Sabtu lepas telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Makan Malam Kelab Guru SMK Telok Panglima Garang bertemakan Elegance & Classy dengan motto 'A Night To Remember' di BoraOmbak Marina Putrajaya. Memang meriah ditambah dengan persembahan artis Gmie Screen yang merupakan bekas pelajar SMK Telok Panglima Garang, Kompang 5 beradik yang viral dan persembahan tarian dari Kuseridancegroup. Hah ! Grand hokay majlis makan malam sekolah CN sebab cikgu-cikgu sahaja mencecah 200 orang. Ballroom di BoraOmbak Marina Putrajaya ni memang cantik dan luas. Nampak sangat eksklusif.
CN dan kawan2 bergambar di hadapan BoraOmbak |
Majlis Makan Malam Kelab Guru di BoraOmbak Marina Putrajaya
Overall makanan di BoraOmbak tidak mengecewakan. CN sangat suka dessertnya terutama bread pudding, sedap sangat ! Tomyam campur pun sedap dan pekat sama seperti di restoran seafood. Kenyang perut malam tu duk mengunyah je sambil tengok persembahan tau. Diet? Tolak tepi hokay !
Kambing gril di BoraOmbak Marina Putrajaya |
Oklah, meh sini CN share beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh henpon CN. Banyak gambar syok sendiri je..well..biasalah, CN kan? Hehehe..
Lokasi BoraOmbak Marina Putrajaya
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~