Harini 22 March, jangan lupa temujanji anda dengan Lazada ye. CN pagi-pagi lagi dah semangat explore lamanweb Lazada mencari barangan yang berkenan di hati. Serius ada macam-macam barangan yang dijual pada harga yang sangat murah berbanding di luar. Rugi sangat jika tidak rebut peluang keemasan ini. Paling best, diskaun sehingga 90%! Jadi apa tunggu lagi, cepat ke lamanweb Lazada sebelum barangan idaman anda kehabisan stok.
Review NYX Matte Lipstick
Ingat lagi tak entry CN tentang Surprise Box dari Lazada. Ada macam-macam barang dalam box tu. Antara yang menjadi kegemaran CN adalah NYX Matte Lipstick. Seronok sangat pakai lipstik ni. Ianya tidak kering dan mudah untuk dibuang. NYX Matte Lipstick ni sentiada di dalam handbag CN tau.
Surprise Box dari Lazada |
NYX Matte Lipstick Yang Tahan Lama
Apa yang menyebabkan CN suka dengan NYX Matte Lipstick ini adalah warnanya yang tahan lama. Walau pun pakai pada awal pagi, selepas makan, warna lipstik masih kekal cantik. Selain itu, NYX Matte Lipstick juga mempunyai pelbagai jenis warna yang menawan.
NYX Matte Lipstick |
NYX Matte Lipstick Daydream |
Hah, rambang mata bila tengok pelbagai jenis pilihan warna untuk NYX Matte Lipstick ini. Bagi CN, warna yang berkenan di hati adalah 13 ANGEL, 18 BLOODY MARY, 24 STREET CRED dan 31 DAYDREAM. Bagaimana pulak dengan anda?
Dapatkan NYX Matte Lipstick di Lazada Pada Harga Murah
NYX Matte Lipstick ini menjadi kegemaran ramai tau. Selalunya jenama lipstik ni cepat je habis. Kalau yang tinggal pun, warna yang tidak berapa sesuai dengan diri. Jangan risau, di Lazada ada banyak pilihan warna yang menarik. Bukan sahaja ready stok, malah harga yang ditawarkan juga murah sempena Lazada 5th Birthday Surprise ini. Senang je, hanya klik-klik dan bayar. Kemudian tunggu je abang posmen hantar.
Lazada 5th Birthday Surprise >> 22 - 24 March 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda apa itu SSPN-i Plus? Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahkan daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Paling menarik sudah tentu SSPN-i Plus ini menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful bergantung kepada pakej yang dipilih iaitu serendah RM30 hingga RM500.
Simpanan SSPN-i Plus adalah patuh Syariah
Perkara paling penting yang perlu anda tahu sudah tentu pelan simpanan SSPN-i Plus ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
SSPN-i Plus menawarkan enam pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual di bawah :
PAKEJ
|
Intan
|
Delima
|
Topas
|
Zamrud
|
Nilam
|
Berlian
|
Simpanan SSPN-i
|
RM20
|
RM40
|
RM90
|
RM180
|
RM270
|
RM200
|
Sumbangan Takaful
|
RM10
|
RM10
|
RM10
|
RM20
|
RM30
|
RM300
|
Jumlah Komitmen Bulanan
|
RM30
|
RM50
|
RM100
|
RM200
|
RM300
|
RM500
|
Apakah keistimewaan SSPN-i Plus
Sudah tentu SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu :
>> Patut syariah
>> Pelepasan tafsiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun
>> Komitmen serendah RM30.00 sebulan
>> Manfaat bagi kematian/keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00
>> Tiada pemeriksaan kesihatan
>> Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
>> Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak
>> Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
>> Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
>> Layak memohon pinjaman PTPTN
>> Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
>> Simpanan dijamin kerajaan
>> Pelepasan tafsiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun
>> Komitmen serendah RM30.00 sebulan
>> Manfaat bagi kematian/keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00
>> Tiada pemeriksaan kesihatan
>> Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
>> Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak
>> Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
>> Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
>> Layak memohon pinjaman PTPTN
>> Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
>> Simpanan dijamin kerajaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~