Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
#IrfanHensem & Qila 'dating' di GM, kemain warna shirt pun sama merah gituw
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ulangtahun Perkahwinan ke-5
Alhamdulillah..harini 4/2/2016, genap la usia perkahwinan CN & Encik Suami yang ke-5. Diam tak diam, dah 5 tahun usia perkahwinan kami. Pengalaman perkahwinan jarak jauh hampir 2 tahun banyak mematangkan kami dalam mengharungi dugaan kehidupan berumah tangga.
Menginjak ke 5 tahun usia perkahwinan kami, Irfan tahun ni berumur 4 tahun dan bakal mendapat adik pada hujung Mac ini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT. Walaupun target CN nak dapat 3 anak, Allah SWT maha menentu segala-galanya.
Sambutan ulangtahun ke-5 ini asalnya nak bercuti, tapi mengenangkan kesihatan CN yang tak berapa baik terpaksa ditangguhkan. Tunggula baby 'M' ni keluar dulu ye.
Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & Encik Suami kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mentarang bakar oleh Encik Suami
Ini adalah kali pertama CN makan mentarang bakar. Jika sebelum ini CN pernah makan mentarang masak kicap, tapi kali ini dibakar pulak kerana mentarang ini adalah besar-besar. Kalau dibuat masak kicap, memang leceh nak masak. Encik Suami yang membakarnya dan rasanya? Nyum..nyum..nyum..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Suhu Sejuk di Perak dan Kelantan
Menurut siaran media bertarikh 1 Februari 2016, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan bahawa dijangka tidak akan turun suhu sepanjang Februari 2016 seperti yang dilaporkan di dalam akhbar.
Suhu Normal di Malaysia
Suhu di Malaysia lazimnya adalah 22 C di sebelah pagi dan 35 C di sebelah lewat petang. Berikutan kesan El Nino kuat akan menyebabkan peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 C dan bukannya suhu sejuk seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan. Jadi bersedialah wahai rakyat Malaysia untuk menghadapi perubahan cuaca ini. Kesan perubahan cuaca yang ketara ini mendorong pelbagai penyakit seperti batuk, demam dan selsema.
p/s : Tapi dekat Kuala Langat ni, sejuk je cuaca. Memang lena tidur malam-malam ;)
p/s : Tapi dekat Kuala Langat ni, sejuk je cuaca. Memang lena tidur malam-malam ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~