Setiap orang pasti mengidamkan berat badan ideal. Berbanding menggunakan suplimen yang dapat mengurangkan berat badan dengan cepat tapi tidak kekal, apa kata cuba 14 petua turun 20 kg secara semulajadi ini. Bak kata orang, biar lambat asal selamat. Ini kerana, apabila anda mengikut 14 petua ini, badan akan secara semulajadi adapt dengan perubahan. Masalah utama CN adalah petua yang ketiga, seksa tau tak makan nasi, lagi-lagi bila menyusukan anak ni, mau ketaq lutut !
14 Petua Turun 20 kg Secara Semulajadi
1. Tidak mengambil gula atau sebarang air manisan
2. Tidak mengambil minuman sejuk dan berais
3. Jauhi pengambilan makanan karbohidrat termasuk roti, biskut, kek, donat dan nasi.
4. Amalkan pengambilan air kosong 2 liter setiap hari
5. Tidak mengambil makanan berat selepas jam 7 malam
6. Bahagikan portion makanan kepada 4 bahagian. Guna pinggan kecil. 1/4 nasi, 1/4 protein (ayam, ikan). Elakkan makanan laut dan daging. Ambil lauk sahaja tanpa kuahnya selain lebihkan sayur dalam pinggan hidangan.
7. Minum air 30 minit sebelum dan selepas makan. Jangan terus minum. Ini bagi membiarkan makanan dapat turun sepenuhnya terlebih dahulu. Jika makan makanan pedas, sebaiknya tahan dulu dari minum sebarang air.
8. Makan buah sebelum makan tetapi pastikan hadkan mengambilnya kerana buah juga mengandungi gula dan karbohidrat
9. Sekali sekala makan apa sahaja yang diingini tetapi pada hujung minggu sahaja
10. Pastikan minum air detox atau clenx tea kerana ia membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan
11. Amalkan bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh
12. Jangan terus mandi lepas makan
13. Disiplin
14. Disiplin
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dari dulu hingga kini, tudung bawal tetap menjadi pilihan. Tidak lekang dek zaman. Bayangkan design tudung bawal tahun 2004 yang CN pakai masa di Matrikulasi dulu masih relevan lagi. Tak nampak old skul pun. Tudung bawal kaler purple gambar bawah ni CN beli masa tahun 2009, masih elok lagi sebab dijaga rapi.
Agak-agaknya boleh tak CN wariskan tudung bawal ni dekat Baby Dhia?? Hehehe
Agak-agaknya boleh tak CN wariskan tudung bawal ni dekat Baby Dhia?? Hehehe
Berposing dengan tudung bawal kaler purple masa balik sekola |
Eh, Encik Suami buat apa tu? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, CN masih terus setia menggunakan periuk ajaib Noxxa ni setelah 4 minggu membelinya. Almaklumlah, kawan CN cakap dia semangat 2 minggu je guna periuk Noxxa ni, lepastu simpan dalam kotak je. No, no , no ! Mahal tau periuk tu, takkan nak simpan dalam kotak je, haruslah digunakan ye. Ok, kali ni CN nak share pulak resepi ayam black pepper Noxxa. Sangat-sangat simple ! Sambil-sambil kemas rumah dihujung minggu tu, boleh pulak masak ayam black pepper yang sedap ni untuk family tau.
Hah ! Jangan terkejut tau bila baca resepi ayam black pepper Noxxa ni, senang sangat-sangat sampai anda nak menangis bila membacanya. Jeng, jeng, jeng!
Resepi Ayam Black Pepper Noxxa
Hah ! Jangan terkejut tau bila baca resepi ayam black pepper Noxxa ni, senang sangat-sangat sampai anda nak menangis bila membacanya. Jeng, jeng, jeng!
Bahan-bahan membuat ayam black pepper Noxxa
Beberapa ketul ayam dipotong sederhana
Sos black pepper homemade oleh adik tersayang iaitu Mizah Talib (boleh Google ye cara buat sos black pepper ni, hehehe)
Periuk Noxxa
Cara-cara membuat ayam black pepper Noxxa
1. Ratakan ayam dan sos black pepper di dalam inner pot seperti gambar di bawah.
Ayam blackpepper Noxxa |
2. Tekankan mode HIGH PRESSURE 5 minit.
3. Off HIGH PRESSURE dan tekan STIR FRY untuk keringkan kuah.
4. Tada ! Dah siap ayam black pepper Noxxa.
5. Serius memang sedap dengan ayam yang lembut dan sos black pepper yang meresap ke dalam..fuh ! Heaven...
Rasa nak menangis tak baca resepi ayam black pepper Noxxa dari CN ni tak? Heheheheh
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya pasti majoriti pembaca blog CN mempunyai akaun Facebook dan Instagram. Tahukah anda dengan berkongsi gambar di Facebook dan Instagram, anda boleh menjana pendapatan sampingan? Best tak boleh jana pendapatan dengan Facebook dan Instagram sambil duk enjoy baca gosip-gosip di Facebook atau tengok gambo-gambo retis di Instagram?
Bagaimanakah caranya untuk menjana pendapatan dengan Facebook dan Instagram?
Pernah dengar tentang Narratrs? Ia adalah 1 laman web yang membolehkan anda berkongsi gambar dari pengiklan di Facebook dan Instagram dan kemudian mendapat 'upah' dalam USD ! Wah ! Masyuk tu.
Klik di SINI : www.narratrs.com
Sangat mudah, anda hanya perlu log in dengan menggunakan akaun Facebook atau Instagram dan kemudian pilih campaign yang ada.
Sekarang ni tengah kempen Raise The Bar by Haagen Dazs. Cepat-cepat join tau. Anda boleh menjana pendapatan dari US$2-US$236 !
Jom mendaftar di Narratrs dengan klik link di bawah :
www.narratrs.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~