. Jika ini terjadi, besar kemungkinan untuk CN tutup blog tersebut adalah 80% ! Hah ! Kan dah rugi tak dapat komen dari CN. Jika diikutkan kerajinan, CN boleh mengomen sehingga berbelas-belas komen dalam satu blog. Tapi bila munculnya word verification yang annoying ini, memang say goodbye la..
Alternatif Untuk Word Verification
CN faham kebanyakan blogger meletakkan word verification untuk mengelakkan komen spam. Sebenarnya cara terbaik untuk mengelakkan komen spam adalah dengan menukar Comment Moderation dibahagian setting kepada "Always". Dengan cara ini, setiap komen perlu disahkan oleh anda sendiri. Jika dapati komen tersebut adalah spam, anda boleh mendeletenya. Kan mudah?
Untuk bahagian Show word verification pilih "No". Ingat, pilih "No". Barulah jumlah komen di blog anda akan bertambah.
Selamat berblogging.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pelbagai Idea Menarik Untuk Berehat
Cuti sekolah kini bermula. Tibalah masa untuk berehat dari kerja-kerja menimbun. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu, terlalu banyak kerja pengkeranian yang perlu dibuat mengalahkan kerani sekolah ! Balik sekolah pun bawak balik kerja !
Kini cuti gunakan sebaiknya dengan BEREHAT. Yeah ! Seronoknya cuti...weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Betul tu. Irfan kalau diam jer mesti ada benda yang dia tengah kusyuk. Bersedialah mental dan fizikal bila lihat hasilnya. Biasanya losyen, lipstik, loose powder, bedak, eye liner, mascara serta serum yang mahal pun pernah menjadi 'mangsa' Irfan !
Alahai anak...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kondangan owh Kondangan
Kondangan adalah bahasa jawa yang bermaksud kenduri kahwin. Baru-baru ini sepupu Encik Suami iaitu Dayah yang cun telah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya Napis. Majlis diadakan di Kampung Endah, Banting. Majlis yang simple tetapi mengumpulkan saudara-mara yang ramai memang meriah. Almaklumlah, menurut ayah mertua, penduduk di Kampung Endah sahaja hampir 50% ada ikatan saudara dengan keluarga ayah. Memang besar keluarga ini. Sebab itu bila diadakan majlis kenduri kahwin, meriah dengan saudara-mara sahaja.
Walau bagaimanapun, kondangan kali ini CN tidak dapat join sinoman (rewang) kerana masalah darah rendah. Sejak kebelakangan ini memang CN kerap pening kepala dek sindrom darah rendah ini. Inilah penangan ibu mengandung, macam-macam penyakit yang hinggap, sabar jela.
Ok, takmo cerita tentang darah rendah CN. Nak cerita tentang perasaan 'hakak-hakak' bila CN balik ke Kampung Endah ini. Ini kerana ayah mertua adalah anak sulung dalam keluarga dan Encik Suami juga adalah anak sulung dalam keluarga. Jadi bila kahwin dengan cucu sulung ini, bertemu dengan sepupu-sepupu yang lain pasti akan menjadi hakak ! Terasa tua pulok ! Hehehe
Tapi adik-adik sepupu ini memang sporting dan ramah. Cun-cun pulok tu. Bolehlah adjust jika berkenan...hehe
Agenda wajib bila keluarga berkumpul adalah mengusik cicit nombor 2 iaitu Irfan yang kecoh
Gambar Encik Suami taken by Irfan, pandai pulak budak kecik ni ambil gambar, ada bakat ni..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Teater Muzikal Mak Cun
Pasti ramai yang telah menonton drama bersiri Mak Cun yang havoc dan menghiburkan tu. Paling best dengan longat utara yang tak berapa betul tapi kelakar ! Kali ini dalam bentuk Teater Muzikal Mak Cun yang akan dipersembahkan di Istana Budaya dari 14 hingga 22 November ini.
Cepat dapatkan tiket-tiket sebelum kehabisan ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Drama Kau Aku Kita
Drama TV3 terbaru adaptasi novel Kau, Aku, Kita ini memang best dan menghiburkan hati. Ditambah lagi dengan pelakon utama drama ini iaitu Syarul Ridzuan & Janna Nick yang mencuit hati. Sebelum ini CN memang dah baca novel ini. Cover gambar kasut tu. Serius baca novel je pun dah best. Ini bila sudah dijadikan cerita bertambahlah best.
JUDUL : KAU, AKU, KITA
EPISOD : 13 episodTARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria
Watak Pelakon Kau Aku Kita
Syarul Ridzwan sebagai Aus
Janna Nick sebagai Iman
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Sinopsis Drama Kau Aku Kita
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.
Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.
Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.
Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pasar Malam Jenjarom
Jenjarom's night market atau pasar malam Jenjarom diadakan pada setiap hari Rabu. Sebenarnya kecil je pasar malam ni, Boleh la cari makanan faveret family iaitu leher ayam goreng ! Irfan pulak suka ayam gunting & CN suka cendawan goreng. Cun...
Leher ayam goreng rangup
Cendawan goreng rangup krup krap
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 Perbezaan Ketara Siaran TV Zaman Dahulu & Sekarang
Dahulu dan sekarang memang banyak perbezaannya. Jom kita lihat perbezaan ketara siaran TV zaman dahulu & sekarang di OhBulan.
Memang awesomein ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pejam celik pejam celik dah nak jadi abang sudah Irfan Hensem ni. Tapi tahap kemanjaannya melampau-lampau ! Selalu mintak didukung, kalau nak tidur tu mintak didodoi..sabar jela. Biasalah budak kecik nak dapat adik kan, confirm buat perangai.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ibubapa yang sering bergaduh
anak menjadi ganas & panas baran
Ibubapa sering sedekah
hati anak akan lembut
Ibu tidak meninggalkan solat
anak mudah mendapat hidayah
Ibu sering membaca al-quran
dapat anak yang bijak
Ibu mengawal emosi
anak soleh & pandai mengawal keadaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~