Alahai periuk Noxxa, ada je projek CN bersama periuk kesayangan ni tau. Kali ni CN nak share resepi kek kurma tanpa telur menggunakan periuk Noxxa. Cantik pulak tekstur atas kek kurma ni dah macam brownies kedut Kak Eny pulak ! Eh !
Kalau anda ada banyak lebihan kurma masa bulan puasa haritu, apa kata cuba resepi kek kurma tanpa telur noxxa ni. Kenapa tanpa telur? Telur dah habis dekat rumah, tapi nak juga buat kek. Maka terhasillah kek kurma tanpa telur yang masih gebu gebas dan just nice manisnya.
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa
Kek Kurma Noxxa |
Bahan-bahan membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
3/4 cawan susu kotak/UHT/full cream
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh letak lebih sikit gula tu)
1/2 cawan minyak masak
15 biji kurma dibuang biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
1. Blender kurma, gula, susu dan minyak masak hingga hancur.
2. Kemudian masukkan dalam bekas dan campurkan bahan blender tadi bersama esen vanila.
3. Masukkan baking soda, baking powder, tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam inner pot dan set STEAM 20 minit. Kalau tak suka 'garing', set kan kepada 17 minit sahaja.
5. Periuk Noxxa anda akan berbunyi bising, jangan takut. Biarkan je dia 'melalak'. Hehehe
6. Bila dah siap, tunggu sejuk dan barulah dikeluarkan.
7. Siap sudah kek kurma tanpa telur yang gebu !
Selamat mencuba !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain eksited Irfan mengibarkan Jalur Gemilang yang dibeli di pasaraya 99 Speedmart tuh. Siap nyanyi lagu Jalur Gemilang lagi dengan pelat dia yang kuat tu tau. Alhamdulillah, nampak gaya semangat patriotik Irfan sangat menebal. Almaklumlah, darah yang mengalir adalah dari keturunan darah pejuang negara. Moyang-moyang Irfan dari belah CN dan juga suami adalah askar dan polis hutan.
Semoga semangat patriotik Irfan itu kekal sampai bila-bila.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ! Merdeka !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~