Geram je rasa bila lihat Irfan buang sebarang jenis sayur dalam pinggan dia walaupun secubit daun sup ! Boleh tengah makan, bila dia rasa je benda selain dari nasi dan lauk, pasti dia akan luahkan balik. Dah la sayur tak nak makan, buah pun dia tak suka bila dah besar ni. Dulu masa setahun lebih, faveret Irfan adalah buah tembikai. Tapi sekarang, bukan sahaja buah tembikai, air tembikai pun dia taknak tau. Memang pada mulanya, stress CN bila anak bujang sorang ni tak suka makan sayur dan buah. Mujur CN jumpa penyelesaian kepada masalah anak tak suka makan sayur dan buah ni.
Pernah dengar tentang VG Kids?
Irfan bajet model VG Kids |
VG Kids merupakan jus yang mengandungi pelbagai jenis sayur dan buah-buahan yang diolah menjadi 1 dengan rasa yang sedap. Irfan sendiri tidak sedar yang dia tengah minum jus sayur, siap cakap "sedap mama, manis!".
VG Kids : 'Jus sayur' yang sedap |
Atasi Masalah Anak Tak Suka Makan Sayur & Buah Dengan VG Kids
- Apa yang menariknya VG Kids ni, ia dalam bentuk cecair (jus). Terus diminum tak perlu dibancuh. Jimat masa.
- Rasanya yang sedap ! Irfan tak tahu pun dia tengah minum 'jus sayur' gituw, padan muka ! Hahaha
- Berbaloi dimiliki kerana jus yang pekat dengan isipadu 400 ml serta pada harga mampu milik.
- Sudah tentu VG Kids ini kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan badan dan kecerdasan minda kerana kandungannya yang 'kaya' dengan pelbagai jenis sayur dan buah.
- Bukan sahaja berkhasiat, VG Kids ini juga selamat kerana dibuat dengan bahan-bahan semulajadi keluaran bumiputera serta halal.
- Bukan sahaja untuk kanak-kanak, mama, papa, atuk, nenek semua boleh minum jus VG Kids ini tau. Sesuai untuk semua lapisan umur gituw
Berminat untuk mencuba VG Kids untuk anak anda?
Harga : RM49 sebotol tidak termasuk postage
Untuk keterangan lanjut tentang VG Kids, layari :
Laman web : http://vgkids.com.my/
Facebook : VG Kids - Jus Sayur Untuk Anak
Instagram : @nurulvgkids
Tamat sudah tempoh masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan Kajian Kes untuk Geografi PT3 2016. CN mengucapkan semoga calon PT3 beroleh markah yang terbaik setelah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu berkunjung ke blog CN untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan PT3 Geografi 2016. Kini tibalah masa untuk CN dan rakan-rakan guru Geografi seluruh Malaysia untuk mentaksir hasil kajian kes calon PT3 Geografi 2016. Doakan kami guru-guru Geografi sentiasa bersemangat untuk menanda folio-folio ini.
PT3 Geografi 2016 :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sejak ada periuk ajaib Noxxa ni, mood memasak CN semakin menjadi-jadi. Ada je idea nak masak apa guna periuk Noxxa ni tau. Kali ini CN cuba pulak resepi kek marble Noxxa. Jika sebelum ni, CN pernah buat kek marble minyak kukus, menggunakan resepi yang sama, CN cuba kaedah lain dengan menggunakan periuk Noxxa. Lagi gebu & mengancam tau. Cubalah ! Senang sangat. Sekejab je dah siap.
Resepi Kek Marble Noxxa
Bahan-bahan membuat kek marble Noxxa
4 biji telur gred A
1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cwn)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara membuat kek marble Noxxa
1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dlm 5-10 minit. Nak guna blender je pun boleh tau.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla dan minyak.
4. Masuk bahan diayak sikit-sikit. Step ni jgn pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.
5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.
6. Sapu minyak pada inner pot. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.
7. Corakkan pakai pisau macam CN buat ni. Cantik kan?
8. Tekan butang 'STEAM' 25 minit dan halakan tombol pada steam. Semasa tempoh memasak ni memang akan keluar bunyi bising, jangan risau, itu normal ye.
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !
Kek Marble Noxxa |
8. Tekan butang 'STEAM' 25 minit dan halakan tombol pada steam. Semasa tempoh memasak ni memang akan keluar bunyi bising, jangan risau, itu normal ye.
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !
p/s : Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~