I-City Snowalk | Cuti sekolah kali ini CN berkesempatan membawa anak-anak serta anak saudara ke I-City Snowalk. Ini kali kedua Irfan & Dhia ke sini. Tak sangka, rupanya SnoWalk baru ni lagi best ! Fully renovation tau. Banyak penambahan baru yang membuatkan Irfan & Dhia bertambah excited. Semua permainan dalam I-City SnoWalk ni budak-budak ni nak cuba tau. Best sangat! Kalau anda ingin membawa keluarga ke I-City SnoWalk, CN cadangkan untuk anda membeli tiket secara online di iticket.i-city.my. Banyak promosi menarik di sana tau.
I-City Snowalk best sangat, mesti datang ke sini ! |
Kali kedua ke I-City SnoWalk
I-City Snowalk ni terletak bersebelahan je dengan kaunter tiket. Selepas scan tiket, anda dikehendaki untuk ke kaunter boots untuk mengambil boots & stokin serta ke rak jaket untuk memilih jaket yang bersesuaian. Percuma je tau. Oh ya, anda juga boleh membawa jaket anda sendiri. Jika ingin membeli glove atau aksesori lain, ada dijual di kaunter. Almaklumlah, sejuk sangat kan, penting tau glove tu. Sebab ini kali kedua CN datang ke SnoWalk, CN dah prepare glove dari rumah lagi.
Bergambar dahulu sebelum main salji ye |
Muka Dhia yang terkejut masa mula-mula masuk ke I-City SnoWalk |
Masuk je ke dalam SnoWalk ni, angin sejuk terus menyapa pipi! Kelam kabut masing-masing duk pakai hoodie sebab sejuk sampai ke telinga. Dhia pun terkejut sampai nak jalan pun agak takut-takut je pada mulanya. Tapi bila tengok abang Irfan & sepupunya berlari-lari, si kecil tu pun turut sama berlari sampai tergolek sebab ice disini agak licin. Masing-masing seronok pulak jatuh tergolek. Yela, jatuh atas 'salji', memang lah syok kan?
Seronok ketawa bila lepas tergolek budak-budak ni |
Video keriangan di I-City SnoWalk
Ada juga pelbagai permainan menarik untuk anda cuba. Irfan sendiri berani bermain slide yang ada di dalam Snowalk. Ada pelbagai ice slide yang best di I-City SnoWalk ni. Dari yang basic hingga thrill, memang best!
Tengoklah muka Dhia keseronokan dalam kesejukan ! |
Bagi mak-mak macam CN ni, sudah tentu tempat posing menjadi pilihan. Bayangkan anda berada di Switzerland atau Iceland dengan suhu bawah 8 darjah selsius! Memang feeling habis masa bergambar tau. Almaklumlah, bukan murah nak ke oversea main salji, cukuplah main salji di I-City SnoWalk. Jimat gituw.
Feeling Ratu Salji gituww |
CN paling suka view dekat sini. Cantik kan dekorasi dalam ni? |
Tarikan menarik yang pasti mengujakan bukan sahaja anak-anak malah CN sekali iaitu dataran snow fall. Memang luas dataran ni dengan deco & slide yang menarik. Best sangat berangan macam di oversea feeling snow fall.
Macam dekat oversea kan? Hehe |
Siap berpusing-pusing CN feeling main salji di oversea
Disebabkan terlalu sejuk, dua kali juga kami keluar masuk. Anda boleh duduk di lobby untuk memanaskan badan dan masuk semula untuk bermain. Anda boleh membeli air panas di vending machine yang terletak di lobby. Feeling je minum air panas selepas kesejukan. Memang macam dekat oversea gituw. Overall masa diperuntukkan dalam I-City SnoWalk ni sejam lebih je. Memang tak mampu lama-lama sebab sejuk sangat. Masing-masing menggigil kesejukan!
Bila keluar je dari tempat sejuk, terus berkabus spek tau. Nasib lah ! Hehehe |
Jika ditanya adakah CN akan ke Snowalk lagi? Sudah tentu CN akan ke sini lagi ! Memang I-City SnoWalk adalah tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
CN & anak-anak yang kesejukan tapi tetap ingin bermain lagi! |
Harga tiket I-City Snowalk
Harga tiket masuk ke I-City Snowalk ni berbeza sebelum & selepas pukul 6 petang. Anda boleh layari lamanweb << https://iticket.i-city.my/ >> untuk harga promosi terkini.
Untuk kanak-kanak bawah 90 cm pula masuk adalah percuma tau.
Oh ya, harga tiket termasuk dengan jaket serta kasut sekali ye.
Best sangat bercuti ke I-City SnoWalk bersama keluarga |
Resepi Air Kunyit Yang Sedap | Bila sebut tentang berpantang selepas bersalin, perkara yang paling CN tak suka adalah minum air kunyit. Dulu masa Irfan CN minum air kunyit 3 hari sebelum kembali bekerja kerana mak bidan cakap air kunyit ni selain untuk mengecutkan rahim, ia juga memberi tenaga setelah lama bercuti. Tapi kan, air kunyit yang mak bidan tu buatkan memang amat menyeksakan untuk ditelan. Selepas berpantang Dhia, CN minum air kunyit yang sedap ni pada hari ke 42 berpantang. Hasil google, CN buat sendiri je air kunyit yang sedap ni tau.
Resepi Air Kunyit Yang Sedap |
Kenapa CN cakap air kunyit ni sedap, sebab ada rasa manis madu dan masam asam jawa. Kalau harapkan kunyit sahaja memang menangis la nak minum ! Air kunyit sedap ni menggabungkan 4 bahan sahaja dimana setiap bahannya mempunyai fungsi yang berbeza. Jika kunyit berfungsi untuk mengecutkan rahim dan memberi keseriaan pada wajah, halia pula untuk membuang angin dan asam jawa untuk membakar lemak. Madu selain memberi rasa manis kepada air kunyit sedap ini, ia juga baik untuk membekalkan tenaga.
Resepi Air Kunyit
Bahan-bahan air kunyit sedap
Halia sebesar ibu jari (boleh tambah jika nak rasa yang 'kick')
Kunyit hidup sebesar ibu jari (boleh tambah jika nak rasa yang 'kick')
2 sudu besar madu
2 sudu besar pes asam jawa adabi
Cara penyediaan air kunyit yang sedap :
Blend semua bahan di atas bersama 3 cawan air masak. Tapis dan simpan di dalam peti ais. Sebab CN tak nak minum sejuk, sebelum minum CN biarkan pada suhu bilik. Air ini hendaklah diminum 3 hari berturut-turut.
p/s : Mak bidan cakap tak elok minum air kunyit banyak-banyak, takut cepat menopause. Jadi cukuplah 3 hari je..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~