Sebagai wanita moden yang berkerjaya, kesihatan dalaman wanita perlu dijaga supaya kekal aktif, cergas serta cantik luar dan dalam. Lagi-lagi sebagai guru, perlu sentiasa cergas dan cantik supaya dapat menarik perhatian pelajar. Disini CN ingin kongsikan amalan penjagaan kesihatan dalaman wanita dengan meminum air rebusan herba. Sangat senang dan mudah diamalkan.
Air rebusan herba |
Air Rebusan Herba Untuk Kesihatan Dalaman Wanita
Bahan-bahan Air Rebusan Herba
Halia (besar ibu jari)
Kunyit (besar ibu jari)
Serai (2 btg)
Daun Pandan (2 helai)
Gula Batu / Madu (ikut suka)
Air 3 cawan
Tambahan (jika perlu)
Sireh (2 helai) - utk masalah keputihan
Manjakani (1 biji) - utk merapat miss v - (x sesuai utk anak dara)
Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 cawan air
Minum suam2
😊
** hanya minum sebulan sekali sahaja selepas period
Khasiatnya :-
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut
* Mengurangkan masalah bau badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sememangnya apa yang dibuat serasa gelisah sahaja. Apabila malam pula kerap diganggu dengan mimpi-mimpi yang ngeri dan menakutkan. Awas ! Anda sedang mengalami gangguan makluk halus dan silalah berjumpa dengan yang pakar untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Berikut merupakan 11 tanda-tanda gangguan makhluk halus yang perlu anda tahu.
11 Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus
1. Tidur dalam keadaan resah dan cemas serta selalu terjaga.
2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan.
3. Bermimpi melihat pelbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain.
4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur.
5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.
6. Terasa panas badan terutama dibahagian belakang.
7. Fikiran selalu kacau dan badan terasa lesu dan malas.
8. Suka marah-marah tanpa sebab yang munasabah.
9. Selalu sakit kepala.
10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan.
11. Sakit dibahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~