Mee goreng kicap pedas bukan sahaja menjadi kegemaran CN, malah anak-anak juga turut menggemari mee goreng kicap pedas. Anda boleh lihat resepi mee goreng kicap pedas di entry SINI. Ok disini CN ingin berkongsi video cara membuat mee goreng kicap pedas yang sangat simple dan mudah ini. Selamat mencuba ye !
Video cara membuat mee goreng kicap pedas
Video cara membuat mee goreng kicap pedas
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kali pertama CN dengar lagu Bunga dari Ara Johari ni, terus terjatuh hati. Memang best sangat lagu ni. Dipadukan dengan vokal mantap Ara Johari ini menjadikan lagu Bunga ni memang terbaik. Lagi best sudah tentu lirik lagu bunga ini yang sangat menyentuh hati. Sedih hokay ! Meh CN kongsikan lirik lagu Ara Johari - Bunga untuk pembaca tersayang. CN percaya pasti hati anda akan tersentuh dengan lirik lagu Ara Johari - Bunga ini.
Lirik lagu Ara Johari - Bunga |
Lirik Lagu Bunga - Ara Johari
Setiap yang indah
dan manis di lidah
pasti hilang segalanya
rimbunan dedaun
berguguran jatuh
sembah bumi
musim bertukar
digurun tak berbatas
kehilangan jiwaku
kutemukan bunga ini
setelah ku dimiliki
kau lebur segala kata dan janjimu
kulakukan semua
berikan yang ku ada
percaya kepadamu
kebodohanku
setelah ku dimiliki
kau lebur segala kata dan janjimu
kulakukan semua
berikan yang ku ada
percaya kepadamu
kebodohanku
digurun tak berbatas
kehilangan jiwaku
kutemukan bunga ini
setelah ku dimiliki
kau lebur segala kata dan janjimu
kulakukan semua
berikan yang ku ada
percaya kepadamu
kebodohanku
setelah ku dimiliki
kau lebur segala kata dan janjimu
kulakukan semua
berikan yang ku ada
percaya kepadamu
kebodohanku
setelah ku dimiliki
kau lebur segala kata dan janjimu
kulakukan semua
berikan yang ku ada
percaya kepadamu
kebodohanku
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pada khamis lepas, CN telah membuat ujian pertama Sains Komputer Tingkatan 4 di dua venue berbeza iaitu di dalam kelas 4SK & di makmal komputer. Ujian pertama ini dibuat untuk menilai kelayakan pelajar 4 Sains Komputer (SK) sama ada pelajar tersebut memang layak berada di dalam kelas 4 SK atau tidak. Hal ini kerana subjek SK adalah subjek baru dan mempunyai projek untuk SPM yang agak sukar. Jika pelajar yang tidak layak berada di dalam kelas ini, CN bimbang pelajar tidak boleh catch up & seterusnya tida mampu membuat projek SK yang sememangnya sukar.
Ujian Pertama Sains Komputer Tingkatan 4 venue di dalam kelas 4 SK |
Hasil daripada Ujian Pertama ini, CN dapati 5 pelajar mendapat markah bawah paras rendah. Pelajar-pelajar ini diberi peluang sekali lagi untuk memperbaiki diri sehingga Ujian Bulanan 1 yang akan berlansung pada bulan Februari nanti. Jika masih tidak mampu memperbaiki diri, pelajar-pelajar ini dinasihatkan untuk menukar kelas demi masa depan yang gemilang. Hehe..
Ujian Pertama Sains Komputer Tingkatan 4 venue di dalam makmal komputer |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dah lama CN tak makan di Restoran Matahari yang terletak di Jenjarom, Banting ini. Restoran Matahari Jenjarom Banting ini terletak berdekatan dengan Tesco Extra Jenjarom. Memang terpampang besar signboard yang tertera Restoran Matahari. Senang cakap restoran ini satu direct dengan Pizza Hut Delivery Jenjarom. Sudah tentu yang membuatkan CN tertarik dengan restoran ini adalah dekonya yang menarik.
Nasi putih, telur bistik dan udang masak cili petai di Restoran Matahari Jenjarom, Banting |
Pelbagai menu di Restoran Matahari Jenjarom, Selangor
Restoran Matahari Jenjarom Banting ini menawarkan pelbagai menu Malaysia & western. Pendek kata macam-macam ada disini. Harganya pun berbaloi berbanding luncheon di food court Tesco Jenjarom tau !
Nasi goreng Thai di Restoran Matahari Jenjarom, Banting |
Sebelum ni CN pernah cuba menu ala carte seperti nasi goreng USA yang mewah dengan lauk dan sangat mengenyangkan. Kali ini saje try menu western iaitu pasta bolognese. Memang sedap dan anak dara CN si Dhia Zahra sangat sukakannya.
Pasta bolognese bersama garlic bread |
Specialnya di Restoran Matahari adalah air buah di dalam cawan besar dan berharga RM5. Anda boleh berkongsi dengan yang tersayang taw.
Dhia Zahra peminat setia teh o ais. Orange juice cawan besaq RM5 untuk CN & Irfan |
Sampai pejam mata Irfan Hensem makan nasik |
Senget-senget kepala Dhia Zahra muka happy dapat makan pasta sedap |
Lokasi Restoran Matahari, Jenjarom, Selangor
Jika anda ke Banting, jangan lupa singgah ke Restoran Matahari Jenjarom ini ye. Disini CN kongsikan peta lokasi Restoran Matahari Jenjarom, Banting ini.
Pernah dengar tentang susu ibu hamil jenama Seriummi? Susu formula ini bukan sahaja untuk ibu hamil, malah sesuai diminum oleh mereka yang menyusukan anak sebagai milk booster dan merancang untuk hamil. Ia adalah susu berperisa koko dan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. CN sendiri sudah mencuba Seriummi ini sebagai milk booster dan amat berpuas hati. Rasanya sedap dan CN percaya pasti ramai yang akan sukakannya.
Apakah kandungan di dalam Seriummi?
Yang menjadikan Seriummi unik dan berbeza dengan jenama lain adalah ia mengandungi air kelapa, buah labu, kurma, saffron, barli, tomato & koko. Semua bahan-bahan ini adalah semulajadi dan selamat diminum. Paling penting lulus KKM ye.
Antara manfaat Seriummi adalah :
>> membantu mencantikkan serta menyihatkan kulit ibu dan bayi
>> membekalkan tenaga buat ibu sepanjang mengandung
>> mencegahkan rasa mual
>> mengawal paras gula dalam darah ibu
>> membantu memperbanyakkan susu badan ibu (milk booster)
CN sukakan rasa coklat susu Seriummi ni yang sedap. Bukan sahaja sedap & berkhasiat, malah low fat. Sesuai untuk ibu menyusukan anak yang sedang menjaga badan macam CN ini untuk consume susu Seriummi.
Kalau CN minum pasti Irfan & Dhia akan join sekali. Sedap kata mereka! CN minum susu Seriummi ini sebagai milk booster. Memang dapat memekatkan susu badan. Selain itu, dengan meminum Seriummi membantu membekalkan tenaga kepada CN.
Anda boleh dapatkan sebarang maklumat mengenai Seriummi.
Hubungi >> Nadhilah
Instagram :@seribella.seri_iskandar
Facebook : @seribella.seri.iskandar
Hp : +6 017 608 1110
Whatsapp : wasap.my/60176081110
Seriummi - susu ibu hamil, menyusu & merancang untuk hamil |
Apakah kandungan di dalam Seriummi?
Yang menjadikan Seriummi unik dan berbeza dengan jenama lain adalah ia mengandungi air kelapa, buah labu, kurma, saffron, barli, tomato & koko. Semua bahan-bahan ini adalah semulajadi dan selamat diminum. Paling penting lulus KKM ye.
Seriummi mengandungi air kelapa, buah labu, kurma, saffron, barli, tomato & koko |
Kandungan di dalam Seriummi |
Seriummi lulus KKM |
Manfaat susu ibu hamil - Seriummi
Antara manfaat Seriummi adalah :
Kelebihan Seriummi bukan sahaja untuk ibu hamil, malah untuk ibu menyusukan anak dan merancang untuk hamil |
>> membekalkan tenaga buat ibu sepanjang mengandung
>> mencegahkan rasa mual
>> mengawal paras gula dalam darah ibu
>> membantu memperbanyakkan susu badan ibu (milk booster)
Pengalaman CN mencuba Seriummi sebagai milk booster
CN sukakan rasa coklat susu Seriummi ni yang sedap. Bukan sahaja sedap & berkhasiat, malah low fat. Sesuai untuk ibu menyusukan anak yang sedang menjaga badan macam CN ini untuk consume susu Seriummi.
Kalau CN minum pasti Irfan & Dhia akan join sekali. Sedap kata mereka! CN minum susu Seriummi ini sebagai milk booster. Memang dapat memekatkan susu badan. Selain itu, dengan meminum Seriummi membantu membekalkan tenaga kepada CN.
Cara penyediaan Seriummi |
Berminat untuk mencuba Seriummi?
Anda boleh dapatkan sebarang maklumat mengenai Seriummi.
Hubungi >> Nadhilah
Instagram :@seribella.seri_iskandar
Facebook : @seribella.seri.iskandar
Hp : +6 017 608 1110
Whatsapp : wasap.my/60176081110
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kerutuk ayam biasanya anda boleh jumpa di majlis kenduri kahwin. Memang sedap dan menyelerakan. Kadang-kadang tekak mengada-ngada CN ni teringin nak makan kerutuk ayam ni. Bukan susah sangat pun cara membuatnya. CN percaya anda pun boleh buat kerutuk ayam yang mudah ini. Meh tengok resepi kerutuk ayam cara CN.
Kerutuk ayam |
Resepi Kerutuk Ayam
Bahan-bahan membuat kerutuk ayam
1/2 ekor ayam dipotong
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka
Cara-cara membuat kerutuk ayam
>> Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender (rebus dulu cili kering )
>> Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka (supaya bahan tumisan cepat garing).
>> Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Masukkan sedikit air, kacau. Kemudian masukkan ayam
>> Gaulkan. Kemudian masukkan kerisik dan santan
>> Kacau sampai pekat dan agak kering. Sebelum tu masukkan garam, rasakan dan tengok pekat ikut cita rasa masing-masing.
>> Sedia untuk dihidang !
>> Sedia untuk dihidang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau dah namanya kaki bergambar, pantang nampak cermin besar. Pasti akan snap snap snap ! Mujur anak-anak juga kaki bergambar dan jadilah seperti gambar di bawah ! Lokasi bergambar adalah di tandas IOI City Mall tingkat 2 ! Hehehe..
Say cheese ! |
CN bersama Irfan Hensem, Dhia Zahra dan Maklang budak-budak ni iaitu Cik Wany |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain tajuk kari CN ni ye. Ada beza ke ayam hutan dan betina? Sudah tentu ada beza tau. Kita yang manusia pun berbeza lelaki dan perempuan, macam tu jugak la dengan ayam hutan ni. Kalau ayam hutan jantan, agak liat dan ambil masa yang lama untuk dimasak berbanding ayam hutan betina yang agak lembut dan tempoh masak yang tidak lama sama seperti ayam biasa. Bezanya ayam hutan betina dengan ayam biasa adalah teksturnya yang liat dan kalau anda kuat boleh cuba gigit tulangnya ! Pergh ! Keras okay ! Cuba kalau ayam biasa yang makan dedak tu, krup krap je tulangnya boleh digigit. Jadi apa kata sesekali cuba pulak kari ayam hutan betina ni, sedap hingga menjilat jari taw !
Kari ayam hutan betina in da house |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Restoren Boat Noodle antara restoran pilihan CN yang sangat menepati tekak CN. Encik Suami tak berapa suka dengan menu di Boat Noodle ini, jadi partner in crime CN iaitu Miza Talib yang setia menemani hakaknya melantak mee sedap di Boat Noodle. Antara outlet favourite CN sudah tentu di Gamuda Walk, Shah Alam. Tempatnya lapang & tak ramai orang. Tidak seperti di IOI City Mall yang siap kena beratur gituw tau, di Gamuda Walk memang lapang tak tak sesak. Sesuai bawak anak-anak ke sini.
Sambil makan sambil duk layan wasap student gituw |
Nom nom nom |
Muka kekenyangan selepas bermangkuk-mangkuk setle |
Kaffe yen (kopi) & cha keow yen (green tea) |
Popeye Tempura |
Lokasi Boat Noodle Gamuda Walk, Shah Alam
Kalau anda ke Port Dickson, jangan lupa singgah ke PD Famous Cendol Coconur Shake di sini. Memang sedap coconut shake disini. Coconut shake Port Dickson ni cuma berharga RM3 secawan je. Jadi lepas habis mandi-manda di pantai Port Dickson, boleh terus singgah ke PD Famous Cendol Coconut Shake ni hokay.
Irfan Hensem menikmati coconut shake sedap di PD Famous Cendol Coconut Shake |
Dhia Zahra pun suka dengan coconut shake di sini |
Anda mesti cuba coconut shake di PD Famous Cendol Coconut Shake tau |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seperti biasa, bulan Januari amat memenatkan dan terlalu sibuk buat guru-guru. Sesi persekolahan bermula dengan pelbagai perancangan dan dokumen perlu disediakan. Itu belum lagi tugas sebagai guru kelas dengan pelbagai persiapan keceriaan kelas, update maklumat murid dalam buku jadual kedatangan dan sistem APDM. Fuh ! Minggu kedua persekolahan pula bermula dengan latihan merentas desa 2 kali dan seterusnya merentas desa Jumaat ini. Semoga kurus hendaknya Cekgu Norazimah di bulan Januari ini. Aminn....
Cekgu Norazimah berehat sebentar dengan swafoto |
Ajak geng stop buat keje sambil swafoto |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk para guru yang mengajar matapelajaran Geografi Tingkatan 3. Disini CN kongsikan Rancangan Mengajar Tahunan Geografi Tingkatan 3 sebagai panduan. Jika berminat untuk mendapatkan softcopy dalam bentuk Microsoft Word, boleh la email CN ke norazimah15@gmail.com.
Rancangan Mengajar Tahunan Geografi Tingkatan 3 2018.
2018 RPT GEO T3 ISI by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pagi Ahad menjadi indah apabila dapat shopping di Pasar Kemboja Banting. Memang bahagia dengan harga pelbagai pakaian & tudung yang murah dan pelbagai jenis. Cuma sediakan duit je hokay. Selepas shopping boleh menikmati green tea RM2 cawan tinggi yang sedap dan pekat dari Pak Haji yang sangat pemurah. Kalau dekat tempat lain, confirm green tea cawan panjang macam ni paling murah pun RM3 tau.
Green tea RM2 yang sangat sedap |
Muka hepi CN & Miza dapat shopping di Pasar Kemboja Banting & bahagia menikmati green tea RM2 |
Lokasi Pasar Kemboja Banting
Pasar Kemboja Banting ini terletak di Jalan Masjid, Kanchong Darat. Dibuka pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 11 pagi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Henna putih atau inai putih kini menjadi trend untuk bakal pengantin ketika majlis bersanding. Jika inai konvensional berwarna merah, tapi henna putih nampak elegen dan unik. Jika kena dengan pilihan corak, henna putih akan kelihatan sangat cantik dengan raja sehari. Bagi pandangan CN, henna putih ini sangat sesuai dengan busana berwarna putih atau krim. Sangat elegen hokay.
Corak henna putih yang minimalis |
|
|
|
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sebenarnya DIAM LEBIH BAIK daripada bersuara kerana mungkin kita akan menyakiti hati orang lain apabila bersuara...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Penuh wall facebook & instagram CN tentang raja buah iaitu durian. Masing-masing duk update kesedapan durian kampung yang telah beberapa minggu bermula musimnya. Tempat CN di Banting tidak terkecuali dengan musim durian ini. Mujur Encik Suami ada kenalan yang mempunyai dusun durian di Olak Lempit, Banting. Puas jugak la beberapa hari duk mengadap durian kampung yang baru luruh dari dusun durian. Paling best CN siap merasa ikut Encik Suami ke dusun ambil durian hokay. Siap 'bedah' durian di dusun paling best. Memang pengalaman baru bagi CN.
Encik Suami & BFF bersama durian kampung yang di'bedah' di dusun durian, panas dari oven hokay |
Durian kampung fresh dari dusun durian, nom nom nom |
Close up durian kampung original dari dusun durian Olak Lempit, Banting |
Close up sebelum durian kampung di'bedah' |
Rupa suku dari durian kampung yang telah di 'bedah' |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila sudah lama bercuti, mood memulakan keje memang amat perlahan. Rasa masih lagi terbaring-baring di katil sambil tengok henpon gituw. Jadi nekad balik meeting guru minggu lepas CN terus buat kedondong asam boi. Kebetulan buah kendondong murah di Econsave, CN campurkan sekali kedondong ni dengan mangga muda. Rasanya pergh ! Memang sedap kedondong asam boi & mangga asam boi ni tau. Kalau nak beli sebekas ni dah RM5. Buat sendiri puas makan tau.
Kedondong asam boi yang pasti membuatkan anda tergoda kan? |
Resepi Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan membuat kedondong asam boi
>> Buah mangga 2 biji
>> Buah kedondong seberapa banyak sebab kecik-kecik je buah dia
>> Asam boi setengah paket
>> Cili padi 5 biji - nak lebih pun boleh kalau suka pedas
>> Gula 5 sudu besar
>> Garam secukup rasa
Cara-cara membuat kedondong asam boi
>> Potong kecil buah mangga dan kedondong, basuh dan toskan
>> Masukkan ke dalam bekas
>> Masukkan cili padi yang dipotong kecil, gula, garam & asam boi ke dalam bekas tadi
>> Kacau rata dan masukkan ke dalam fridge selama 4-5 jam. CN biarkan semalaman baru lagi umph !
>> Sedia untuk dimakan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah, ini dia cucu perempuan Haji Talib, ayah CN iaitu kakak Aqilah Firzanah & Dhia Zahra. Haji Talib ni ada 5 orang anak perempuan dan cucu perempuannya setakat ini baru 2 orang. Tunggu la 3 anak dara dia kahwin ye. Cucu perempuan Haji Talib ni kuat melaram tau, tengok la mak-maknya dan makcik-makciknya. Ini antara gambar cucu perempuan Haji Talib yang sempat dirakam. Cute kan?
Cucu perempuan Haji Talib |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah sedondon berpeplum |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok bila tengok anak-anak aktif sihat dan cergas. Bila budak-budak ni aktif, sudah tentu sel-sel otak mereka aktif berhubung. Lagi-lagi bila melibatkan aktiviti yang memerlukan kecergasan kognitif dan psychomotor seperti bermain di Dreamworld Playland. Disini kanak-kanak bukan sahaja perlu cergas psychomotor, tapi memerlukan kecerdasan kognitif kerana di sini terdapat pelbagai permainan yang memerlukan anak-anak ini menggabungkan kedua-dua kemahiran tersebut. Jika anda mempunyai kelapangan dan bajet yang lebih, apa kata bawak anak anda bermain disini. Ia satu pembelajaran luar bilik darjah yang sangat bernilai untuk kanak-kanak.
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Video keletah Dhia Zahra di Dreamworld Playland IOI City Mall
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~