Rasanya tetap dan berpencen CN sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta dan Inovasi bersama rakan setugas yang juga merupakan guru matapelajaran Sains Komputer, Cikgu Wan Afizah. Apabila cikgu komputer menjadi guru penasihat Kelab Rekacipta dan Inovasi, sudah tentu aktiviti kelab mesti berkaitan dengan komputer ! Tempat perjumpaan pun di makmal komputer tau.
CN bersama setiausaha Kelab Rekacipta dan Inovasi, Nur Aqilah |
Perancangan Aktiviti Tahunan Kelab Rekacipta dan Inovasi
Berikut merupakan perancangan aktiviti tahunan kelab rekacipta dan inovasi. Diharap 70% berjaya dicapai.
1. Mesyuarat Agung
2. Pengenalan & suai kenal (ice breaking)
3. Merekacipta Roto Copter (sejenis permainan kanak-kanak)
4. Merekacipta produk ciptaan daripada barangan terpakai
5. Pertandingan merekacipta produk ciptaan daripada barangan terpakai
6. Minggu Teknik & Vokasional (pertandingan)
7. Kursus merekacipta lamanweb pendidikan
8. Kursus merekacipta poster kemerdekaan
9. Pertandingan merekacipta poster kemerdekaan
10. Pertandingan menghasilkan ABM(alat bantu mengajar) menggunakan PowerPoint
11. Pra picnic Kelab Rekacipta dan Inovasi
12. Picnic Kelab Rekacipta dan Inovasi
Buku laporan aktiviti kokurikulum Kelab Rekacipta dan Inovasi 2018 |
AJK tertinggi Kelab Rekacipta dan Inovasi sesi pagi 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~