Sakit & Tanda-Tandanya | CN dapat informasi ini di whatsapp group & rasanya sangat berguna untuk dikongsi untuk ilmu bersama. Selain itu, dengan berkongsi dengan blog mudah untuk dibuat rujukan kemudian hari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sakit & Tanda-Tandanya
SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
KEBAS TANGAN
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
KEBAS KAKI
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
SAKIT TAPAK KAKI
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
SAKIT TUMIT KAKI
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
RASA PANAS DI TAPAK KAKI
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
●Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH
● Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...
LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.
KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
AIR KENCING BERDARAH
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
BADAN
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
● Menandakan luka di dalam badan.
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
● Proses melancarkan pengaliran darah.
BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
BADAN TERASA PANAS
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
BADAN TERASA RINGAN
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apakah Tathayyur | Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik. Contoh-contoh Tathaiyur :
>> tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
>> kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
>> ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
>> keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
>> tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
>> kucing hitam melintas kononnya ada musibah bakal berlaku
>> air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
>> sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
>> menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
Apakah Tathayyur? |
Kenapa Tathayyur dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
"Dari Ibnu Mas'ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, Bertathaiyur itu syirik, dan tiada antara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal".
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathayyur” dapat menidakkan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Taala. Padahal Allah Subhanahu Wa Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]
Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya saja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Wean off dengan asam jawa | Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu yang lalu CN telah berjaya wean off Dhia Zahra dengan hanya menggunakan asam jawa. Sifat asam jawa yang 'kotor', berbau & masam berjaya membuatkan Dhia Zahra stop untuk menyusu badan. Ditambah pulak dengan permainan psikologi CN menyatakan 'benda' tu busuk & kotor terus membantutkan selera Dhia Zahra. Betul lah orang cakap, permainan psikologi penting dalam proses wean off ini.
Wean off Dhia Zahra dengan asam jawa |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
490 juta view di youtube | Lagu hits dari BTS iaitu DNA telah mencecah ke 490 juta views! Memang awesome ! Siapa tak kenal BTS kan? Kumpulan kpop ini bukan sahaja popular di Malaysia, kepopulariti mereka telah menembusi ke USA. Memang hebat ! CN terjebak kenal dengan BTS ini pun sebab anak bujang si Irfan Hensem suka sangat dengan lagu BTS ni. Lagi-lagi lagu Fire tu. Alahai lah anak bujang, pengaruh mak saudara dia sangat asyik kpop je.
BTS-DNA 490 juta view di Youtube |
DNA by BTS
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Cabaran Kontrol Macho | Hah, anda dah cuba Maggi Pedas Giler? Kalau dah cuba, apa kata join Cabaran Kontrol Macho sambil makan Maggi Pedas Giler ni. CN dah join, gatal pulak pegi buat cabaran sambil makan Maggi Pedas Giler Tomyam, memang kalah lah dengan Encik Suami yang makan Maggi Pedas Giler Ayam Bakar. Antara 2 perisa ni, paling sedap sudah tentu ayam bakar dan paling pedas adalah tomyam. Mungkin sebab rasa masamnya tu menambahkan lagi kepedasan tu.
Hai, dah tengok video penuh Cabaran Kontrol Macho CN & Encik Suami? Jom layan video penuh di bawah ni.
Hai, dah tengok video penuh Cabaran Kontrol Macho CN & Encik Suami? Jom layan video penuh di bawah ni.
Cabaran Kontrol Macho Maggi Pedas Giler
Mary Kay Skincare & Makeup | Sebut sahaja jenama Mary Kay, pasti ramai sudah tahu keberkesanan skincare & makeupnya yang best. Produk dari US ini sudah lama bertapak di Malaysia. Mary Kay antara produk kecantikan yang dipercayai ramai termasuklah CN. Sebenarnya sudah lama CN pakai makeup jenama Mary Kay ini, cuma tidak pernah belajar secara formal cara pemakaian yang betul skincare serta makeup Mary Kay ini. Kali ini CN berkesempatan belajar cara betul menggunakan skincare & makeup Mary Kay dari full time Beauty Consultant iaitu Ardilla Adnan.
Hasil contengan muka CN menggunakan Mary Kay Skincare & Makeup |
Cara Betul Menggunakan Skincare & Makeup Mary Kay
Dari zaman anak dara sampai sekarang, rupanya cara CN menggunakan skincare salah tau! Biasalah, cara CN ni kasar. Main tonyoh je. Mana tak kedut muka tu! Dari cara pemakaian skincare sampai lah makeup CN belajar dari Ardilla Adnan ini tau. Memang best ! Banyak ilmu CN dapat. Kalau anda berminat untuk belajar cara guna skincare & makeup yang betul, boleh terus hubungi Ardilla ye.
Kali pertama CN belajar lukis kening, hokay tak? |
Oh ya, tempat belajar kitorang pun best di Bandar Baru Bangi. Sangat selesa & ada banyak port cantik untuk bergambar. Apa lagi, selepas makeup terus bergambar hokay!
Mary Kay Beauty Consultan - Ardilla Adnan |
Mary Kay Satin Hands yang mesti anda cuba !
Antara produk skincare yang telah menambat hati CN adalah Mary Kay Satin Hands. Sesuai untuk kulit jenis kombinasi seperti CN. Kali pertama guna terus suka hokay. Muka rasa ringan & flawless je. Paling best sudah tentu produk Mary Kay ini bukan produk timbang kati hokay. Trusted brand yang mesti anda cuba.
Mary Kay Satin Hands yang mesti anda cuba |
Berminat untuk belajar cara betul facial care & makeup Mary Kay?
Anda boleh terus hubungi Mary Kay Beauty Consultant, Ardilla Adnan.
Hp : 018-3895571
Facebook : @Allydra
Instagram : @Allydra
Email : ardillaadnan@gmail.com
Blog : www.deespeaking.blogspot.my
Jika anda ingin belajar cara betul menggunakan skincare & makeup, boleh bawa rakan ramai-ramai belajar dengan Ardilla ye. Belajar makeup ramai-ramai memang best. Havoc gituw.
Paling best, Ardilla ni boleh cover kawasan sekitar Selangor, KL & Negeri Sembilan. So rojer je adik manis ni ye.
CN bersama Mary Kay Beauty Consultan, Ardilla Adnan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pakej Lengkap Perkahwinan di MZ Catering | Agak sukar untuk mencari pakej perkahwinan lengkap di bawah satu bumbung. Macam CN dulu, sewa khemah, katering dan baju perkahwinan semua di tempat yang berlainan. Memang memenatkan ! Tapi di MZ Catering, bukan sahaja anda boleh menempah catering pada harga yang reasonable, malah anda boleh menyewa dewan yang bertemakan garden serta pakej lengkap bersama pelamin & baju pengantin. Menarik bukan? Di MZ Catering, anda boleh dapatkan pelbagai pakej lengkap perkahwinan mengikut bajet anda.
Baru-baru ini, CN sempat menghadiri Open Day MZ Catering. Wah, MZ Garden Hall semakin cantik tau. Awesome sangat ! Harga pulak murah. Berbaloi untuk bakal pengantin yang mencari pakej lengkap perkahwinan. Semua ada di MZ Catering!
Pakej Lengkap Perkahwinan di MZ Catering |
Baru-baru ini, CN sempat menghadiri Open Day MZ Catering. Wah, MZ Garden Hall semakin cantik tau. Awesome sangat ! Harga pulak murah. Berbaloi untuk bakal pengantin yang mencari pakej lengkap perkahwinan. Semua ada di MZ Catering!
CN bergambar di hadapan pintu masuk MZ Garden Hall yang tersergam indah |
Dewan Bertemakan Garden - MZ Garden Hall
Kali pertama CN melangkah kaki ke MZ Garden Hall, wow ! Dewan bertemakan garden ini sangat luas dan boleh menampung lebih 1500 tetamu. Paling best sudah tentu kawasan parking yang luas serta menyediakan toilet & surau. Sudah tentu CN berasa bangga kerana MZ Garden Hall ini adalah milik melayu bumiputera.
Harga Sewa MZ Garden Hall |
Harga untuk sewa dewan bertemakan garden iaitu MZ Garden Hall ini adalah serendah RM3000 sahaja ! Anda lihatlah sendiri antara gambar hiasan dewan MZ Garden Hall ini. Anda boleh pilih tema anda sendiri & mereka akan jadikan impian anda kenyataan gituw.
Suasana di dalam MZ Garden Hall |
Suasana di dalam MZ Garden Hall |
Jadi, jika anda mencari dewan bertemakan garden di Bangi pada harga yang reasonable, MZ Garden Hall adalah jawapannya. Selain MZ Garden Hall, ada juga MZ Diamond Hall yang dilengkapi dengan air-cond dan sesuai untuk majlis seperti seminar, kursus, dinner, birthday party malah reunion. Untuk Diamond Hall ini, harga sewaan adalah serendah RM100 /jam.
Koleksi Hiasan Pelamin di MZ Garden Hall
Hiasan pelamin bertemakan garden |
Antara koleksi hiasan pelamin di MZ Garden Hall |
Antara koleksi hiasan pelamin di MZ Garden Hall |
Antara koleksi hiasan pelamin di MZ Garden Hall |
Hiasan meja makan pengantin |
Hiasan meja makan pengantin ala-ala exclusive |
Antara koleksi |
Pakej Katering Pelbagai Majlis - MZ Catering
MZ Catering menawarkan pelbagai pakej katering untuk pelbagai majlis. Pakej bajet perkahwinan yang ditawarkan MZ Catering adalah serendah RM13.50 sahaja termasuk dewan/kanopi. Murah bukan? Menu untuk RM13.50 ini adalah nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, daging masak kari, acar jelatah, buah, air kordial, air kosong serta dilengkapi sekali dengan menu makan beradab yang merangkumi ayam golek dan ikan siakap sweet sour. Malah dalam pakej yang sama juga percuma kek 1 tingkat & guestbook.
Pakej Bajet |
Pakej Ekonomi |
Pakej Lengkap Perkahwinan |
Pakej Eksklusif Perkahwinan |
CN sendiri sudah mencuba menu nasi beriani, nasi hujan panas dan nasi minyak. Memang sedap ! Oh ya, laksa MZ Catering juga mesti dicuba. Sedap hokay. Bertambah-tambah CN makan.
Ayam masak merah |
Daging masak hitam |
Daging salai masak lemak |
Acar jelatah & buah-buahan |
Desert cendol |
Aneka kuih muih & air |
Laksa yang mesti anda cuba! |
Soto di MZ Catering pun mengancam ye |
Menu di MZ Catering memang sedap! |
MZ Catering juga menawarkan pakej kambing golek serendah RM1300 seekor siap dengan sos black pepper, kentang putar & coleslaw. Kambing golek dari MZ Catering ini special sikit sebab lembut dan CN paling suka dengan sos black peppernya. Sedap !
Kambing golek yang lembut dan menjadi rebutan tetamu yang datang |
Menjadi trend untuk setiap majlis adalah photobooth. Di MZ Garden Hall, ada ditawarkan MZ Photobooth yang cantik terhias siap pakej dengan pelbagai set props yang menarik.
MZ Bouncy Castle
Uniknya di MZ Garden Hall adalah MZ Bouncy Castle yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. CN boleh makan dengan bahagia sebab anak-anak sibuk bermain di MZ Bouncy Castle ini tau. Berjam-jam di majlis kenduri kahwin tiada masalah dengan adanya MZ Bouncy Castle ini hokay.
MZ Bouncy Castle yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak |
Harga & Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan MZ Catering Bangi
Berminat untuk menempah pakej lengkap perkahwinan di MZ Catering?
Boleh terus ke pejabat MZ Catering di :
Lot 5057, Jalan Utama Kg. Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi.
Sebarang pertanyaan diluar waktu office, boleh PM terus ke Facebook : MZ Catering & MZ Garden Hall.
Lamanweb : http://mzcatering.com/
Jom tempah pakej lengkap perkahwinan di MZ Catering |
Pantai Morib | Indahnya pagi ahad apabila dapat bersantai di Pantai Morib bersama yang tersayang. Suka sangat anak-anak dapat bermain pasir pantai dengan cuaca yang redup.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
L'oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water | Anda sudah cuba essence water dari L'oreal ni? Serius memang best. Rasa lembap je muka. Sangat sesuai untuk di bawa ketika bercuti lagi-lagi selepas muka burn kena panas tu. Sangat membantu repair kulit ketika itu.
L'oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water |
L'oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water versi travel pack |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Langkah Mengurangkan Risiko Jangkitan HFMD | Penyakit kaki dan mulut atau dikenali sebagai HFMD paling kerap menjangkiti golongan bayi dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Namun begitu, kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh dijangkiti HFMD. Justeru, amat penting untuk kekal bersih sepanjang masa dan cara yang paling mudah untuk melakukannya adalah dengan menggunakan rangkaian produk Antabax.
Antabax Berkongsi Tips dan Kegunaan Harian Rangkaian Produk Antibakteria
Di Malaysia,
57,510 jangkitan
HFMD telah dilaporkan dari Januari hingga 3 September tahun ini di seluruh negara yang
telah menjangkiti kebanyakkan keluarga dan komuniti. Antabax iaitu rangkaian produk penjagaan diri antibakteria
Halal Nombor 1 di Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada Antabax Antibacterial Cleansing Wipes,
Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray bersaiz poket. Produk kebersihan yang
penting ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD pada kanak-kanak dan bayi.
HFMD ialah penyakit berjangkit
yang boleh tersebar menerusi sentuhan langsung dengan mukus, air liur, cecair lepuh dan najis kanak-kanak
yang mengalami jangkitan. Ia juga boleh tersebar secara tidak langsung menerusi permukaan
yang sudah dijangkiti. Maka, cara terbaik adalah melakukan pembersihan keatas barang
yang sering disentuh di rumah atau yang dikongsi bersama orang ramai di tempat awam.
Antaranya adalah botol minuman kanak-kanak,
tombol pintu atau kerusi bayi. Kesat dengan menggunakan Antabax Antibacterial Wipes, yang mampu menghilangkan 99.9% kuman.
Rangkaian produk Antabax yang membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD |
Baru-baru ini terdapat laporan bahawa wabak
HFMD yang bermula di Pulau Pinang berpunca daripada pemegang troli pasarraya. Sebagai langkah mudah dan
juga untuk ketenangan fikiran, semburkan Antabax
Hand Sanitizer Spray keatas pemegang troli dan kesat dengan tisu yang bersih.
Ia juga sangat berguna bagi membersihkan permainan, peralatan sekolah seperti bekas pensil yang mungkin sudah disentuh oleh kanak-kanak lain. Ia juga boleh digunakan pada tandas awam, pemegang keretapi atau bas untuk anda yang menaikinya setiap hari.
Tangan kita sentiasa nampak bersih kerana kuman tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Penting buat ibubapa untuk membersihkan tangan mereka selepas bersentuhan dengan orang luar atau peralatan awam sebelum memegang anak sebagai langkah berjaga-jaga.
Rangkaian produk Antabax yang membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD |
Biarkan Antabax Gel Sanitizer bersihkan semua kuman itu!
Picit sedikit keatas tapak tangan, gosok pada seluruh tangan dan di antara jari kerana ia dapat menghilangkan kuman, terutamanya ketika ketiadaan sabun dan air.
Rangkaian produk Antabax menawarkan perlindungan 24 jam
dan membunuh sehingga 99.9% kuman berbahaya. Diformulasikan dengan vitamin dan Aloe
Vera untuk memastikan kulit kekal sihat dan lembab, Sistem Perlindungan Derma
mengandungi Serum Pelembapan Mikro yang menjadikan tangan sentiasa lembut,
licin dan sihat. Diuji secara dermatologi supaya lembut keatas kulit yang paling
sensitif, rangkaian produk ini sesuai untuk kegunaan harian.
Penggunaan Antabax memberikan ketenangan minda kepada seluruh keluarga kerana jenama ini diiktiraf Halal oleh JAKIM.
Amalan kebersihan yang
baik bermula dari rumah. Sama-samalah kita mendidik anak-anak tentang kepentingan kebersihan dalam usaha membantu mengurangkan risiko anak-anak daripada dijangkiti
HFMD dengan menggunakan Antabax. Maklumat lanjut dan tips
tentang bagaimana untuk mengurangkan risiko jangkitan HFMD, kunjungi :
Facebook: fb.com/NewAntabax
Instagtam : @antabax
Facebook: fb.com/NewAntabax
Instagtam : @antabax
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~