Seperti biasa, cikgu yang akan terlebih eksited bila tiba musim cuti sekolah berbanding pelajar! CN buat apa cuti sekolah ni? Hmm..setakat ini sudah tentu aktiviti wajib cuti sekolah CN adalah setlekan marking PT3 Geografi & siapkan laporan Toyota Eco Youth ketika bercuti di kampung hokayy. Ingat nak tambah lagi dengan update blog banyak-banyak ! Harap-harap berkesempatan..
Sudah lama CN teringin nak beli kerepek keledek dari Mister Potato ni. Tiba-tiba dalam duk tengah mencari pampers Dhia Zahra di Speedmart 99, ternampak Mister Potato perisa sweet potato ni di rak depan kaunter. Terus grab & bayar. Tak tunggu lama, dalam keta dah bedal hokay. Memang sedap !
Kerepek keledek dari Mister Potato |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~