Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
#IrfanHensem yang berumur 1 bulan 13 hari warded di HTAR akibat pneumonia
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pendaftaran Single Sign On (SSO) Bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Makluman penting dari pihak KPM mewajibkan semua guru dan staf sekolah mmbuat pendaftaran id dan password didalam sistem SSO (Single Sign On) yang mana sistem ini akan diguna pakai sepenuhnya pada awal tahun 2016. Sehubungan dgn itu disini CN sertakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran SSO.
Pendaftaran ID & Password di SSO
1. Log masuk Sistem Pengurusan Sekolah di URL berikut : https://sps1.moe.gov.my/
2. Klik menu Log Masuk
3. Akan keluar 3 menu utama: PENGURUSAN SEKOLAH, PENGURUSAN GURU (E-OPERASI), PENGURUSAN MURID (APDM)
4. Pilih dan Klik Menu PENGURUSAN GURU
5. Paparan e-operasi muncul
6. Masukkan ID dan Password e-operasi.
7. Apabila berjaya log in. Akan ada button DAFTAR SSO disebelah kiri. Klik DAFTAR SSO.
8. Klik DAFTAR SSO SEKARANG
9. No. KP sedia ada. Cipta baru kata laluan (campur huruf & angka), sahkan kata laluan dan masukkan email (pastikan email yang aktif sahaja)
10. Klik daftar
11. Paparan muncul bersama url berikut : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
12. Klik log masuk
13. Masukan No. KP dan Kata laluan yang telah didaftarkan tadi
14. Klik log masuk
15. Klik menu untuk paparan system
16. Muncul 3 menu utama : Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid.
Jika anda telah berjaya log masuk ke SSO, klik bahagian Menu dan kemudian pilih Pengurusan Guru. Disitu akan boleh memilih untuk akses ke sistem mana pilihan anda. Jika mahu update kursus terkini yang dihadiri, boleh lah pilih SPLKPM. Anda juga boleh akses ke sistem egTukar dan pelbagai sistem lain. Kini cuma perlu ingat satu password sahaja. Mudah bukan?
Selamat mencuba.
Single Sign-On Merupakan 'Ibu' Kepada Pelbagai Sistem