Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 5 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas CN dijemput ke jamuan akhir tahun kelas 4 Sains Komputer (SK) di rumah guru kelas mereka iaitu Cikgu Fifie. Memang meriah dengan pelbagai jenis menu di jamuan akhir tahun kelas 4SK ini. Sudah tentu menu utama adalah ayam bakar yang dibakar dengan sos perapan yang sedap oleh budak-budak ni bersama Cikgu Fifie. CN datang dengan senang hati makan je..best owh..
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Gambar beramai-ramai di jamuan akhir tahun kelas 4 SK |
Bersama birthday gurl yang kebetulan jatuh pada hari yang sama jamuan tersebut dibuat iaitu Syahmina & Ain |
Cikgu-cikgu bersama anak masing-masing dengan Thaneen & Thines |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~