Bayangkan posmen menghantar sekotak barangan yang anda sendiri tidak tahu kandungan di dalamnya. Pasti mengujakan bukan? Itu la yang dirasakan oleh anak bujang CN si Irfan Hensem ketika menerima Surprise Box dari Atom & The Dot. Bukan sahaja Irfan yang teruja, malah CN sendiri juga turut teruja untuk mengetahui apakah isi kandungan di dalam Surprise Box dari Atom & The Dot ini.
Hadiah buat si kecil istimewa dari Atom & The Dot
Surprise Box yang diterima oleh Irfan dari Atom & The Dot ini dinamakan sebagai Surprise Box - Same Same But Different. Apa yang same same itu?
Surprise Box - Same Same But Different ini mengandungi pelbagai aktiviti untuk menerangkan kepada si kecil tentang rupa wajah keturunan seperti matanya diwarisi dari siapa, hidungnya diwarisi dari siapa dengan permainan match yang terdapat di dalamnya.
My Good Looks adalah permainan interaktif untuk menerangkan kepada si kecil tentang rupa wajah ahli keluarga |
Selain mengenali rupa wajah, si kecil anda juga turut boleh mengenali keluarga binatang dengan permainan "Balik Kampung". Permainan interaktif ini mengajar si kecil perbezaan rupa bentuk binatang mengikut keluarga binatang seperti keluarga kucing, keluarga burung dan macam-macam lagi.
Pelbagai barangan di dalam Surprise Box - Same Same But Different dari Atom & The Dot ini. |
Dapatkan Diskaun 10% Dengan Setiap Pembelian Surprise Box
Sempena CNY ini, anda boleh dapatkan diskaun 10% dengan setiap pembelian Surprise Box dengan memasukkan kod << CEKGUNORAZIMAH >> ketika membuat pembayaran. di
>> https://atomandthedot.com/product-category/subscription/
Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Lamanweb : https://atomandthedot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/atomandthedot/
Instagram : https://www.instagram.com/atomandthedot/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dulu CN selalu menyampah dekat lelaki kaki pancing yang selalu tinggalkan anak bini demi hobi memancingnya. Sebab menyampah sangat, hah ! Dapat pulok laki kaki pancing ! Padan muka ! Hehehe.. Nak tak nak, redha la dapat suami kaki pancing. Dah 7 tahun kot kahwin dengan Encik Suami. Itulah hobi dia. CN terima seadanya. Asalkan hasil pancingan masyuk macam ni, memang bikin senyum sampai ke telinga si isteri tau.
Encik Suami bersama hasil pancingan |
Ikan kerapu besaq hasil pancingan. Tembikai tu dah besar, ikan kerapu lagi besar hokay. |
Berat salah sekor ikan kerapu hasil pancingan hampir 12kg |
Hasil pancingan team Encik Suami |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~