PT3 Sejarah telah berakhir dan kini PT3 Geografi sedang berlangsung sehingga hujung bulan ini. Seperti biasa, Cikgu Norazimah menjadi pilihan pelajar sebagai orang sumber. Almaklumlah, Cikgu Norazimah ni konon-kononnya tak garang dan sporting. Paling hover, nak welfie dengan henpon cikgu tau. Balik rumah sibuk whatsapp cikgu mintak gambo, alahai la...
Antara koleksi gambar bersama pelajar dengan CN sebagai Orang Sumber |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk melukis dan mentafsir peta lakar. Di dalam bahagian melukis peta lakar, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan. Selepas huraian tentang kawasan berpotensi untuk dimajukan, pelajar dikehendaki untuk menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek. Dan terakhir sekali pelajar dikehendaki untuk menghuraikan cadangan mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Cadangan mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Manakala untuk cadangan, digalakkan supaya menghuraikan 3 cadangan yang related dengan halangan. Sebagai contoh, setiap halangan di bawah CN cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan :
Pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit mempunyai 3 halangan yang terpaksa ditempuh iaitu :
Halangan : Milikan tanah-Tanah milik persendirian, susah untuk berjumpa dengan owner tanah
Cadangan : Perjanjian usahasama dengan pemilik tanah/pujuk pemilik tanah untuk menjual tanah/tawarkan harga tinggi kepada pemilik tanah
Halangan : Kos yang tinggi
Cadangan : Membuat pinjaman di bank komersial seperti Agro Bank/TEKUN/MARA
Halangan : Banjir
Cadangan : Bina sistem perparitan yang sistematik

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk melukis dan mentafsir peta lakar. Di dalam bahagian melukis peta lakar, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan. Selepas huraian tentang kawasan berpotensi untuk dimajukan, pelajar dikehendaki untuk menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Halangan untuk memajukan kawasan berlorek
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit mempunyai 3 halangan yang terpaksa ditempuh iaitu :
Milikan tanah
: Tanah milik persendirian, susah untuk berjumpa dengan owner tanah
Kos yang tinggi
: kos untuk bersihkan ladang kelapa sawit dan diganti dengan nenas sekurang-kurangnya RM20k
Banjir
: bila tiada pokok kelapa sawit mudah berlaku banjir
Milikan tanah
: Tanah milik persendirian, susah untuk berjumpa dengan owner tanah
Kos yang tinggi
: kos untuk bersihkan ladang kelapa sawit dan diganti dengan nenas sekurang-kurangnya RM20k
Banjir
: bila tiada pokok kelapa sawit mudah berlaku banjir
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pameran Artifak Rasullullah S.A.W kini berlangsung di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam bermula 10 Julai 2017 hingga 23 Ogos 2017. Jangan lepaskan peluang melihat sendiri khazanah peninggalan daripada Baginda S.A.W dan Para Sahabat R.A yang dibawakan dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia agar kita semua dapat menghayati perjuangan Baginda Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Pameran ini dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 10 malam. Manakala untuk hari Jumaat tutup pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang.
CN & keluarga kecil di Pameran Artifak Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A |
Pameran Artifak Rasullullah S.A.W
Pameran Artifak Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor ini diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd.
Rambut Baginda Rasullullah S.A.W yang tidak mempunyai bayang walaupun direct dengan cahaya lampu |
Janggut Baginda Rasullullah S.A.W |
Busur Baginda Rasullullah S.A.W |
Alhamdulillah, CN sendiri telah melihat pameran artifak Rasullullah S.A.W tersebut bersama keluarga kecil kami. Memang seronok bercerita kepada Irfan Hensem tentang barangan peninggalan ini yang dibawa dari seluruh dunia. Rugi jika tak rebut peluang melihat dengan mata kasar khazanah artifak tulen ini.
Kunci makam Rasullullah S.A.W |
Kain penutup makam Rasullullah S.A.W yang berbau wangi |
Paling terkesan adalah CN berpeluang mencium kain penutup makam Baginda Rasullullah SAW yang sangat wangi. Bukan mudah untuk mendekati makam Rasullullah SAW yang asalnya terletak di Madinah ini.
Serban Rasullullah S.A.W |
Antara artifak peninggalan Rasulullah S.A.W yang dipamerkan adalah seperti rambut baginda, penutup makam, capal, cop mohor, tapak kaki, serban dan pelbagai lagi termasuklah pedang para sahabat baginda. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu Kaabah, Kunci Kaabah, Al Quran emas, jam matahari dan batu yang tertera ayat Al Quran.
Tapak kaki Rasullullah S.A.W |
Artifak-artifak ini dibawa khas daripada pemegang koleksi peribadi yang datang dari luar negara seperti Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.
Sandal Rasullullah S.A.W |
Harga tiket masuk ke Pameran Artifak Rasullullah S.A.W
Untuk ke pameran tersebut perlulah membuat belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com bagi memudahkan urusan dan hanya tebus di kaunter tebusan pada sepanjang pameran berlangsung. Tetapi jika anda tidak sempat membeli secara online, anda boleh juga terus beli di kaunter.
Bayaran masuk ke pameran ini adalah seperti berikut:
>> Dewasa : RM20 seorang
>> Pelajar : RM10 seorang
>> Warga Emas : RM10 seorang
>> OKU : RM10 seorang
>> Kanak-kanak 6 tahun ke atas : RM10 seorang
>> Kanak-kanak bawah 6 tahun : PERCUMA
CN & Dhia Zahra bergambar di hadapan pintu masuk Pameran Artifak Rasullullah S.A.W Masjid Shah Alam |
CN & Irfan Hensem di Pameran Artifak Rasullullah S.A.W Masjid Shah Alam |
Hadiah Pengunjung Bertuah ke Pameran Artifak Rasullullah S.A.W
Paling menarik, terdapat hadiah pengujung bertuah yang berlangsung sepanjang tempoh pameran iaitu bermula 10 Julai 2017 hingga 23 Ogos 2017.
Hadiah pengunjung bertuah adalah seperti berikut :
Setiap 1,000 : Sehelai T-shirt
Setiap 10,000 : Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 : Sehelai T-shirt, Al-Quran Digital dan Pakej Umrah seorang
Antara barangan pameran lain seperti baju perang Islam |
Quran bertatah emas |
Maklumat lanjut mengenai Pameran Artifak Rasullullah S.A.W
Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Artifak Rasullullah S.A.W, anda boleh layari lamanweb rasmi iaitu www.tamadunislam.com.
Anda juga boleh dapatkan info-info terkini di media sosial seperti dibawah :
Fanpage : https://www.facebook.com/
Instagram : https://www.instagram.com/
Twitter : https://twitter.com/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~