Inilah rupanya jika Encik Suami terpaksa bawa Dhia Zahra tanpa CN di sebelah. Bukan tak ada baby car seat, tapi Dhia Zahra ni semacam sikit. Tak seperti abangnya yang behave je dalam car seat, Dhia Zahra ni bila masa hormon tak stabil boleh menjerit-jerit dalam car seat tu. Lain anak lain ragamnya kan.
Jadi sebagai solution, Encik Suami buatlah macam dalam gambar bawah ni. Jadi si kecik tu boleh lah tepuk-tepuk dan cubit-cubit manja belakang ayahnya. Solution di bawah cuma berkuatkuasa bila Dhia Zahra buat perangai tau.
Please jangan kecam CN hokay..hehehe
Jadi sebagai solution, Encik Suami buatlah macam dalam gambar bawah ni. Jadi si kecik tu boleh lah tepuk-tepuk dan cubit-cubit manja belakang ayahnya. Solution di bawah cuma berkuatkuasa bila Dhia Zahra buat perangai tau.
Please jangan kecam CN hokay..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hari ketiga keje baru sempat nak update entry tentang Raya Aidil Adha di Kampung Kedai Empat. Hokay, Kampung Kedai Empat ini terletak di antara pekan Titi Serong dan Bagan Tiang di Perak. Bandar terdekat adalah Parit Buntar dan blogger yang tinggal dekat dengan Parit Buntar adalah Hasrul Hassan. Tapi percayalah, CN tak pernah pun berjumpa dengan blogger hebat tu tau.
Raya Aidil Adha di Kampung Kedai Empat |
Beraya Aidil Adha di kampung CN
Sambutan Aidil Adha di kampung CN iaitu Kedai Empat agak meriah berbanding di kampung Encik Suami iaitu Jenjarom, Banting, Selangor. Kalau di kampung Kedai Empat, bukan sahaja ada aktiviti menyembelih, malah beraya ke rumah saudara mara dan jiran-jiran macam Raya Aidil Fitri. Siap ada duit raya tau. Sebab tu kalau turn raya haji je, CN akan cuba pulang beraya ke kampung kerana kemeriahannya.
Susah betul nak bergambar satu family dengan anak-anak yang super aktif ni |
Selain aktiviti ziarah menziarahi, sudah tentu tarikan utama raya adalah makanan yang dihidangkan. Tahun ni keluarga CN buat kelainan dengan menghidangkan pecal bersama sayur-sayuran untuk para tetamu selain hidangan wajib nasi himpit, kuah kacang dan ayam masak kicap. Jawa style gituw sebab kedua-dua menantu ayah CN adalah lelaki jawa. Memang tak dapat lari raya dengan ayam masak kicap!
Anak dara CN yang banyak ragam, Dhia Zahra ! |
Oklah, CN tak mau cerita panjang-panjang lagi. Anda layan jela beberapa keping gambar yang sempat di edit untuk pembaca tersayang. Ikutkan ada banyak lagi gambar, tapi takut orang menyampah pulak ! Hehehehe..
CN bersama adik nombor 3 iaitu Cik Wany (kiri) dan Dek Yah (kanan) |
Bergambar dengan boyfriend 'tua' CN |
Agenda wajib bergambar depan umah bapa saudara di Bagan Tiang |
Anak dara dengan bunga di telinga, cute tak? Hehehe |
Bergambar di hadapan rumah sepupu merangkap tokey kerepek sedap, Kak Imah Raub ! |
Group photo di hadapan rumah Kak Mah. Tuan rumah sibuk kat dapur tu..hehe |
Bergambar adik beradik, susah tau nak kumpul semua macam ni |
Ayah CN yang hensem, kacak & bergaya |
Lokasi Kampung Kedai Empat
Hokay, disini CN share lokasi Kampung Kedai Empat. Dalam map CN cuma jumpa lokasi SK Haji Ramli dan Klinik Kedai Empat je. Kira dekat la tu dengan rumah CN 😀
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~