Minggu lepas CN berkesempatan bercuti di Hotel Armada PJ untuk kali kedua. Masih lagi menggunakan voucher yang dimenangi di 100comments, memang berbaloi bercuti di sini. Sudah tentu yang menyebabkan ia sangat berbaloi kerana makanan disini sedap-sedap sampai tak boleh stop makan. Ada je yang nak dimakan !
Ok, video di bawah ni ketika CN bersarapan bersama Irfan Hensem. Kitorang dating berdua je sebab Encik Suami malas nak turun makan. Dhia Zahra pulak tidur. Apa lagi, berbahagialah kami berdua duk makan makan dan makan. Hehehehe..

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mee goreng adalah antara makanan kegemaran anak bujang CN. Selain anak bujang, ibu CN juga sukakan mee goreng. Pantang cuti hujung minggu, mesti ibu CN request mee goreng dari anak sulungnya sorang ni. Kali ini CN buat mee goreng bebola ayam. Disebabkan kicap pekat dah habis, bila guna kicap cair, macam ni la warnanya, suram je. Its ok, yang penting sedap tau ! Chewah !
Anda boleh jenguk resepi mee goreng kicap pedas di sini. Menggunakan resepi yang sama, bezanya CN menggunakan kicap cair je. Selamat mencuba.
Anda boleh jenguk resepi mee goreng kicap pedas di sini. Menggunakan resepi yang sama, bezanya CN menggunakan kicap cair je. Selamat mencuba.
Mee goreng bebola ayam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~