Pernah dengar tentang jenama baru lampin pakai buang iaitu BabyLove Playpants? CN baru mencubanya pada Dhia Zahra dan serius, memang best ! Si bambam yang aktif tu memang susah bila dipakaikan lampin pakai buang yang biasa sebab sangat aktif. Pantang dibaringkan pasti terus nak merangkak. Mujur dengan BabyLove Playpants, senang sangat nak pakai. Sarung seperti seluar dah siap !
Dhia Zahra dan BabyLove Playpants |
BabyLove Playpants ini diformulasi dengan nano power plus dimana ia menyerap basahan dengan cepat. Diperbuat daripada Nano Gel Bead dan lapisan penyerapan 2 lapis menjadikan kulit si bayi sentiasa kering. Sesuai dipakai sepanjang malam tanpa perlu menukarnya. Best kan?
Lapik getahnya juga elastik dan selesa. Fit pada punggung Dhia Zahra. Malah tahan bocor pulak tu. CN suka sangat dengan tekstur pada lapik dalam BabyLove Playpants ni, ianya lembut dan nampak baby Dhia selesa dan seronok.
Terdapat lima pilihan saiz iaitu S untuk 4-8 kg, M untuk 7-12 kg, L untuk 9-14 kg, XL untuk 12-17 kg dan XXL untuk 15-25 kg.
Dhia Zahra yang berat 7 kg tu pakai saiz M. Memang fit dan cantik terletak je. Satu bungkus BabyLove Playpants ni mengandungi 20 helai dan berharga dari RM25.90.
Dapatkan BabyLove Playpants di Lazada
CN dan Lazada memang tidak dapat dipisahkan. Sampaikan beli lampin pakai buang anak pun di Lazada tau. Okay, apa kata cuba BabyLove Playpants yang boleh didapati di Lazada pada harga cuma RM25.90.
Eh, nanti dulu. Ada promosi la di Lazada. Anda boleh beli borong dengan BELI 6 PERCUMA 6 pada harga cuma RM155.40
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hujung-hujung cuti baru nak bawak anak-anak berjalan. Tu pun tak sampai 1/2 jam dari rumah ! Gold Coast Morib memang dekat je dengan rumah, tapi tak pernah pulak bermalam di sana. Kali ni CN beli voucher 2D1N stay di Studio Suite dengan private jacuzzi serta 4 tiket masuk water theme park dengan hanya RM150 ! Murah kan? Tapi disebabkan sekarang cuti sekolah, jadi CN kena tambah RM50. Hokayla, masih lagi murah siap pakej 2 orang breakfast gituww.
Irfan Hensem yang super eksited. |
Tempah bilik di Gold Coast Morib di sini
Sudah tentu bila bercuti ni, anak-anak yang paling eksited lagi-lagi Irfan. Masa tunggu nak masuk bilik tu adalah dalam 1 jam lebih kena tunggu sebab CN tak tahu check in pukul 3, kitorang sampai pukul 1 lebih. Bayangkan lamanya nak tunggu tu? Irfan asyik merengek je nak masuk dalam water theme park tu. Kalau masuk air dulu, leceh pulak nak angkat barang bagai naik ke bilik. Jadi pujuk anak bawak ke tepi laut. Mujur pukul 2 lebih dah boleh masuk bilik. Fuh!
Review Gold Coast Morib
Kalau ikut harga semasa, 1 studio suite di Gold Coast Morib berharga paling murah pun RM243 di Agoda. Jadi, dengan menggunakan voucher memang boleh jimat banyak. Meh CN cerita sikit pengalaman CN 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib dengan Package A RM150.
Voucher Package A untuk weekday special cuma berharga RM150 sahaja |
Lobi Gold Coast Morib
: Ruang lobi yang luas dan banyak kerusi. Memang bagus sebab kalau musim cuti sekolah, memang ramai orang datang ke sini. Sementara tunggu nak beratur untuk check in, anak-anak atau orang tua boleh duduk berehat dulu. Cuma bahagian pendaftaran, ramai staff yang baru menyukarkan CN untuk bertanya macam-macam sebab dia tak tahu! Nak jumpa manager pulak susah, alahai..
Ruang bilik air, Irfan eksited tengok jakuzi besar. |
Studio Suite dengan Jakuzi
: Bilik kitorang di tingkat 4 nombor 2436. Mengadap water theme park, memang best. Masuk bilik je, memang terasa mewah. Cuma kurang bersih. Mangkuk singki kotor, Meja TV berdebu. Bawah katil jangan cakap la, memang berdebu. Dah la Dhia Zahra tu jenis explore semua tempat, jadi CN perasan la tahap kedebuannya. Untuk International Resort seperti Gold Coast Morib ni memang tak patut tahap kebersihan macam tu. Mangkuk singki tu la paling mengecewakan. Geli tau sebab dorang tak sediakan gelas untuk letak berus gigi semua, jadi kena letak macam tu je sebelah mangkuk singki.
Mujur ada jakuzinya yang memang best. Serius antara mandi di water theme park dengan jakuzi, CN pilih jakuzi paling best. Pertama, sebab air di water theme park agak kotor sedangkan jakuzi direct dari paip, air panas gituww. Kedua, perkataan 'private jacuzzi'. Dalam bilik tak payah share dengan orang. Fuh, heaven !
Baby Dhia landing dulu kasi rasmi itu katil |
Okay, selain tu ada juga mini fridge, hair dryer, security locker (tak boleh guna sebab bateri habis), TV serta katil king yang super selesa. Siap ada tiang lagi katil ni, kalau ada langsir mesti lagi klasik gituw.
Tertidur keletihan setelah penat main air |
Ruang balkoni pulak luas dan disediakan 2 kerusi serta meja kecil. Cuma bilik kitorang tak ada pulak tempat menyangkut baju macam sesetengah bilik. Dah hilang kot..hehe
CN dan Encik Suami snap by Irfan Hensem di ruang balkoni Gold Coast Morib |
Pemandangan dari balkoni water theme park Kiri : Ketika awal pagi Petang : Ketika hampir magrib |
Ini je yang sempat CN snap gambar mandi Irfan dari balkoni bilik |
Bersarapan di Gold Coast Morib
Dalam package CN beli termasuk dengan bersarapan untuk 2 orang. Kalau nak add on kena bayar RM21. Disebakan Encik Suami memang tak suka bersarapan di hotel, jadi CN bersarapan berdua dengan Irfan seawal pukul 7.30 pagi. Ni nak cerita, baru pukul 7.30 pagi cafe dah penuh tau. Itulah penangan cuti sekolah! Mujur pihak Gold Coast Morib sediakan tempat lain untuk bersarapan iaitu di dewan serba guna tepi laut. Dewan ni CN syak untuk buat majlis macam kenduri kahwin ke, event ke sebab ada air cond lagi tau. Cuma meja bulat besar-besar 10 kerusi. Bayangkan CN cuma makan bedua dengan Irfan dekat meja besar macam tu. Hehehe..
Untuk menu utama adalah nasi lemak, serius memang kureng dengan tekak CN. Sambal nasi lemak macam sambal dalam tin jenama Adabi je. Tapi hidangan lain memang best. CN suka muffinnya yang lembut. Puding roti memang kena dengan tekak CN. Sedap sangat ! Siap ada dim sum yang dihidang panas-panas tau. Sedap !
Irfan pulak bila nampak honeystar, dah tak pandang lain ! Sorry ye tak sempat ambil gambar menu lain sebab sibuk duk jaga anak bujang ni yang biasa bila bangun pagi, nak kencing la, nak berak la, spoil betul mood bersarapan! Hehehe..
Irfan muka selenga tak mandi lagi terus turun breakfast..hehe |
Adakah CN akan datang lagi ke Gold Coast Morib?
Kalau dengan menggunakan voucher Package A yang berharga cuma RM150, sudah tentu CN akan kesini lagi. Berbaloi-baloi untuk percutian bersama keluarga kecil. Oh ya, untuk dinner anda boleh cari pelbagai jenis kedai seafood area Kancong Darat. Kalau malas, boleh je dinner di Pantai Morib atau CN dan Encik Suami memilih dinner di kedai seafood di Kampung Tali Air. Sedap dan murah gituw. Lupa nama kedai, tapi kena masuk dalam sikit dekat dengan Homestay yang bentuk unik tu.
Tempah bilik di Gold Coast Morib di sini
Lokasi Gold Coast Morib
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~