Pernah dengar tentang jenama baru lampin pakai buang iaitu BabyLove Playpants? CN baru mencubanya pada Dhia Zahra dan serius, memang best ! Si bambam yang aktif tu memang susah bila dipakaikan lampin pakai buang yang biasa sebab sangat aktif. Pantang dibaringkan pasti terus nak merangkak. Mujur dengan BabyLove Playpants, senang sangat nak pakai. Sarung seperti seluar dah siap !
Dhia Zahra dan BabyLove Playpants |
BabyLove Playpants ini diformulasi dengan nano power plus dimana ia menyerap basahan dengan cepat. Diperbuat daripada Nano Gel Bead dan lapisan penyerapan 2 lapis menjadikan kulit si bayi sentiasa kering. Sesuai dipakai sepanjang malam tanpa perlu menukarnya. Best kan?
Lapik getahnya juga elastik dan selesa. Fit pada punggung Dhia Zahra. Malah tahan bocor pulak tu. CN suka sangat dengan tekstur pada lapik dalam BabyLove Playpants ni, ianya lembut dan nampak baby Dhia selesa dan seronok.
Terdapat lima pilihan saiz iaitu S untuk 4-8 kg, M untuk 7-12 kg, L untuk 9-14 kg, XL untuk 12-17 kg dan XXL untuk 15-25 kg.
Dhia Zahra yang berat 7 kg tu pakai saiz M. Memang fit dan cantik terletak je. Satu bungkus BabyLove Playpants ni mengandungi 20 helai dan berharga dari RM25.90.
Dapatkan BabyLove Playpants di Lazada
CN dan Lazada memang tidak dapat dipisahkan. Sampaikan beli lampin pakai buang anak pun di Lazada tau. Okay, apa kata cuba BabyLove Playpants yang boleh didapati di Lazada pada harga cuma RM25.90.
Eh, nanti dulu. Ada promosi la di Lazada. Anda boleh beli borong dengan BELI 6 PERCUMA 6 pada harga cuma RM155.40
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hujung-hujung cuti baru nak bawak anak-anak berjalan. Tu pun tak sampai 1/2 jam dari rumah ! Gold Coast Morib memang dekat je dengan rumah, tapi tak pernah pulak bermalam di sana. Kali ni CN beli voucher 2D1N stay di Studio Suite dengan private jacuzzi serta 4 tiket masuk water theme park dengan hanya RM150 ! Murah kan? Tapi disebabkan sekarang cuti sekolah, jadi CN kena tambah RM50. Hokayla, masih lagi murah siap pakej 2 orang breakfast gituww.
Irfan Hensem yang super eksited. |
Tempah bilik di Gold Coast Morib di sini
Sudah tentu bila bercuti ni, anak-anak yang paling eksited lagi-lagi Irfan. Masa tunggu nak masuk bilik tu adalah dalam 1 jam lebih kena tunggu sebab CN tak tahu check in pukul 3, kitorang sampai pukul 1 lebih. Bayangkan lamanya nak tunggu tu? Irfan asyik merengek je nak masuk dalam water theme park tu. Kalau masuk air dulu, leceh pulak nak angkat barang bagai naik ke bilik. Jadi pujuk anak bawak ke tepi laut. Mujur pukul 2 lebih dah boleh masuk bilik. Fuh!
Review Gold Coast Morib
Kalau ikut harga semasa, 1 studio suite di Gold Coast Morib berharga paling murah pun RM243 di Agoda. Jadi, dengan menggunakan voucher memang boleh jimat banyak. Meh CN cerita sikit pengalaman CN 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib dengan Package A RM150.
Voucher Package A untuk weekday special cuma berharga RM150 sahaja |
Lobi Gold Coast Morib
: Ruang lobi yang luas dan banyak kerusi. Memang bagus sebab kalau musim cuti sekolah, memang ramai orang datang ke sini. Sementara tunggu nak beratur untuk check in, anak-anak atau orang tua boleh duduk berehat dulu. Cuma bahagian pendaftaran, ramai staff yang baru menyukarkan CN untuk bertanya macam-macam sebab dia tak tahu! Nak jumpa manager pulak susah, alahai..
Ruang bilik air, Irfan eksited tengok jakuzi besar. |
Studio Suite dengan Jakuzi
: Bilik kitorang di tingkat 4 nombor 2436. Mengadap water theme park, memang best. Masuk bilik je, memang terasa mewah. Cuma kurang bersih. Mangkuk singki kotor, Meja TV berdebu. Bawah katil jangan cakap la, memang berdebu. Dah la Dhia Zahra tu jenis explore semua tempat, jadi CN perasan la tahap kedebuannya. Untuk International Resort seperti Gold Coast Morib ni memang tak patut tahap kebersihan macam tu. Mangkuk singki tu la paling mengecewakan. Geli tau sebab dorang tak sediakan gelas untuk letak berus gigi semua, jadi kena letak macam tu je sebelah mangkuk singki.
Mujur ada jakuzinya yang memang best. Serius antara mandi di water theme park dengan jakuzi, CN pilih jakuzi paling best. Pertama, sebab air di water theme park agak kotor sedangkan jakuzi direct dari paip, air panas gituww. Kedua, perkataan 'private jacuzzi'. Dalam bilik tak payah share dengan orang. Fuh, heaven !
Baby Dhia landing dulu kasi rasmi itu katil |
Okay, selain tu ada juga mini fridge, hair dryer, security locker (tak boleh guna sebab bateri habis), TV serta katil king yang super selesa. Siap ada tiang lagi katil ni, kalau ada langsir mesti lagi klasik gituw.
Tertidur keletihan setelah penat main air |
Ruang balkoni pulak luas dan disediakan 2 kerusi serta meja kecil. Cuma bilik kitorang tak ada pulak tempat menyangkut baju macam sesetengah bilik. Dah hilang kot..hehe
CN dan Encik Suami snap by Irfan Hensem di ruang balkoni Gold Coast Morib |
Pemandangan dari balkoni water theme park Kiri : Ketika awal pagi Petang : Ketika hampir magrib |
Ini je yang sempat CN snap gambar mandi Irfan dari balkoni bilik |
Bersarapan di Gold Coast Morib
Dalam package CN beli termasuk dengan bersarapan untuk 2 orang. Kalau nak add on kena bayar RM21. Disebakan Encik Suami memang tak suka bersarapan di hotel, jadi CN bersarapan berdua dengan Irfan seawal pukul 7.30 pagi. Ni nak cerita, baru pukul 7.30 pagi cafe dah penuh tau. Itulah penangan cuti sekolah! Mujur pihak Gold Coast Morib sediakan tempat lain untuk bersarapan iaitu di dewan serba guna tepi laut. Dewan ni CN syak untuk buat majlis macam kenduri kahwin ke, event ke sebab ada air cond lagi tau. Cuma meja bulat besar-besar 10 kerusi. Bayangkan CN cuma makan bedua dengan Irfan dekat meja besar macam tu. Hehehe..
Untuk menu utama adalah nasi lemak, serius memang kureng dengan tekak CN. Sambal nasi lemak macam sambal dalam tin jenama Adabi je. Tapi hidangan lain memang best. CN suka muffinnya yang lembut. Puding roti memang kena dengan tekak CN. Sedap sangat ! Siap ada dim sum yang dihidang panas-panas tau. Sedap !
Irfan pulak bila nampak honeystar, dah tak pandang lain ! Sorry ye tak sempat ambil gambar menu lain sebab sibuk duk jaga anak bujang ni yang biasa bila bangun pagi, nak kencing la, nak berak la, spoil betul mood bersarapan! Hehehe..
Irfan muka selenga tak mandi lagi terus turun breakfast..hehe |
Adakah CN akan datang lagi ke Gold Coast Morib?
Kalau dengan menggunakan voucher Package A yang berharga cuma RM150, sudah tentu CN akan kesini lagi. Berbaloi-baloi untuk percutian bersama keluarga kecil. Oh ya, untuk dinner anda boleh cari pelbagai jenis kedai seafood area Kancong Darat. Kalau malas, boleh je dinner di Pantai Morib atau CN dan Encik Suami memilih dinner di kedai seafood di Kampung Tali Air. Sedap dan murah gituw. Lupa nama kedai, tapi kena masuk dalam sikit dekat dengan Homestay yang bentuk unik tu.
Tempah bilik di Gold Coast Morib di sini
Lokasi Gold Coast Morib
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cikgu, please cikgu, satu markah je lagi nak dapat 'A' ni, cikgu...
Hehehe..inilah situasi yang selalu dialami oleh cikgu-cikgu ketika menyemak markah test atau exam. CONFIRM akan ada beberapa orang pelajar yang datang menyendeng mintak markah kesian. Alahai..kalau tak mintak pun setakat 1 markah tu biasanya cikgu bagi diam-diam je. Kesian....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Khamis lepas CN menjadi salah seorang panel untuk Forum Blogger sempena Ekspo Buku Malaysia 2016 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang berlangsung di PWTC.
Jemputan sebagai panel forum memang amat mengejutkan CN pada mulanya. Ialah, blogger picisan yang masih baru dalam dunia blogging Malaysia dijemput sebagai ahli panel sebaris pula dengan nama-nama besar seperti Bro Framestone, saudara Kamaruddin serta tetamu khas Hj Amir Hassan iaitu founder Denaihati Nerwork! CN? Seorang cikgu fulltime dan blogger part time.
Tapi menurut saudara Khir Khalid iaitu penaja program bahawa pemilihan CN berdasarkan tiket sebagai warga pendidik dan dalam masa yang sama blogger yang aktif. Okay, ini merupakan peluang keemasan CN untuk menjenamakan www.cekgunorazimah.com sebagai salah seorang blogger Malaysia. Lepasni dah tak rasa malu menggelarkan diri sebagai blogger sebab blogger merupakan satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan! Bak kata Hj Amir, "Ke Arah Menjadi Blogger Jutawan". InsyaAllah..
Baiklah, CN kongsikan beberapa gambar di Forum Blogger : Cabaran Online & Pembangunan Buku.
Jemputan sebagai panel forum memang amat mengejutkan CN pada mulanya. Ialah, blogger picisan yang masih baru dalam dunia blogging Malaysia dijemput sebagai ahli panel sebaris pula dengan nama-nama besar seperti Bro Framestone, saudara Kamaruddin serta tetamu khas Hj Amir Hassan iaitu founder Denaihati Nerwork! CN? Seorang cikgu fulltime dan blogger part time.
Tapi menurut saudara Khir Khalid iaitu penaja program bahawa pemilihan CN berdasarkan tiket sebagai warga pendidik dan dalam masa yang sama blogger yang aktif. Okay, ini merupakan peluang keemasan CN untuk menjenamakan www.cekgunorazimah.com sebagai salah seorang blogger Malaysia. Lepasni dah tak rasa malu menggelarkan diri sebagai blogger sebab blogger merupakan satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan! Bak kata Hj Amir, "Ke Arah Menjadi Blogger Jutawan". InsyaAllah..
Paling seronok dengan blogger ni adalah part bergambar, masa tengah forum pun sempat berwelfie. Memang sporting ! |
Baiklah, CN kongsikan beberapa gambar di Forum Blogger : Cabaran Online & Pembangunan Buku.
Menerima cenderahati dari wakil YPBN, saudara Zakry |
Antara blogger yang hadir ke Forum Blogger 2016 anjuran YPBN |
Dari kiri Kak Ieta(www.blogieta.com), Kak Ana(www.anajingga.com), CN, Bro dan Aami(www.shamieraosment.com) |
Dhia Zahra yang behave tapi abangnya Irfan pulak buat perangai, duk menangis nak ikut CN duduk depan berforum..adoiii |
Adik bongsu CN, Dek Yah yang menjadi 'bibik' menjaga anak-anak CN yang super aktif..hehe |
Encik Suami yang merupakan orang kuat www.cekgunorazimah.com, sentiasa menyokong dan menjadi driver CN ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harap-harap pembaca blog www.cekgunorazimah.com tidak lah bosan dengan entry-entry CN yang asyik bercerita tentang Dhia Zahra & Irfan Hensem je. Almaklumlah, cuti sekolah ni duk mengadap budak 2 orang ni, jadi entry kebanyakannya tentang bebudak 2 orang ni jela. Hehehe
Oklah, Dhia Zahra ni pun tak kalah macam abangnya kalau buat muka. Tengoklah gambar di bawah ni, CN suruh senyum dia buat muka macam tu! Sabo jela dengan anak dara sorang ni.
Oklah, Dhia Zahra ni pun tak kalah macam abangnya kalau buat muka. Tengoklah gambar di bawah ni, CN suruh senyum dia buat muka macam tu! Sabo jela dengan anak dara sorang ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika anda calon PT3 ataupun ibu bapa yang anaknya mengambil PT3, pasti berdebar-debar menantikan keputusan PT3 kan? Hari ini merupakan tarikh keputusan PT3 dan setiap calon diminta hadir ke sekolah untuk mengambil result. Sebagai guru kelas, CN pun agak berdebar-debar dengan prestasi pelajar-pelajar CN. Harap-harap gempaq la hendaknya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah! Jangan terkejut tau dengan harga super murah yang boleh didapati di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sempena meraikan adik bongsu CN yang datang ke Banting cuti sekolah ni, balik je dari Forum Blogger di PWTC, kami terus ke Seksyen 13 Shah Alam untuk 'makan besar'. Cik Mijah iaitu adik CN yang tinggal di Shah Alam pun join bawak anak-anaknya yang kecoh tu. Memang best makan besar di D'Kayangan Steamboat&Grill ni, puas hati sangat !
Steamboat murah Shah Alam |
Lebih 199 hidangan makanan di Dkayangan Steamboat & Grill
Paling best sudah tentu Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini menyediakan lebih 199 jenis hidangan. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai
kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Faveret kami sekeluarga sudah tentu tomyam. Rasa kuah tomyamnya tak berapa pedas sampaikan Irfan menambah 2 kali makan mee tomyam tau.
Pilihan yang tersedia tentunya udang, ketam, kupang, kepah, kerang,
sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran,
aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat
juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas,
Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo
dan macam-macam lagi. CN suka Sos Yong Tau Foo yang pedas-pedas gituw, memang puas hati.
Menu grill juga mempunyai pelbagai pilihan dengan perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.
Sate ikan antara faveret CN, sedap sangat ! Cubalah
Kambing panggang juga turut disediakan dan menjadi pilihan serta
sambutan pelanggan-pelanggan yang berkunjung. Daging kambing ini dipanggang
menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambing
panggang tersebut. Dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi
yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang
tersebut.
Selain itu, ada juga makanan sampingan seperti mee goreng & nasi goreng untuk pelanggan seperti Encik Suami yang sentiasa mencari nasi! Hehehe...Hah ! D'Kayangan Steamboat&Grill juga menyediakan pelbagai pilihan desert yang menarik seperti aneka buah yang segar yang menjadi kegemaran Dhia Zahra, aneka kek yang sedap, ais krim, ais kepal dan abc. Kalau ikutkan hati memang takmo balik, nak makan je, tapi Dhia Zahra mengamuk nak tidur, terpaksalah pulang..
Melayan anak-anak yang asyik nak ais krim & ais kepal je |
Makan besar bersama keluarga di D'Kayangan Steamboat& Grill
Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400
orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan
220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti tandas, surau
perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Memang sesuai sangat untuk aktiviti seperti makan besar bersama keluarga, sambutan birthday serta jamuan korporat.
Anak-anak CN dan Cik Mijah juga bebas bergerak untuk mengambil aiskrim lagi, lagi dan lagi. Melampau betul budak-budak ni bila nampak tong ais krim besar tu, asyik nak ais krim je !
Anak-anak CN dan Cik Mijah juga bebas bergerak untuk mengambil aiskrim lagi, lagi dan lagi. Melampau betul budak-budak ni bila nampak tong ais krim besar tu, asyik nak ais krim je !
Irfan & Afiq yang asyik menikmati ais krim |
CN pun suka sangat airkrim nya, sedap !! Tengok Dhia Zahra asyik makan buah sampai tak pandang kiri kanan..hehe |
Kusyuk Dhia Zahra makan buah |
Wajib welfie hokayy |
CN & Encik Yunus iaitu Pengurus Dkayangan Steamboat & Grill |
Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang berbaloi
Harga buffet yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 33.00+ bagi dewasa dan RM 18.00+
bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Tapi PROMOSI sempena “Sunday Family Day” bermula pukul 11 pagi
hingga 3 petang setiap hari Ahad, harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah cuma RM 22.90+ bagi
dewasa dan RM9.90+ bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun.
Dibandingkan dengan tempat lain, D'Kayangan Steamboat&Grill sangat murah pada harga promosi. Pastikan luncheon Ahad anda disini ye, lepas penat shopping di pasar stadium boleh terus lunch dengan harga promosi yang sangat berbaloi.
Dibandingkan dengan tempat lain, D'Kayangan Steamboat&Grill sangat murah pada harga promosi. Pastikan luncheon Ahad anda disini ye, lepas penat shopping di pasar stadium boleh terus lunch dengan harga promosi yang sangat berbaloi.
Hubungi D'Kayangan Steamboat&Grill untuk tempahan:
012-2971091
017-5076274
03-55234979
Facebook : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Instagram : D'Kayangan Steamboat
Lokasi Dkayangan Steamboat & Grill Shah Alam
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~