Bila balik keje penat-penat tapi perut lapar mintak diisi, masak la benda yang simple tapi senang disediakan. Sambal bilis tumbuk berasap, sedap dimakan bersama nasi panas dan timun atau ulam-ulaman, fuh! Bikin nasi bertambah tau bila makan sambal bilis tumbuk berasap ni. Meh CN share resepi sambal bilis tumbuk ni ye.
Resepi Sambal Bilis Tumbuk Berasap
Bahan-bahan membuat sambal bilis tumbuk
Segenggam ikan bilis dibasuh bersih
2 ulas bawang besar dikupas dan dipotong kecil
5 batang cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
Cara-cara membuat sambal bilis tumbuk
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan
2. Menggunakan minyak masak yang sama, masukkan bawang dan cili. Goreng sekejab dan angkat segera.
3. Tumbuk bahan-bahan tadi.
4. Siap !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sekarang ni semua harga barang naik ekoran harga minyak yang meningkat. Sebagai Menteri Kewangan di rumah, sang ibu wajib merancang perbelanjaan rumah supaya dapat menampung kos hidup yang kian meningkat. Perbandingan harga barangan keperluan rumah perlu dibuat supaya perbelanjaan dapat dirancang dan digunakan dengan sebaiknya.
Disini CN ingin meminta jasa baik anda untuk menjawab survey tentang Kajian Platform Membeli Belah Barangan Keperluan Rumah. Platform ini akan dibangunkan oleh NZIS iaitu sebuah Social Business Startup yang kini beroperasi di Malaysia Global Innovation Centre (MaGIC). Pembinaan platform ini ala-ala TRIVAGO yang membandingkan harga hotel. Menarik bukan?
Jom bantu NZIS menjawab survey mudah ini, hanya satu mukasurat sahaja.
Klik di bawah untuk menjawab survey >>
JAWAB SURVEY DI SINI
JAWAB SURVEY DI SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~